Isnin, 25 Julai 2011

Siapa Rasa Saya Hensem?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tengah demam ni. Baru start semalam. Ni tak sembuh lagi ni. Adeh. Mood nak cerita pasal nasyid pulak tiba tiba takde. So, layan je la topik yang bosan ni. :B

Okay. Topik pada hari ni ialah pernah tak kawan kau update status facebook kau secara diam diam ubi berisi? Yes. Diam diam dia update status kau lepas tu bukannya ubi yang kau dapat sebab macam mana kau nak dapat ubi kat facebook ni kan? Tolong jangan nak mengada-ngada mintak ubi keledek ke ubi kayu ke ubi kentang ke. Lempeng nak? Eh. Lempang nak? =_=

Apa yang aku cuba sampaikan ialah diam diam kau log in facebook kau, tiba tiba kau terus nampak status facebook kau yang berisiko untuk mendapat cacian, kejian, makian apatah lagi hinaan. Kejam kot! Adeh. Nak tahu status macam mana? Macam tajuk kat atas tu! :B




See? Tu bukan aku update ye. Aku tahu rupa aku macam mana. Dan aku takde perasaan yang melampau macam tu. Tolong la percayakan aku yang hensem ni ye. Eh. Terperasaan pulak. :P

Ni kerja kawan aku yang sorang tu. Dia pinjam laptop aku sebab dia nak online. Dah nama pon laptop aku kan? Memang facebook aku sentiasa online je even aku takde kat depan laptop sebab mungkin aku ada kat belakang laptop. Tapi kadang kadang aku kat sebelah kanan laptop. Kadang kadang kat sebelah kiri. Ikut kau la nak aku duduk belah mana. Boleh? Tapi kan, entah kenapa lepas dia selesai online hari tu, aku terus shut down laptop aku. Tak check pon facebook. Lepas tu, aku hantar dia dengan kawan kawan yang lain balik KL. Dah turun kereta, salam la sorang sorang. Sangat berbudi bahasa ye. Kata ahli syurga. Eh. Ahli nasyid. Adeh. =_=

Tiba tiba je dia bagi ucapan: 
Zami, mintak maaf pasal facebook ek? Haha.

Aku blur. Kenapa pulak nak mintak maaf pasal facebook kat aku? Pergi la mintak maaf kat Mark Zuckerberg. Aku tanya kenapa, dia tak nak jawab pulak. Okay. Fine. Sampai je aku kat rumah, aku terus log in facebook. Sekali tengok, tahik la kau!!! Berani betol dia update status macam tu! Mula mula aku nak delete status tu, tiba tiba, aku tak jadi nak delete pulak. Errr... Siapa suruh banyak sangat like kat status tu? Boleh? :B


Dia yang paling kanan sekali.



potpetpotpet : Kau boleh nak taip panjang panjang macam aku even isi dia cuma status kat facebook je? =_=

Khamis, 16 Jun 2011

Mari Join Aku Bercanda Di Pasiran Pantai!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Berduduk.


Okay. Ni posing kat tepi pantai. Tapi pakai baju macam takde gaya nak mandi pantai pon. Boleh ke? =,=

Tak kisah la. Anyway, persalinan ni ditaja oleh Gabana Boutique & Beauty. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut pasal butik tu, boleh la search kat facebook, cari Gabana Boutique & Beauty. Eh. Kalau kau telah dilahirkan sebagai pemalas, boleh la klik kat sini je. =,=

Anyway, pakaian kat Gabana Boutique & Beauty ni murah je. Paling penting, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Okay? Haaatok kau nak pakai baju yang aku pakai ni pon boleh, takde orang kata tak boleh. Sebab orang mungkin akan kata buang tabiat. Tu je kot. =,=

Baju yang aku pakai tu harga dia RM 35 je. Ada saiz M, L dan XL. Nak tak? :)

Seluar yang aku pakai tu pulak harga dia cuma RM 51. Murah derrr... Saiz bermula daripada 30 sampai la 38. Nak tak? :)

Ada sesiapa nak beli? Sila cekkidaud page Gabana Boutique & Beauty kat facebook tu haaa... Actually, butik dia ada banyak menawarkan pakaian perempuan yang gojes. Siriyes! So, perhatian kepada perempuan perempuan sekalian, sila jenguk page butik tu ye. Mana la tahu ada yang berkenan di hati. >.<


Berdiri.



potpetpotpet : Tajuk entri memang selalu keluar topik. Errr...

Selasa, 10 Mei 2011

Lelaki Bujang Macam Aku!



