Khamis, 20 Januari 2011

Mari Lupakan Kontroversi Penipuan Blogger. Mari Kenangkan Memori Persahabatan Blogger.

Wow. Aku terkejot gile bila tengok entri sebelum ni. Tak sangka ramai pulak berani menconteng arang kat ruangan komen tu. Adeh. Macam mana aku boleh tak terkejot? Tiba tiba aku dapat 100 lebih komen gara gara aku bercerita pasal seorang blogger yang telah menipu aku. Dasat dasat. Eh. Berkenaan entri sebelum ni, aku tak mengamok pon. Aku sekadar berkongsi pengalaman, apa yang aku lalui. That's all. Peace! ;)


Entah macam mana aku boleh tertahu pasal sekarang ni dunia blogging tengah hangat dengan isu penipuan blogger. Secara spesifiknye, isu blogwalking tipu tipu. Tahu tak? Tak tahu sudah. Kalau nak tahu, sila merajinkan diri dengan blogwalking. I mean, blogwalking betol betol, bukan blogwalking tipu tipu. Erk. Aku tak nak komen lebih lebih. Tak pasal pasal pulak kan ... Dah dah. Mari kita lupakan kontroversi penipuan blogger ni. Maju la blogging supaya lagi maju daripada negara!!! =.=




Aku tak kenal dorang masa kat tadika. Aku tak kenal dorang masa kat sekolah rendah. Aku tak kenal dorang masa kat sekolah menengah. Aku tak kenal dorang masa kat matrikulasi. Aku tak kenal dorang masa kat universiti. Habis??! Aku tak kenal dorang pon. Boleh? Haha. Okay. Fine. Aku mengaku la ni ... Aku kenal dorang melalui dunia blog ni. Agak agak, teruja tak kau dengar? >.<


Eh. Kau jangan tak tahu, ni bukan pertama kali kitorang lepak sama sama. Aku siriyes ni beb. Sila percaya sebab aku memang tak tipu kau. Erk. Dah dah la pasal tipu tipu ni. Hehe. Last weekends, dorang datang Melaka. So, kitorang lepak sama sama dengan pengisian aktiviti seperti karok di jeti. Kira kitorang menghabiskan masa dengan melalak kat atas laut beb. Dengan ni, adalah wajib dimaafkan bila nyanyian kitorang semua ke laut. Sah sah la kitorang kat atas laut kan? =.=






Siapa kata dunia blog ni hampeh? Kau jangan ingat gadoh gadoh je boleh? Kitorang siap jadi kawan lagi. Dasat dasat. Sila jeles. Haha. Kira ni salah satu keajaiban dunia blog la kot. Take note please, keajaiban tu. Bermula dengan komen komen, kitorang jadi rapat. Kemudian, kitorang mengadakan perjumpaan atau gathering. Seterusnya, ikatan persahabatan mula tersimpul manja. Euwww ... Apahal tiba tiba aku guna gaya bahasa macam ni? =.=



From left : Fanzi Ruji | Hizami | Ijat | Adie | Wan | Qarl | Anas | Amir Rayyan



potpetpotpet : Nowadays, there are no boundaries between friends. 

Rabu, 8 September 2010

Anonymous Kejam ?

 Seram seh pakai topeng ni.


Hurm. Siriyes. Anonymous kejam? Entah. Aku blogwalking tadi. Singgah mana-mana blog cambest. Lepas tu nak taip lah komen. Tup tup nampak komen daripada anonymous. Wow! Dahsyat gila! Komen daripada anonymous betul betul annoying. Suka betul nak buat orang lain marah marah. Tak faham lah. Apa faedah kau dapat? Aiskrim Paddle Pop? Biskot Marrie? Coklat Masakan? Gula Pasir? Duh...


Aku tahu kita berhak untuk bersetuju atau tidak. Boleh sajo nak bagi pendapat. Tapi kalau dah sampai tahap serupa mengutuk dan mengeji apa kes? Pulak tu anonymous guna kata kata kesat tambah tambah lagi gelaran entah apa apa. Eh eh kalau kau kumpul kata kata kesat tu dah boleh buat dua buah Kamus Dewan kau tahu. Siriyes aku siriyes.


Hey hey. Pernah dengar menegur secara berhikmah? Hikmah ialah bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Sesungguhnya anonymous tu mencacatkan dunia blog. Mentang mentang tak tahu siapa sebenar dia boleh lah nak gebang berdesing. Adeh. Apa apa pun aku ingin memohon maaf zahir dan batin sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Tiba tiba. Haha. ;)


potpetpotpet: If you are looking for perfection, buy yourself a BARBIE doll.


Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com