Cehhh ... Button jenama Hizami Rahim? Berangan lebih la kau. Eh. Berangan lebih la aku. Okay okay. Berbalik kepada tajuk mintak pelempang, aku telah dihadiahi sekeping button yang menggunakan muka aku sendiri. Siapa pulak baik hati sangat ni? Jeng jeng jeng. Beliau ... Beliau ... Beliau ... ialah Meuz Angelo!!! Thanks a lot bro!!! Loved it!!! Dan tidak lupa juga kepada Nisa yang mempuncakan aku mendapat button gojes ni. Erk. Dah ada gaya menang anugerah kan? =.=
![]() |
| Siapa tu? Comel pulak kan? Okay. Kau boleh pengsan sekarang. Kau memang ah. |
Habis cerita pasal button tu. The next thing is, lepak bersama Dwayne Johnson The Rock? Yay. Aku tak tipu doh. Betul la ni. Aku dapat tengok premiere screening of Faster on this coming monday. Gile best!!! Aku tak tahu macam mana aku boleh dapat. Adeh. Rezeki rezeki. Dengan segala hormatnya, sila jeles. Haha. Aku memang minat ah tengok The Rock ni, masa zaman dia dalam WWE lagi. Aku siriyes ni. Aku layan jugak WWE dulu dulu. Sekarang? Dah tak best. So, aku takde mood nak tengok dah.
![]() |
| Macam mana rupa aku kalau body macam ni? =.= |
Bagi membakar semangat supaya terbakar-bakar, aku gi tengok trailer Faster kat youtube. Seperti yang dijangka, aku telah membakar semangat menjadi terbakar-bakar. Secara kesimpulannya, aku tak sabar nak tengok cerita ni doh. ;D
potpetpotpet : Kalau betol betol dapat lepak dengan Dwayne Johnson?



