Selasa, 25 April 2017

Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf?

Salam.


Viral apabila program Sukan Tak Sentral mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek. Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek, adalah merupakan pemegang rekod pecut 100 meter negara dengan 10.3 saat selama 17 tahun. Berketinggian 1.70 meter, Watson yang turut mendapat gelaran "Dayak Terbang” pernah bertanding dalam Kejohanan Asia di Fukuoka, Jepun pada 1998 selain menjadi pelari pecut tunggal bertanding dalam acara 50 meter dan 60 meter.

Namun, Watson diisytiharkan muflis kerana telah membuat pinjaman bank sebanyak RM80,000 untuk membayar kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga. Untuk pengetahuan, bapa Watson telah meninggal dunia pada tahun 2014. Menurut Watson, beliau tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut kerana bergaji kecil. Akhirnya, kerajaan negeri Sarawak telah menyelesaikan tunggakan pinjaman bank itu dan Watson juga diberikan rumah teres satu tingkat dengan tiga bilik bernilai RM350,000 di Miri. Syukur.

Jadi tidak hairan kenapa isu nama bapa Watson ni sangat sensitif. Watson sanggup berkorban membuat pinjaman untuk membiayai kos perubatan mendiang bapanya pada waktu itu biarpun mengakibatkan beliau diisytiharkan muflis. Apabila ada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya lalu disamakan dengan binatang, siapa yang tidak marah? Mungkin permohonan maaf telah dibuat, tindakan telah diambil, tapi kesannya? Semudah ABC ke nak sembuh? Orang pernah cakap luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapa tahu. Tapi jangan lupa yang luka di tangan pun ambil masa untuk sembuh. Jadi mustahil la luka di hati boleh sembuh dengan serta-merta pula. Pada mulanya aku pun tak berapa setuju bila Watson Nyambek menolak permohonan maaf daripada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya. Tapi lepas aku cuba letakkan diri aku dalam situasi Watson, aku rasa aku pun akan buat benda yang sama. Semua perlukan masa. Dan sekarang beliau masih marah dan terluka dengan kejadian yang berlaku.

Isnin, 10 April 2017

Selamat Timang Anak Sulung!

Salam.


Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 pagi, 9 April 2017, hari Ahad, adik aku telah selamat melahirkan cahaya mata sulung merangkap cucu kedua kepada ibu dan ayah kami. Syukur semua dipermudahkan. Akhirnya Nurul Ain dah ada kawan seperjuangan! Semalam pun bukan main baik hati nak suapkan baby tu dengan rempeyek yang dia makan. Bagus betul tak kedekut ye. Haha! 



Adik aku ni awal awal lagi dah ada nama untuk anak sulung dia ni. Untuk pengetahuan korang, anak sulung adik aku ni perempuan. Jadi sekarang ibu dan ayah aku dah ada dua orang cucu perempuan. Lelaki? Belum rezeki lagi. Mungkin yang tengah on the way tu kot. Ehem ehem ehem. Kepada adik aku, semoga jadi ibu yang terbaik sama seperti ibu kita selain daripada selamat berpantang, selamat kurus balik, selamat tak cukup tidur, selamat bangun tengah tengah malam, selamat membesarkan anak supaya menjadi yang solehah dan macam macam selamat lagi. Camtuh.

Jangan ada pula soalan tanya aku bila pula. Aku tak buka kaunter pertanyaan pun. Siapa tanya soalan macam tu, ketiak dia hitam. Haha! Tanya la kalau nak ketiak hitam.

Isnin, 9 Julai 2012

Sambut Hari Jadi Di Pizza Hut - Untuk Ayah Atau Husna?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Hari Sabtu baru-baru ni kami sekeluarga sempat celebrate hari lahir ayah lebih awal daripada sepatutnya. Hari lahir ayah 12 Julai ini. Tapi kami sambut awal sebab kebetulan semua ahli keluarga kami ada kat rumah pada hujung minggu tu. Nak sambut 12 Julai tu memang tak dapat la kan. Bob ada kat UiTM Shah Alam. Ika ada kat UIA. Adik ada kat UKM. Ayah, ibu, aku, Nana dengan Husna je yang ada kat rumah. Tak best la kalau tak cukup ahli.


