Khamis, 25 Mei 2017

Kejam! Anak Kucing Kepala Terputus, Kaki Terpotong & Usus Terkeluar!

Salam.


Comel tak anak kucing kat atas tu? Tu anak kucing aku. Dah masuk sebulan dah usia anak-anak kucing aku. Cakap pasal anak kucing, aku ternampak tweet mengenai anak kucing yang mana kepalanya terputus, kakinya terpotong, perutnya terbelah dan ususnya terkeluar. Wow! Sampainya hati! Katanya semalam pun ada anak kucing lain mengalami nasib yang sama. Aduhai. Kerja siapa ni? Aku harap bukan manusia yang buat. Sebab tak layak dia digelar manusia kalau betul dia buat macam ni kat anak kucing yang sah sah takde akal.


Kat bawah ni ada cerita yang lebih terperinci. Ada juga yang memberikan pendapat kemungkinan haiwan atau binatang lain yang buat. Tapi kalau manusia yang buat? Memang layak kita gelar dia sebagai haiwan atau binatang.


Adakah manusia semakin hilang nilai kemanusiaan?

Selasa, 9 Ogos 2011

Pelajar Malaysia Cedera Dirompak (Rusuhan London)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dah salam sejahtera!

Astaghfirullah al azim. Kejam gile aku tengok video kat bawah ni. Adeh. Macam mana those guys boleh sampai hati nak merompak seorang budak yang sangat helpless? Yes. Seorang budak yang sangat helpless! Dengan mulut penuh darah, beberapa batang gigi tercabut, aku tak dapat bayangkan kalau aku berada kat tempat dia. Oh. Memang aku tak dapat nak bayangkan. :'(


 

Salah satu daripada komen yang terdapat kat video ni:
He is a Malaysian student, Asyraf Haziq. He was attacked and robbed randomly in Barking, London. He was on his way to get some food for iftar. He is now in Royal London Hospital with broken jaw and broken tooth. He is undergoing operation soon. He lost his mobile phone, wallet. He is first year student from KAPLAN College.


potpetpotpet : Cuba bayangkan kalau kau yang kena?

Ahad, 12 September 2010

Jutawan Sosilawati Dibunuh & Dibakar

Inna lillah wa inna 'ilaihi raji'un. Ya Allah! Biar betul? Difahamkan, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sudah dibunuh dan dibakar hasil soal siasat ke atas tujuh orang suspek. Lebih lebih lagi abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Al-Fatihah


potpetpotpet: Kejam tak ingat dunia.

Rabu, 8 September 2010

Anonymous Kejam ?

 Seram seh pakai topeng ni.


Hurm. Siriyes. Anonymous kejam? Entah. Aku blogwalking tadi. Singgah mana-mana blog cambest. Lepas tu nak taip lah komen. Tup tup nampak komen daripada anonymous. Wow! Dahsyat gila! Komen daripada anonymous betul betul annoying. Suka betul nak buat orang lain marah marah. Tak faham lah. Apa faedah kau dapat? Aiskrim Paddle Pop? Biskot Marrie? Coklat Masakan? Gula Pasir? Duh...


Aku tahu kita berhak untuk bersetuju atau tidak. Boleh sajo nak bagi pendapat. Tapi kalau dah sampai tahap serupa mengutuk dan mengeji apa kes? Pulak tu anonymous guna kata kata kesat tambah tambah lagi gelaran entah apa apa. Eh eh kalau kau kumpul kata kata kesat tu dah boleh buat dua buah Kamus Dewan kau tahu. Siriyes aku siriyes.


Hey hey. Pernah dengar menegur secara berhikmah? Hikmah ialah bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Sesungguhnya anonymous tu mencacatkan dunia blog. Mentang mentang tak tahu siapa sebenar dia boleh lah nak gebang berdesing. Adeh. Apa apa pun aku ingin memohon maaf zahir dan batin sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Tiba tiba. Haha. ;)


potpetpotpet: If you are looking for perfection, buy yourself a BARBIE doll.


Rabu, 14 Julai 2010

Kejam Kejam Kejam

Adeh. Aku tak sangka pulak banyak kerja kerja nak kena buat awal awal semester neyh. Kejam siottt! Meanwhile aku tak semangat nak mulakan semua benda neyh. Siriyes. Jom tinjau senarai semak kerja kerja berkenaan.
  • Laporan ROS
  • Tesis
  • Proposal Sejahtera Bernam
  • Proposal Minggu Alam Sekitar

Buat buat jambu haha.


potpetpotpet: Jangan tangguh tangguh.

Ahad, 25 April 2010

Jerit Kuat Kuat Tidaaak!!!

Wah. Seronok gila bila dapat ucapan ulang tahun kelahiran kat laman facebook. Agak dalam juta juta jugak la. Aku tipu sunat sebab aku dah sunat. Boleh? HohO. Terima kasih kepada anda. Eh eh anda yang mengucapkan selamat. Tak termasok ucapan selamat pagi, selamat petang dan jugak selamat malam. Thanks.

Next. Aku dah selesai menduduki dua kertas peperiksaan. One was Optimization Methods. Another one was Mathematical Research Methods. Fuh. Setakat ni aku tak berpuas hati dengan apa yang aku dah jawab. Benci benci benci. Seriously. So aku tak boleh nak target tip top kebaboom cak cak cak. Faham faham sendiri sudah. Study pon macam nak tak nak. How?


Anyway. Semalam aku tak study langsong. Sebab sebelom ni dah dua hari berturut turut aku bersengkang mata dan berkangkang kaki tak tidor malam. Study maut gila. HohO. Lantak.


Next papers pulak bersifat seram dan kejam sakit jiwa. Analytical Chenistry dan Industrial Chemistry. Tidaaak!!! Jerit kuat kuat. Kepala hotak aku aku ni pon dah kembang kuncup kembang kuncup secara melampau nak sedot ilmu lagi dan lagi. Bayangkan mengikut imaginasi dan kreativiti masing masing. Okay. Nak sambong study kot.

 
potpetpotpet: Doakan kejayaan bersama. Deal?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com