Jumaat, 15 Disember 2017

Panduan & Tips Rawat Kucing Sakit Parvo - Apa Langkah Yang Perlu Diambil?

Salam.


Sekejap je dah besar anak-anak kucing aku ni. Padahal umur baru nak masuk dua bulan! Entri kali ni sebenarnya bersambung daripada entri Tanda Kucing Sakit Parvo. Kali ni aku nak kongsikan rawatan-rawatan sekiranya kucing-kucing kita diserang virus parvo. 

Rawatan Vet
  • Bawa ke vet secepat mungkin.
  • Virus parvo tiada ubat. Vaksin adalah langkah terbaik untuk mengelakkan kucing daripada terkena virus parvo ni. Walaupun ada kes kucing yang telah divaksin dijangkiti parvo tapi antibodi kucing masih kuat untuk melawan.
  • Kebiasaannya kucing akan beri suntikan antibiotik atau sub Q atau dimasukkan air melalui bawah kulit kucing.

Rawatan Di Rumah
  • Force feed kucing yang dijangkiti dengan makanan dan air glukosa menggunakan picagari tanpa jarum.
  • Kucing sebaiknya diberi air glukosa 2 hingga 3 jam sekali dengan sukatan 3 hingga 4 picagari air glukosa untuk membekalkan tenaga.
  • Makanan wet food harus diberikan sekurangnya 3 kali sehari dengan sukatan 2 hingga 3 picagari.
  • Makanan wet food yang dicadangkan adalah jenis Hills A/D. Makanan jenis ni sangat baik untuk penyembuhan segera (fast recovery) kerana mengandungi ubat. Harga makanan wet food jenis Hills A/D ni sekitar RM11 setin dan boleh didapatkan di vet.
  • Ada petua memberikan air kelapa muda kerana air kelapa adalah bersifat diuretic, sesuai untuk membuang bendasing dlm tubuh dan menaikkan imunisasi badan kucing.

Tips Lain
  • Asingkan kucing yang sedang sakit atau dikuarantinkan di bilik berasingan.
  • Virus parvo boleh mati dengan campuran air dan clorox bernisbah 3:1. Mop lantai seluruh rumah dan tempat-tempat kucing bermain dengan menggunakan campuran tersebut.
  • Virus parvo boleh hidup di dalam rumah dan udara selama 1 tahun.
  • Virus parvo berjangkit kepada kucing melalui sentuhan, udara, najis dan air liur.
  • Virus parvo tidak berjangkit kepada manusia.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tapi jangan tidak merawat jika sudah terlambat untuk mencegah.

Sumber: KucingBertweet

Ketahui Tanda Kucing Sakit Parvo: Virus Pembunuh Tanpa Penawar!

Salam.


Comel tak anak-anak kucing tu? Haaa... Umur anak-anak kucing tu baru je masuk sebulan. Siapa ada bela kucing? Pernah dengar pasal Parvo Virus? Bahaya jika kucing diserang Parvo Virus ni, boleh bawa maut. Setakat hari ni, memang tiada vaksin untuk Parvo Virus. Jadi, berhati-hatilah! Ketahui tanda-tanda kucing jika diserang Parvo Virus.

Tanda Kucing Diserang Parvo Virus
  • muntah kuning berbuih
  • kucing lemah dan dehydrated kerana kurang air
  • cirit birit berbuih dan sangat busuk dari biasa
  • bau mulut kucing sangat busuk
  • tak nak makan dan minum
  • tak nak makan tapi minum kerap
  • najis berdarah

Semoga kucing-kucing kita selamat daripada Parvo Virus ni.

Sumber: KucingBertweet

Selasa, 30 Mei 2017

Cara Dato' Seri Najib Tun Razak Pegang Kucing Menarik Perhatian Netizen

Salam.


