Jumaat, 21 Jun 2013

5 Kelebihan Video Di Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi ni dikejutkan dengan ciri terbaru Instagram, yang mana sekarang kita boleh upload video. Pulak dah? Siapa yang tak tahu lagi tu, boleh la buat muka terkejut sekarang. Jadi, apa relevannya ciri ni diperkenalkan? Apa yang lainnya ciri ini dengan aplikasi-aplikasi perkongsian video sedia ada? Setelah aku try and error pagi tadi, so aku dapat nampak beberapa kelebihan video di Instagram. Sedia?

Pertama,
 
  • Kita dapat delete frame bila kita tak puas hati dengan aksi dalam frame tu. Maksudnya, dalam satu video tu kita boleh rakam beberapa frame. Kalau kita tak puas hati, kita dibenarkan delete frame yang terakhir dalam video tu. Kalau tak puas hati lagi, delete je semua. Habis cerita.

Kedua,
  • Kita diberi pilihan untuk menentukan cover frame bagi video kita tu. So daripada situ kita akan dapat pilih frame yang cantik ke hensem ke comel ke seksi ke supaya kita akan dapat lebih ramai follower lepas tu. Boleh camtuh? Kalau tak dapat ramai follower jugak, istighfar banyak banyak ye? Heh.

Ketiga,
 
  • Nama pun Instagram. Tak macho la kalau takde filter dia tu kan? Bila kita nak upload gambar kat Instagram, kita diberi pilihan untuk guna filter yang ada. Perkara yang sama jugak untuk video. Kita boleh guna 13 jenis filter yang ada. Filter untuk video ni sama je macam filter untuk gambar. Nama setiap filter je yang dah lain kot?  

Keempat,
  • Bila rakam video guna Instagram, kita boleh tap pada skrin supaya fokus kat mana mana bahagian yang kita nak. Hasilnya? Nampak macam professional la sikit. Sikit je, tak banyak. Jangan nak over okay? Haha!

Kelima,
  • Ciri video kat Instagram diperhebatkan lagi dengan tool yang dapat menstabilkan imej. So video akan jadi lebih smooth. Untuk ketahui perbezaannya, kita boleh tekan kat icon yang macam vibrate seperti yang terpapar kat gambar kat atas tu.


potpetpotpet: Lepas ni dah boleh delete Keek! LOL!

Rabu, 4 Januari 2012

Domain Sendiri Blog Daniel Adie - Tahniah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahniah diucapkan kepada one of my good friends since I was in secondary school, Adie sebab dah berjaya mempunyai domain sendiri dah. Tahniah! Actually aku yang hasut dia untuk guna domain tu. Tak sangka dia boleh termakan hasutan aku tu. Haha. Padan muka dia. Siapa suruh percaya sangat dengan aku kan?

Agak hensem jugak aku ni kan? Sebelah aku ni la Adie. Eh? Tak payah kenalkan pon takpe.

Semalam aku sempat jumpa Adie kat Secret Recipe. Aku datang dengan kawan aku lagi sorang. Aku sebenarnya dah lama tak lepak dengan Adie, ada la dalam sebulan lebih sebab aku busy dengan nasyid dan dia pulak busy dengan kerja dia sebagai lecturer kat politeknik. Ni dapat jumpa lepas waktu kerja dia, lepas pukul 5 petang.

Kek ni yang menghasut aku untuk makan dia. Kejam kan?

Ni kawan aku tu. Nama dia Khairil Izwan. Ada siapa siapa nak kenal? Ada diskaun 70% sempena tahun baru cina yang tak lama lagi ni.

Tapi aku bukan jumpa Adie sebab nak borak borak kosong je tapi sebab dia nak hulur duit kat aku. Berapa banyak tu biar aku je yang tahu. Haha. Duit tu duit gaji aku masa aku dengan dia dapat job hari tu. Dah lama dia nak serah kat aku tapi aku tak balik balik Melaka. Tapi tak kisah la semua tu, yang penting aku dah dapat duit tu. So, shopping jom?

Sepuluh orang boleh makan sepotong kek chocolate cheese ni sebab cepat muak.



potpetpotpet : Terima kasih Allah dengan nikmat yang diberi.

Isnin, 2 Januari 2012

New Blogger Templates - Download & Review

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sebelum ni ada beberapa orang blogger tanya aku macam mana nak buat template blog tapi aku tak dapat nak jawab sebab aku sendiri tak tahu nak buat macam mana. Kalau kau nak tahu, template blog aku yang sekarang ni pon aku download secara percuma kat laman web mana entah. Aku cuma tambah header dengan tukar background dia je. Tak payah nak susah susah nak buat template blog sendiri, guna je apa yang ada.

Sempena dengan tahun baru tahun 2012 ni, mesti ada blogger blogger yang berkobar kobar nak tukar template blog dia tapi tak tahu macam mana kan? Takpe takpe. Jangan risau sebab aku dah tolong kau cari template template yang best untuk blog kau. Kat bawah ni ada total 8 ketul template yang pada aku memang smart. So, kau tengok tengok la dulu kot kot ada template yang melekat di hati. Kalau nak tengok macam mana rupa template yang kau nak tengok tu sila klik kat demo.


Cherry Blogger Template
 DEMO


Elegante Blogger Template
 DEMO


Echo That Is Love Blogger Template


Girl's Life Blogger Template


Girly Diaries Blogger Template


Extreme Georgia Blogger Template


Me And My Bear Blogger Template



Pointe Du Lac Blogger Template


Tahu tak macam mana nak guna template template kat atas ni? Eh. Takkan tak tahu langsung? Tapi kalau betul betul ada yang tak tahu jangan malu malu boleh tanya aku kat ruangan komen. Anyway, entri ni tak sesuai dibaca oleh mereka mereka yang dah pakar dalam bidang blog ni. Aku harap aku dah bantu beberapa orang blogger yang sedang mencari template yang bersesuaian dengan blog dia. Kalau takde yang sesuai, boleh singgah kat SINI untuk pilih sendiri.



potpetpotpet : Hulurkan tangan ringankan beban.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com