Kalau bawa Husna ni keluar makan, tempat dia tak lain tak bukan Pizza Hut la. Husna suka sangat dengan sup cendawan Pizza Hut. Nak tak nak, setuju je la dengan pilihan Husna. Kalau bawa tempat lain, takut dia tak makan pulak ni. Siapa yang susah? Satu keluarga juga yang susah. Tu belum aksi-aksi merajuk dia yang berada dalam kategori 18SG! Dan 18SG tu takde kena mengena dengan MSG. Kbai.






Kami pilih the latest promotion from Pizza Hut, Chicken Cheesy Bites Steak pizza. Honestly, kami tunggu hampir sejam untuk pizza ni sampai. Aku tak tahu apa yang special sangat pizza ni sampai nak kena tunggu lama macam tu. Mungkin nak kena tunggu all ingredients jatuh daripada langit kot? Haha. Okay. Macam mana dengan rasanya? Bagi aku, Pizza Hut pernah hasilkan pizza yang lagi sedap daripada Chicken Cheesy Bites Steak pizza ni. Tapi tak salah untuk mencuba kan? Lain orang, lain lidahnya.




Eh. Ni entri pasal Pizza Hut ke hape? Patut entri ni special untuk ayah aku. Haha. Okay. Kepada ayah, kami sekeluarga mendoakan ayah sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Eh. Ringkas je? Nak panjang panjang ada dalam doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT.



potpetpotpet : Ayah hero aku!

Sabtu, 25 Februari 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Nuraudi Zafirah - Genap 18 Tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam semalam keluarga aku sempat meraikan ulang tahun kelahiran adik perempuan aku, Adik panggilan dia. So, tahun ni umur dia dah masuk 18 tahun dah. For the time being, dia tengah tunggu result SPM.

Kat mana kami raikan ulang tahun kelahiran? Adakah di hotel lima bintang? Adakah di restoran lima bintang? Adakah di malam bulan dipagar bintang? Tidak sama sekali kerana kami raikan di rumah kami yang bertaraf lima bintang! Haha. Rumah keluarga kami memang bertaraf lima bintang ye. Siapa nak masuk rumah kami, dia kena lompat bintang sebanyak lima kali lima bersamaan dengan dua puluh lima baru dia lepas masuk. Okay. Lawak agak hambar di situ. Haha.

Aku sengaja tak nak rotate. Haha. Dapat baca tak?

Satay ayam yang super sedap.

Satay daging yang aku tak sentuh langsung sebab aku memang tak makan daging.

It was a simple occasion. We had a whole chocolate indulgence cake from Secret Recipe. Besides that, we had satay, nasi himpit dan kuah kacang! Tak dilupakan jugak air teh o limau suam. Tu je la. Simple je kan? Orang putih kata, simple but nice. For me, tak perlu nak makan mewah mewah sangat sebab last last jadi tahik jugak kan? Haha. Apa yang penting pada malam tu ialah semua ahli keluarga aku ada. Ada ibu, ayah, aku, Bob, Nana, Ika, Adik dan Husna. 

Sorry sebab aku tak upload gambar yang ada muka orang. Adeh. Since we all raikan kat rumah, faham faham je la pakaian kami macam mana. So, pandai pandai la guna imaginasi sendiri macam mana kami sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-18 ni.



potpetpotpet : They said FAMILY stands for Father, Mother, I Love You.

Rabu, 30 November 2011

Perjalanan Pulang Ibu & Ayah Dari Mengerjakan Haji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari ni aku tak nak buat Wordless Wednesday sebab hari ni aku nak taip beberapa patah perkataan. Boleh ke tak? Eh. Ni blog siapa ni? Blog aku rupanya! So, aku tengah tanya diri sendiri la ni? Okay. Boleh ke tak? Boleh je. Tulis la apa aku nak. Demikian aku menjawab soalan aku tadi. Mesti kau tak faham kan? Skip je la perenggan ni.

Pada hari Ahad yang lepas, ibu dengan ayah dah selamat sampai dari Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah. Terima kasih to all of you yang turut mendoakan keselamatan perjalanan ibu dan ayah aku dalam entri Doa Buat Ibu & Ayah.

Masa nak tunggu ibu dengan ayah keluar tu memang mencemaskan. Orang pertama jalan keluar, bukan ibu dengan ayah. Orang kedua jalan keluar, bukan ibu dengan ayah. Sampai orang yang entah keberapa entah aku still tak nampak batang hidung ibu dengan ayah. Adeh. Takkan aku salah masa kot? Atau ibu dengan ayah tertinggal flight sebab beli keropok lekor kat tepi jalan ke mana la tahu kan? Errr... Pelik je teori aku?