Heboh semalam gambar Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang bermesra dengan kucing peliharaannya yang bernama Kiky. Netizen di laman twitter rancak mengusik dan mempersoalkan cara Dato' Seri Najib Tun Razak memegang Kiky. Tapi masalahnya memang macam tu cara Dato' Seri Najib Razak bergambar dengan Kiky. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Tu memang cara Dato' Seri Najib Tun Razak pegang kucing dia, bukan cekik tau. Tak baik korang ni.



Haaa... Penyayang sungguh Perdana Menteri kita yang sorang ni. Tapi kenapa Dato' Seri Najib Tun Razak block Bujibu Chempel kat twitter? Kesian dia. Dia cuma suruh Kiky tu senyum ikhlas sikit baru gambar dengan Dato' Seri Najib Tun Razak nampak lebih natural dan candid. Cuba tengok Kiky dalam gambar tu, tak nak senyum langsung. Betul tak Bujibu? Ehhh... Ke Kiky sentap lepas tu minta Dato' Seri Najib Tun Razak block Bujibu?


Lofattah? Fattzura? Apalah sangat nak dibandingkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Kiky.

Khamis, 25 Mei 2017

Kejam! Anak Kucing Kepala Terputus, Kaki Terpotong & Usus Terkeluar!

Salam.


Comel tak anak kucing kat atas tu? Tu anak kucing aku. Dah masuk sebulan dah usia anak-anak kucing aku. Cakap pasal anak kucing, aku ternampak tweet mengenai anak kucing yang mana kepalanya terputus, kakinya terpotong, perutnya terbelah dan ususnya terkeluar. Wow! Sampainya hati! Katanya semalam pun ada anak kucing lain mengalami nasib yang sama. Aduhai. Kerja siapa ni? Aku harap bukan manusia yang buat. Sebab tak layak dia digelar manusia kalau betul dia buat macam ni kat anak kucing yang sah sah takde akal.


Kat bawah ni ada cerita yang lebih terperinci. Ada juga yang memberikan pendapat kemungkinan haiwan atau binatang lain yang buat. Tapi kalau manusia yang buat? Memang layak kita gelar dia sebagai haiwan atau binatang.


Adakah manusia semakin hilang nilai kemanusiaan?

Jumaat, 21 April 2017

Kucing Aku Baru Melahirkan 5 Ekor Anak Kucing

Salam.

Alhamdulillah. Akhirnya Lofa, satu-satunya kucing betina yang aku ada, telah selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang comel dan sihat pada 2 hari yang lepas. 3 ekor daripadanya adalah berwarna putih, manakala, dua ekor yang lain berwarna hitam. Aku pun dah tak ingat ini kali keberapa Lofa beranak. Produktif sungguh! Nasib baik la Lofa ni jenis pandai uruskan anak-anak kucing tu, daripada beranak sampai la boleh merangkak, buka mata, berjalan, memanjat, bergaduh dan berlari. Untuk pengetahuan korang, semua anak Lofa aku tak jaga tapi aku beri kat orang lain selepas anak-anak kucing tu berumur 2 bulan dan ke atas sebab sekarang ni aku dah ada 4 ekor kucing untuk dijaga. Aku rasa itu dah lebih daripada cukup.


Dah alang alang tu, aku berangan la buat photoshoot untuk anak-anak kucing ni. Walaupun Lofa dah pandang pandang jeling jeling je aku masa tu. Haha! Nasib baik dia dah kenal aku. Jadi dia faham kot aku nak update blog pasal anak-anak kucing ni. Boleh?





Semoga membesar dengan sihat. Dan semoga Lofa teruskan beranak. Kalau korang ada kucing yang sedang bunting atau menunggu masa untuk beranak, korang boleh rujuk entri kat bawah ni mana la tahu kucing korang mengalami masalah semasa beranak.

Cara Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Kencing Kucing

Salam.


