Wah. Khutbah Jumaat pada hari ni bercerita tentang ciri ciri suami yang baik. Ya. Mungkin sempena dengan Hari Ibu yang bakal menjelma tak lama lagi. Kaitan? Bantai je la.
Well. Sedar atau tidak khutbah tadi ada sentuh pasal cirit birit cerai berai jugak. Katanya janganlah si suami menceraikan serta merta zam zam alakazam si isteri apabila si suami benci meluat tak suka tak suka dengan keburukan si isteri. Sebab apa pulak? Jeng jeng jeng. Eh eh kalau perangai si isteri tu buruk buruk buruk buruk buruk takkan nak biarkan macam tu je? Jeng jeng jeng lagi. Itulah manusia. Suka melihat keburukan berbanding kebaikan. Tak pasal pasal kebencian membuak buak. Maka si suami perlu sedar bahawa mungkin ada hikmah di sebelah pintu sebaliknya. Ya. Kadang kadang segala apa keburukan si isteri boleh menjadi kekuatan bagi si suami. Cerai berai bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Sila percaya. Yakinlah bahawa Allah SWT lebih mengetahui. Wallahualam.
Wakakaka. Apahal pulak aku tiba tiba cerita pasal hal ehwal rumah tangga ni? Tak pasal pasal kena gossip nak kahwin. Sudah sudah.
potpetpotpet: Nak tidur petang lepas ni. Fuh...