Itu diaaa... Status biasa bagi seorang lelaki bujang trrrang tang tang macam aku. Tak makan nasi, makan megi. Tak makan megi, makan nasi. Haha. Biasa ah. Nak jimat punya pasal. Makan memang tak boleh nak ikut selera. Tapi kalau aku ikut selera jugak, bank negara pon tak menang tangan nak support aku. Errr... Aku siriyes kot? Adeh. Anyway, aku takde la setiap hari nak makan megi. Kau nak mampos makan megi hari hari? Dah la tak sihat! Rasa pulak dah la sedap! Eh. Macam berlawanan je bunyi dia? =,=


Semalam aku makan nasi putih, ayam goreng dan beberapa batang kacang panjang. Tidak dilupakan juga, kicap manis sebagai penyeri majlis. Haha. Sedap gile wa cakap sama lu! Bukan setakat menjilat jari je, lidah siap koyak rabak gara gara kenikmatan yang jelas terasa. Hurmmm... Betul ke sedap sangat? >.<


Haaa... Terliur tak? XD



potpetpotpet : Rindu air tangan ibu... T.T

Khamis, 14 April 2011

Aku Tengok Biasa Biasa Je Header Kau?

Header ni orang lain buat bebeh!


Aku tengok biasa biasa je header kau? Demikian aku berkata kepada diri sendiri. Haha. Anyway, thanks SR! Tak silap aku, dia yang calonkan header aku ni haaa... Terima kasih daun keladi la beb. Aku terharu gile dah ni. Erk. Apa yang aku bebelkan sekarang ni? Jeng jeng jeng. Okay. Aku telah tersenarai sebagai calon bagi header blog lelaki pilihan. Mula mula, aku tengok tengok macam tu je. Kira aku tak ambil port sangat ah kan. Lepas tu, aku pergi check semalam, tiba tiba header blog aku telah menperolehi 44 bijik undian! Wow! Siapa yang baik hati sangat ni? Sanggup betul korang undi Budak Lelaki Sebelah Pintu ni kan? Adeh. Tak kisah la even bijik undian tak sampai ratus ratus. At least, ada jugak manusia yang sudi melemparkan bijik undian untuk header blog aku ni haaa... ;)




Muka nak jambu. Haha. Perasaan diri sendiri nampak? =.=



potpetpotpet : Perbaiki diri sendiri tapi jangan jatuhkan orang lain. XD

Jumaat, 25 Mac 2011

Lelaki Seksi?



Lelaki seksi? Okay. Fine. Aku salah baca. Seksis rupanya. Adeh. Baru nak perasan seksi. Kenapa kata seksis? Kenapa tak kata seksi? Demmm... Aku tak kira. Aku tetap baca seksi!!! =.=



potpetpotpet: Good things sometimes come in small packages. ;D

Isnin, 21 Mac 2011

Budak Lelaki Sebelah Pintu Punca Kesesakan Lalu Lintas Terbanyak!



Berani brader tu kata aku punca kesesakan lalu lintas terbanyak kat blog dia? Cisss... Tak boleh jadi ni. Betul betul tak boleh jadi ni. Apa nak jadi, jadi ah! Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadiii... Boleh? Sila abaikan. Anyway, brader tu siap tunjuk bukti lagi, siap print screen pulak tu!!! Dasat dasat. Aku tak mampu nak membuat kenyataan balas bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan. Adeh. Aku rasa baik aku diam je ah. Malas nak kecoh kecoh.




Ni aku nak story sikit. Aku tak tahu kenapa aku suka gile beb. Sebab apa pulak kan? Jeng jeng jeng. Bila aku check bahagian keywords, cuba teka keywords apa paling banyak? Haaa... Budak Lelaki Sebelah Pintu! I was like, biar betik? I thought that people suka cari something yang lucah, atau something yang mempunyai unsur-unsur seksual. Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Aku tak sangka pulak ada dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan makhluk suka cari Budak Lelaki Sebelah Pintu. Cehhh... Mula nak bongkak la tuuu... =.=


Sila klik gambar ni bagi mendapatkan visual yang besar lagi gedabak.



potpetpotpet : Ada latihan rumah sukan petang ni.

Ahad, 13 Februari 2011

Blogger Lelaki Bajet Terhangat Di Pasaran!

