Rabu, 8 September 2010

Anonymous Kejam ?

 Seram seh pakai topeng ni.


Hurm. Siriyes. Anonymous kejam? Entah. Aku blogwalking tadi. Singgah mana-mana blog cambest. Lepas tu nak taip lah komen. Tup tup nampak komen daripada anonymous. Wow! Dahsyat gila! Komen daripada anonymous betul betul annoying. Suka betul nak buat orang lain marah marah. Tak faham lah. Apa faedah kau dapat? Aiskrim Paddle Pop? Biskot Marrie? Coklat Masakan? Gula Pasir? Duh...


Aku tahu kita berhak untuk bersetuju atau tidak. Boleh sajo nak bagi pendapat. Tapi kalau dah sampai tahap serupa mengutuk dan mengeji apa kes? Pulak tu anonymous guna kata kata kesat tambah tambah lagi gelaran entah apa apa. Eh eh kalau kau kumpul kata kata kesat tu dah boleh buat dua buah Kamus Dewan kau tahu. Siriyes aku siriyes.


Hey hey. Pernah dengar menegur secara berhikmah? Hikmah ialah bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Sesungguhnya anonymous tu mencacatkan dunia blog. Mentang mentang tak tahu siapa sebenar dia boleh lah nak gebang berdesing. Adeh. Apa apa pun aku ingin memohon maaf zahir dan batin sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Tiba tiba. Haha. ;)


potpetpotpet: If you are looking for perfection, buy yourself a BARBIE doll.


Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com