Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Husna just turned 6 years old yesterday! Tahniah! Dah 6 tahun dah kan? Pejam celik pejam celik, Isnin ni genap la 24 tahun aku kat atas muka bumi ni. Eh? Ambil kesempatan nampak? Haha. For your information, Husna lahir pada 20 April dan aku pulak pada 23 April.
Pagi tadi aku sempat check akaun bank aku. Jangan tanya kenapa sebab aku memang tak tahu kenapa tiba tiba aku nak check akaun bank aku tu. Sekali tengok, wahhh! Gaji dah masuk! Om nom nom! Okay. Bunyi tu memang takde kaitan langsung.
Nasib la duit ni datang tepat pada masanya. Husna jugak yang untung. Since dah ada duit lebih, aku sempat belikan hadiah untuk Husna. Hadiah apa? Well, takde apa apa sangat, it's just a simple dress. Dan Husna sempat pakai dress tu sebelum masuk tidur! Cute je kan?
Aku tak beli kek tapi aku beli donut. Haha. Muak la makan kek. So, aku tukar selera dengan donut daripada big apple. Seronok jugak dapat makan donut instead of kek. Kalau ada lilin, mesti lagi comel kan letak lilin atas donut tu? Mungkin lain kali.
Okay. Cukup la untuk hari ni. Update panjang panjang pon bukan orang nak baca kan? Kita jumpa lagi ye? Nak tidur dah. Husna pon dah penat berjalan daripada pagi tadi. Tidur kena cukup baru la muka comel macam kat bawah ni:
potpetpotpet : Aku dah malas nak update blog dah.