Aku balik Melaka pagi tadi. Aku dari Seremban. Eh. Tahu tak aku praktikal kat Seremban ni? Takpe takpe. Buat buat tahu je la. Aku bukan tahu kau tahu ke tak kan. Eh. Aku balik Melaka sebab nak ambil tong gas ni haaa. Nak bawak balik Seremban esok. Sebab? Aku nak tanam bunga kekwa kat atas tong gas tu. Boleh? Memang nak kena lempang sepoi sepoi bahasa ni. Adeh. Aku nak masak la beb! Sebab tu aku nak ambil tong gas tu, nak bawak gi rumah sewa. Jimat sikit. Walaupun aku tak reti masak langsung, diulangi langsung, aku boleh ugut hausmet hausmet aku yang lain masak. Ugut okay! Haha. :B


Tadi, Adie ada ajak aku gi gathering kat Melaka tu. Aku macam, ada gathering ke? Aku tak tahu pulak ada gathering kat Melaka. Hurmmm ... Macam mana aku nak tahu kan, aku dah jarang online sekarang, gara gara praktikal ni haaa. Siriyes beb. Tak sempat nak tengok blog sendiri, apatah lagi blog blog korang. Apa apa pon, terima kasih kepada korang yang sudi membazirkan masa skodeng skodeng blog aku ni. Aku terharu gile baca komen komen korang. Walaupun tak keluar air mata, tapi sebak tu terasa kat dada ni beb. Memang menusuk kalbu mencengkam jiwa meramas sanubari habis. Okay. Fine. Aku memang drama lebih. =.=


Aku dengan tak malu gile gi join gathering tu. Gathering tu start pukul 12.30pm. Cuba teka aku sampai pukul berapa? Sila teka sekarang. Boleh guna talian hayat dengan mendail nombor 999 sekarang. Eh. Dah dah. Dipendekkan entri, aku sampai sana dalam pukul 2.30pm! Siriyes beb. Kalau aku tak silap ah. Kot kot jam tangan aku cepat dua jam ke. Boleh? Jam korang cepat lima minit, jam aku cepat dua jam! Okay. Adakah aku telah over acting kali ni? T.T


Syafiq - Hizami - Adie - Hafiz


Kenal tak siapa tu? Ada Sandiwara Seorang Insan. Ada Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ada Daniel Adie. Ada H To The World. Bajet terhangat di pasaran la tuuu. Bajet je lebih. Cehhh ... Korang boleh jeles sekarang. Haha. Jeles tak jeles tak? Anyway, aku ada satu rahsia ni. Lepas aku beritahu korang, kira dah tak rahsia lagi la kan? Hizami, Syafiq dengan Adie dulu satu sekolah! Siriyes beb. Aku tak tipu la. Adeh. Tak sangka pulak kitorang dipertemukan sekali lagi kat gathering ni. Aku dah lama gile tak jumpa Syafiq tu, adalah dalam 7 tahun beb. Tup tup, jumpa kat gathering ni. ;)



potpetpotpet : Terima kasih kepada mereka yang sudi bergambar dengan aku tadi walaupun aku agak selekeh. :P

Isnin, 31 Januari 2011

Contest Pasal Fesyen Beb!

Fesyen? Aku pon tak tahu sangat pasal fesyen tu apa. Aku rasa fesyen tu ialah segala apa yang korang letak kat tubuh badan korang. Kalau korang lilit tali kasot kat tubuh badan kau sekarang, tu pon dikira fesyen la tu. Siriyes beb. Ni bajet macam korang Lady Gaga la kan. =.=


Kyoo Reza tag aku, suruh aku join Contest Blog Only One ni hari tu. Dah lama kot. Tapi ... Aku lupa!!! Aku lupa!!! Nasib la Adie baru update pasal contest ni tadi. Sebab hari tu aku kena tag dengan dia sekali. Phewww ... Nak kata aku gile fesyen pon, takde la sangat. Aku pakai apa yang aku rasa cambest. Biasa biasa je beb. ^.^


T-shirt


Vest


Kemeja


Jacket


Nak tag?
Nisa Gadis Menaip
Mr Wan Fuuyoo
Mra Mastura



potpetpotpet : Hujan oh hujan. :)

Khamis, 27 Januari 2011

Apabila Aku Penat Tapi Aku Tetap Nak Update Blog!



Aku penat gile babas hari ni. Aku shopping baju kemeja, baju t-shirt, seluar jeans, beg dan lain lain tadi. Aku keluar rumah lebih kurang pukul 3 petang. Sampai rumah? Pukul 11 malam beb! Bajet rock la balik malam malam. Padahal? Baru pukul 11 malam kot. Adeh. Aku penat ni. Aku penat ni. Aku penat ni. Tu je kot aku dapat taip buat masa sekarang. Esok? Awal awal pagi lagi aku dah gi Seremban. Nak tengok tengok lokasi sekolah tempat aku praktikal, nak tengok tengok kawasan rumah sewa, nak tengok tengok keadaan jalan raya dan macam macam benda la nak kena tengok tengok. Tak terfikir kepala hotak aku ni. Esok esok je la fikir. Boleh? See? Aku dah mula busy. Korang bawak bawak bersabar ye. :)



potpetpotpet : Blog mungkin terabai sedikit lepas ni? T.T

Jumaat, 14 Januari 2011

Header Paling Terbaru Sekali? Bertolak Ke Mana Pada Malam Ini?