Setelah hampir satu jam berdiri kat tepi pagar yang macam tengok konsert kat bahagian depan sekali tu, finally ibu dengan ayah memunculkan diri masing masing.

Macam kenal je?

Alhamdulillah. Ibu dengan ayah dah sampai dengan selamat.

Mereka yang turut hadir memeriahkan majlis hari jadi. Eh?

Aku malas nak setting rambut.



potpetpotpet : Makan sedap sedap je sekarang.

Jumaat, 25 November 2011

Doa Buat Ibu & Ayah - Perjalanan Pulang Dari Mengerjakan Haji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




potpetpotpet : Husna dah banyak kali tanya bila ibu dengan ayah nak sampai.

Ahad, 9 Oktober 2011

Haji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Ni ibu dan ayah aku. Esok pagi dorang akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ibu dan ayah aku akan berangkat ke tanah suci Mekah dalam masa tak sampai 12 jam sahaja lagi.

Okay. Tu je kot update untuk malam ni. Aku nak kena tidur awal ni. Sebab apa? Aku tak berapa rajin nak taip sebab dia so kau tengok je gambar kat bawah ni. See? Senang kan kerja aku? Haha. 




potpetpotpet : Labbaik Allah humma labbaik.

Selasa, 27 September 2011

Bukan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Rumah aku ada kenduri hari Sabtu yang baru lepas ni. Adrina Qamarina boleh tanya kenduri kahwin aku ke. Tak patut betul soalan macam tu. Gurau kasar nampak?

Actually, kenduri tu diadakan untuk ayah dan ibu aku. My parents nak pergi haji tahun ni. Tiba tiba je my parents kan? Sengaja nak bagi international sikit. Haha. Anyway, sebab tu buat kenduri ni jemput adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sejawat dan siapa siapa la.

Kitorang tak guna khidmat katering langsung. Semua makanan dan minuman kitorang sediakan sendiri. Kitorang tu mewakili pakcik makcik belah ayah aku dan pakcik makcik belah ibu aku. So, aku macam bangga gila sebab pakcik makcik belah ayah aku dan pakcik makcik belah ibu aku dapat bergabung tenaga sediakan semua makanan dan minuman pada hari tu. Kau boleh jealous sekarang sebab kau guna katering je kan? Eh. Boleh ke pakcik makcik belah ayah kau dengan pakcik makcik belah ibu kau gotong-royong macam kitorang? Haha. Berlagak tak? Okay. Aku nak istighfar sekarang. Astaghfirullah al azim.

Jom tengok BEBERAPA keping gambar yang telah berjaya aku snap.


















Sorry. Gambar aku macam tak banyak sangat sebab aku sibuk masa tu. Alhamdulillah. Kenduri telah berjalan dengan lancar. Kenduri started from 12 tengahari sampai la 9 malam. Sebab ada yang datang lewat sikit sebab memenuhi undangan lain dulu. Biasa la kan? Raya tak habis lagi. So, open house memang bersepah sana sini. Rezeki jangan ditolak beb!

Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita kerjakan. Let's doakan ayah dan ibu aku mendapat haji yang mabrur.



potpetpotpet : Bila giliran aku nak pergi haji pulak?

Selasa, 12 Julai 2011

Happy Birthday, Ayah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Hey! Hari ni berapa hari bulan? Errr... 12 Julai kan? Yes. Hari ni merupakan ulang tahun kelahiran ayah aku yang hebat. Okay. Kau tahu kan nama aku Hizami Rahim? So, secara automatiknya nama ayah aku bukan la Ah Ah Ahmad. Tapi nama ayah aku ialah Rahim. Eh. Secara automatik ye. Haha. Anyway, ayah aku telah dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1960. Kau agak agak berapa umur ayah aku sekarang? Haaa... Kira la sendiri kalau kau nak tahu sebab aku tak nak kira untuk kau. So, jangan nak malas malas ye. :B