Aku ada bela kucing. Setakat hari ini aku ada 4 ekor kucing. Tapi tu tak termasuk 5 ekor anak kucing yang baru dilahirkan semalam. Haha! Aku ada 3 ekor kucing jantan dan seekor kucing betina. Jadi faham faham je la kalau kucing jantan kan? Suka sangat kencing bersepah. Penat dah bagitahu berkali-kali, kencing kat bekas pasir tu. Bukan main besar bekas pasir tapi kucing-kucing tu boleh buat buat tak nampak? Tak faham bahasa betul! Camtuh. Konon kucing-kucing tu faham apa yang aku bebelkan. Haha! Jadi aku nak kongsikan beberapa petua dan cara untuk mengelakkan kucing-kucing ni daripada kencing merata-rata tempat di samping menghilangkan bau kencing tersebut.

4 Cara Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Kencing Kucing

1. Serai


Dikatakan kucing sangat tidak menyukai bau serai. Jadi korang boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi dan kemudian semburkan sahaja di kawasan-kawasan yang selalu menjadi tempat kencing kucing korang. Untuk lebih jimat dan mudah, letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah dan tempat-tempat berisiko.

2. Belerang (Sulfur)


Sifat belerang adalah panas dan berbau, amat sesuai bagi mengelakkan kucing daripada kencing merata-rata. Jadi korang boleh letakkan belerang di penjuru-penjuru dinding.

3. Lada hitam


Ni leceh sikit. Korang kena didihkan air dan kemudian masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (biji bukan serbuk) ke dalam air tersebut. Biarkan selama 2 hingga 5 minit. Seterusnya dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam botol penyembur. Akhirnya semburkan di kawasan-kawasan yang menjadi pilihan kucing untuk kencing.

4. Cuka


Sekiranya cara dan petua bagi ketiga-tiga di atas tidak memberikan kesan dan kucing masih kencing merata-rata, maka korang gunakan cuka untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing korang tu. Redha je la! Nak sangat bela kucing kan? Haha!

Ada berpendapat sekiranya kucing-kucing ni kencing merata-rata kerana tidak selesa dengan bekas pasir yang ada atau masalah kesihatan. Jadi korang boleh la bawa kucing-kucing yang bermasalah ni jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Jumaat, 23 Januari 2015

Loki Si Kucing Comel Ni Datang Dari Mana?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Macam mana aku boleh bela Loki? Haaa... Loki ni kalau korang nak tahu, kucing pertama yang aku bela. Aku ambil Loki masa dia dua bulan lagi. Tak silap aku ambil dia kat Johor Bahru sekitar awal bulan Disember 2012. Masa tu aku tengah kursus induksi kat sana. Dalam aku tengah mengantuk dan bosan dengar ucapan, aku pergi buka mudah.my tengok anak-anak kucing kat situ. Niat kat hati cuma nak tengok tengok je. Entah macam mana aku boleh bernafsu nak ambil seekor bawa balik rumah. Dah jodoh Loki dengan aku kot? Hiks.

Sekarang Loki ni dah berumur 2 tahun 3 bulan. Kalau ikut umur manusia, Loki ni dah 24 tahun. Lebih kurang macam umur aku kot? Sebaya pun boleh. Haha! Tapi apa yang menyedihkan, Loki dah jadi bapa dah. Aku? Calon pun masih tercari-cari dan teraba-raba. Simpati tak? Hehe. Okay. Setakat tu je la kot sesi pengenalan tentang Loki si kucing comel ni. Nanti kita sambung kisah Loki dengan lebih lanjut. Dah alang-alang meh kita tengok antara koleksi gambar Loki masa dia kanak-kanak ribena lagi. Comel yang amat kot!

Ni hari pertama aku ambil Loki. Dia duduk dalam kotak ni daripada Johor sampai Melaka. Sedih tengok dia.

Innocent je muka Loki masa ni.

Boleh tak jangan membesar?

Bluwekkk!

Jarang Loki ni duduk kat sofa.

Kena paksa pakai tudung! Haha!

potpetpotpet : Siapa catlover kat sini?