Disebabkan kebosanan yang melampau-lampau, aku telah mempergunakan adobe photoshop selama beberapa jam. Aku mula mengganas dengan menghasilkan header secara bawah sedar. Tengok tu. Aku guna konsep yang sama je pon, macam sebelum sebelum ni. Ada gambar. Ada tulis nama blog. Dah siap! Senang kan? Jom buat sama sama. Ada gambar. Ada tulis nama blog. Simple gile. Eh. Tak dapat lagi? Meh sini aku ulang semula. Ada gambar. Ada tulis nama blog. Boleh? Aku ni bukan pakar sangat. Tapi, bak kata nenek aku, learning is a continuous lifelong process. Haaa ... Kau ingat nenek aku tak boleh speaking? Tahu takpe. Aku memang dah tipu kau. Adeh. ;D


Hurm. Malam ni aku nak bertolak gi KL. Sebab? Maxis Om Nom Nom Race la. Esok kena daftar 8.30 pagi. Agak gile bunyi dia kalau aku nak gerak dari Melaka esok. Nak tak nak, aku decide supaya menggerakkan diri sendiri ke KL malam ni jugak. So, doakan perjalanan aku ke KL berjalan dengan lancar okay? :')



potpetpotpet : Kita merancang. Allah yang menentukan. :)

Jumaat, 7 Januari 2011

Button Jenama Hizami Rahim? Lepak Bersama Dwayne Johnson The Rock?

Cehhh ... Button jenama Hizami Rahim? Berangan lebih la kau. Eh. Berangan lebih la aku. Okay okay. Berbalik kepada tajuk mintak pelempang, aku telah dihadiahi sekeping button yang menggunakan muka aku sendiri. Siapa pulak baik hati sangat ni? Jeng jeng jeng. Beliau ... Beliau ... Beliau ... ialah Meuz Angelo!!! Thanks a lot bro!!! Loved it!!! Dan tidak lupa juga kepada Nisa yang mempuncakan aku mendapat button gojes ni. Erk. Dah ada gaya menang anugerah kan? =.=


Siapa tu? Comel pulak kan? Okay. Kau boleh pengsan sekarang. Kau memang ah.


Habis cerita pasal button tu. The next thing is, lepak bersama Dwayne Johnson The Rock? Yay. Aku tak tipu doh. Betul la ni. Aku dapat tengok premiere screening of Faster on this coming monday. Gile best!!! Aku tak tahu macam mana aku boleh dapat. Adeh. Rezeki rezeki. Dengan segala hormatnya, sila jeles. Haha. Aku memang minat ah tengok The Rock ni, masa zaman dia dalam WWE lagi. Aku siriyes ni. Aku layan jugak WWE dulu dulu. Sekarang? Dah tak best. So, aku takde mood nak tengok dah.


Macam mana rupa aku kalau body macam ni? =.=


Bagi membakar semangat supaya terbakar-bakar, aku gi tengok trailer Faster kat youtube. Seperti yang dijangka, aku telah membakar semangat menjadi terbakar-bakar. Secara kesimpulannya, aku tak sabar nak tengok cerita ni doh. ;D






potpetpotpet : Kalau betol betol dapat lepak dengan Dwayne Johnson?

Isnin, 3 Januari 2011

Siapa Blogger Yang Bertuah? Aku Atau Mereka?

Sempena tahun baru ni, tak habis habis dengan tahun baru. Okay okay. Sempena satu hari bulan satu dua sifar satu satu ni, aku lepak bersama-sama dengan dua orang kawan baik aku daripada sekolah menengah. Eh. Aku dah cerita kot sebelum ni. Ni kira kesinambungan dia la ni. Sambil sambil, aku menjumpakan dua orang blogger kat seremban tu. Cuba teka siapa? Adakah Haniz Zalikha? Adakah Zack Zukhairi? Adakah Irine Nadia Marcello? Tidak tidak. Mereka terlalu artis untuk menjumpakan. =.=


Bersama Diari Budak Malas.


Bersama Admiral Hafiz.


Seperti biasa. Kalau takde, luar biasa jadinye.


potpetpotpet : Bertuah aku jumpa mereka. ;)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com