Okay. Perenggan kedua ni dikhususkan untuk aku bagi ucapan sepatah dua kata kata ajaib kepada ayah aku. Errr... Simple je la ek? Okay. Aku mula ni... Aku mula sekarang ek? Dah sedia? Satu, dua, tiga! Aku mula ni... Happy birthday, ayah! Semoga ayah sihat selalu! Semoga ayah (dan ibu) mendapat haji yang mabrur tahun ni. Doakan anak anak ayah berjaya dunia dan akhirat ye. Sayang ayah! #okbai



potpetpotpet : Apa tengok tengok? =_=

Ahad, 24 Oktober 2010

Meet My Family | Ayah, Ibu, Bob, Nana, Ika, Adik & Una

Semalam iaitu bersamaan dengan 23 Oktober 2010, aku drive sorang sorang gi Shah Alam semata-mata nak jumpa family terchenta. My parents came to Shah Alam to visit their children. Bob and Nana study kat UiTM Shah Alam. Ika nga cuti sem. Dia study kat Matrikulasi UIA. Adik pulak study kat Seri Puteri, Cyberjaya. Dan Una tak sekolah lagi. Haha.

Alamak ! Tercomel sudah haha.
So, my parents decided nak lepak lepak kat Shah Alam kejap. Aku pun nak join jugak. Mana aci aku takde dalam cerita ni kan kan kan? Aku apalagi terus drive daripada Tanjong Malim gi sana. Sampai sana dalam kol 2.30 petang. My mom masak banyak gilerrr lauk pauk. Ada udang sambal, ayam berempah, pucuk paku masak lemak dan telur goreng kicap. Fuhhh ... Memang senak perut nak telan semua tu. Eh. Aku tak boleh nak lama lama sebab aku ada banyak lagi kerja nak buat. So, aku bertolak balik semula ke Tanjong Malim lebih kurang kol 5.00 petang hari tu jugak. Alhamdulillah. Aku selamat. XD

Without them, I am nothing.
potpetpotpet : Terima kasih Allah.

Ahad, 9 Mei 2010

Ayah Kau Nak Campak Mana?

Wah. Tajuk nak gempak. Oh. Okay. Nak cerita. Sempena Hari Ibu ni aku nak mengucapkan semoga berbahagia la hendaknya ibu ibu sekalian. Best best. Jom nyanyi Keluarga Bahagia ramai ramai. Okay okay. One two buckle my shoe three start! Sepohon kayu daunnya rimbun lebat bunganya serta buahnya walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Oh. Aku tahu aku salah lagu. Bantai je la.


Bila tiba Hari Ibu orang selalu kata hari hari adalah Hari Ibu. Jadi ayah kau nak campak mana? Amboi amboi. So tiba Hari Ayah masa tu kata hari hari adalah Hari Ayah pulak? Wakakaka. Jahat jahat. Apa kata hari hari adalah Hari Ibu dan Ayah? Aku kasihan tengok ayah ayah sedunia bak kata pepatah apalah daya bertahan cuma di pinggiran yang memilukan.


Kau tak nampak ada elemen jealous dan hasad dengki kali ni? Sebab musabab? Aku lelaki. Suatu hari nanti giliran aku pulak jadi ayah. Tak aci betol. Wakakaka. Well. Aku akui. Aku pon lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Aku rasa ramai jugak macam tu kot walaupun bukan semua. Bantai je la.


potpetpotpet: Bosan petang.

Rabu, 5 Mei 2010

Rumah Oh Rumah!

Wah. Nak balik rumah!!! HohO. Well. Nak packing barang barang kejap lagi. Hopefully aku sempat balik hari ni. Dah lama tak balik rumah ni. There can be no place in the world like at home!!!


Rumah ada ibu dan ayah. Rumah ada adik adik. Best best. Okay. Ada sesiapa nak tolong aku packing barang barang ni? Betol betol banyak. Isk isk isk. Baju baju. Buku buku. Pinggan mangkok. Kasut kasut. Fuh... Tak cukup dua tangan ni. Nak tiga tangan ke empat tangan ke lima tangan ke enam tangan ke boleh boleh boleh?


potpetpotpet: Home is where the heart is.

Rabu, 21 April 2010

Hizami Rahim Adalah Artis Baru Lelaki.

 Sila klik pada gambar di atas untok tumbesaran dahsyat. Sila sila jangan malu.

Eh eh.
Keywords Hizami Rahim mencatatkan nilai tertinggi for this week.
Tak sangka pulak.
Dalam banyak banyak kata kunci, nama aku jugak jadi carian.
Hebat bukan?
Oh.
Nama aku nama artis.
Boleh?
Gila berangan.
HohO~

potpetpotpet: Terima kasih kepada ayah dan ibu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com