Sabtu, 10 Januari 2015

Cara Membantu Kucing Beranak (Chiky Dah Beranak!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Chiky dah berjaya melahirkan empat ekor anak kucing hasil projek kahwin dengan Loki. Chiky sekarang kat rumah tuan dia, Nisa Kay. Hehe. Tapi tengok gambar-gambar yang Nisa Kay kirimkan, keempat-empat ekor anak kucing tu warna putih! Adeh. Kuat betul genetik Loki ye? Sepatutnya ada lagi seekor anak kucing yang ikut warna Chiky. Tapi malangnya, dia tak dapat diselamatkan waktu tu.

Loki (atas) dan Chiky (bawah).

Tadi Nisa Kay ada share artikel dengan aku pasal macam mana nak bantu kucing beranak. Memang artikel tu sangat bermanfaat terutamanya untuk orang-orang macam aku yang baru je berjinak-jinak dalam dunia kucing ni. Well, aku ni mana ada pengalaman jadi bidan terjun untuk kucing yang nak terberanak ni. Kalau korang nak baca artikel penuh, sila klik DI SINI. Lepas baca artikel dia, aku dah ringkaskan sikit beberapa tips untuk membantu kucing-kucing korang yang nak terberanak tu:
  1. Bukan semua kucing perlukan bantuan untuk beranak.
  2. Bawa kucing jumpa veterinar untuk diperiksa.
  3. Sediakan tempat khas untuk beranak - guna barang bersih, jauh daripada sebarang gangguan, letak berhampiran makanan, minuman dan bekas najis.
  4. Letak bekas bersih berhampiran untuk anak-anak baru lahir.
  5. Trim sikit bulu di bahagian belakang dan puting (untuk yang berbulu panjang).
  6. Tanda-tanda kucing dah bersedia untuk beranak:
    • gelisah, cari tempat gelap dan berbunyi bising
    • kerap menjilat badan - bahagian kemaluan
    • mencungap-cungap
    • mengiau sekuat hati
    • tidak berselera makan
    • muntah (kemungkinan)
    • melelehkan air jernih (ketuban), darah dari kemaluan
  7. Pastikan sarung/uri setiap anak dimakan/dibersihkan.
  8. Pastikan tali pusat dipotong.
  9. Bawa jumpa veterinar jika ibu kucing mengalami kesukaran menyusukan anak.
  10. Rekod butir kelahiran.

Detik Chiky melahirkan anak-anak kucing yang comel!
 
Tu je la serba sedikit tips membantu kucing beranak yang aku dapat daripada artikel tu. Lepas ni korang boleh la buat servis membantu kucing beranak dari rumah ke rumah. Hehe. Tak sabar nak jumpa anak-anak kucing Chiky dengan Loki tu. Harap keempat-empat anak kucing tu membesar dengan sihat dan comel.

Tak boleh usik! Kemain kedekut Chiky sekarang ni.

potpetpotpet : Adakah lepas ni giliran Lofa pulak?

Khamis, 29 April 2010

Gambar Kucing Buat Buat Lawak. Wajib Tengok!

 Okay. Nak tekan mana satu dulu ek? Tan tan tut keladi we we siapa terkentot dia anak cina tua. Haaa...

 Cari benda tersembunyi. Cepat cepat. Sementara stok masih ada.

 Kau ingat kau sorang je boleh buat buat comel? Aku pon boleh jugak menurut kata si kucing itu.

 Haha. Aku ingat belon tadi. Sengal.

 Berapa kali mak dah ajar? Dua tolak satu jawapan dia satu terjatuh. Faham? Isk isk isk. Degil betol budak ni.

Negaraku. Tanah tumpahnya darahku.

 Shhh... Mintak mintak la takde sesiapa nampak aku.

 Jangan cuba cuba nak goda I okay.



potpetpotpet: Gelak guling guling sebab kelakar.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com