Selasa, 18 April 2017

Cara Atasi Insomnia, 6 Strategi Tidur

Salam.

Insomnia ni merupakan penyakit susah untuk tidur. Antara simptom insomnia ialah sukar tidur, banyak terjaga, bangun awal, mengantuk pada siang hari, rasa tertekan, tidak dapat fokus dan jadi pelupa. Akibatnya? Prestasi kerja menurun, tindak balas lebih perlahan di atas jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan, kemurungan dan mendatangkan penyakit. Untuk pengetahuan, ada beberapa faktor penyebab insomnia ni, antaranya ialah:

  • tekanan
  • tabiat tidur yang kurang baik
  • makan malam yang berlebihan
  • masalah psikiatri
  • ubat
  • merokok
  • minum teh atau kopi


Menurut Dr Afida Sohana, antara cara untuk mengatasi insomnia adalah melalui ubatan, terapi kawalan rangsangan (stimulus control therapy), teknik relaks (relaxation technique), had tidur (sleep restrictions), terus berjaga secara pasif (remaining passively awake) dan terapi lampu (light therapy).


Jika masalah insomnia ini masih berterusan, maka, sila jumpa doktor untuk rawatan susulan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Baru Aku Tahu Param Itu Apa

Halo halo. How are you guys? Harap harap sihat belaka. Hari Sabtu aku kali ni tak best. Aku tidur lebih kau tahu. Sampai dah penyek sebelah tengkorak kepala ni haha. Hurm. Kejap lagi baru nak start analisis data kajian tesis cambest aku tu. Adeh. Malas rasa membuak-buak. :) 


Anyway aku tak sempat nak bangun sahur. Bangun bangun je dah azan Subuh. Nangis terus. Boleh? Adeh. Ni sebab dan akibat makan banyak malam tadi. Entah apa apa aku telan. Tak pasal pasal nyenyak je tidur aku lepas tu. Erk. Moral of the story is baca doa SEBELUM dan SELEPAS makan. Aku selalu baca doa SEBELUM makan tapi aku selalu terlupa baca doa SELEPAS makan. Sebab? Ada je benda aku nak kunyah lepas tu haha. Sebab tu aku tak tahu bila nak baca doa SELEPAS makan tu. Adeh. Am joking! :)


Aku selalu gi PARAM kol 6 petang. Oh. PARAM tu Pasar Ramadhan. Erk. Aku baru tahu pagi tadi.  Simpati betul dengan diri sendiri haha. Sebelum sebelum ni aku ingat PARAM tu nama orang. Faham faham sudah. Tak sangka pulak PARAM tu singkatan bagi Pasar Ramadhan. Nangis terus haha. Dahsyat betul. Apa apa pun aku tak tahu nak makan apa hari ni. Kau ada cadangan?




potpetpotpet: Kereta aku dah siap repair. Tunggu masa nak ambil je. Suka. :)

Ahad, 25 Julai 2010

Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit Tak Boleh Pakai!

Haiyak! Dah ketul-ketul lengan aku dok menyental baju, suar, kain pelikat, singlet dan jugak spenda haha. Tak perlu gi gym semua tu konon konon la. Tu la sebab dan akibat bila aku mengamalkan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit. Maka berbukit sudah pakaian terkumpul setakat neyh. Hamek!!! Terketar-ketar kepala lutut aku tadi dok canggung cangkung sambil sental sental haha. The moral of the story is aku tak reti nak lukis mural. Erk.




Eh eh aku dah siap hantar laporan ROS semalam. Fuhhh... Lega sudah. Hampir dua hari jugak aku tak cukup tidur. Kusut kepala hotak dok fikir fikir menatang neyh. Nasib dah selesai. Alhamdulillah. So lepas ni nak buat tesis pulak. Mampuih. Satu hape pun tak taip lagik. Tapi aku dah kutip data semua tuh cuma aku tak sempat nak analisis data tuh. Tengok la kalau rajin nanti. Entah bila kan nak rajin rajin tuh. Lantak.


potpetpotpet: Nak jalan gi Lost World Of Tambun kot.

Jumaat, 7 Mei 2010

Cerai Berai Ikut Sukahati.

Wah. Khutbah Jumaat pada hari ni bercerita tentang ciri ciri suami yang baik. Ya. Mungkin sempena dengan Hari Ibu yang bakal menjelma tak lama lagi. Kaitan? Bantai je la.

Well. Sedar atau tidak khutbah tadi ada sentuh pasal cirit birit cerai berai jugak. Katanya janganlah si suami menceraikan serta merta zam zam alakazam si isteri apabila si suami benci meluat tak suka tak suka dengan keburukan si isteri. Sebab apa pulak? Jeng jeng jeng. Eh eh kalau perangai si isteri tu buruk buruk buruk buruk buruk takkan nak biarkan macam tu je? Jeng jeng jeng lagi. Itulah manusia. Suka melihat keburukan berbanding kebaikan. Tak pasal pasal kebencian membuak buak. Maka si suami perlu sedar bahawa mungkin ada hikmah di sebelah pintu sebaliknya. Ya. Kadang kadang segala apa keburukan si isteri boleh menjadi kekuatan bagi si suami. Cerai berai bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Sila percaya. Yakinlah bahawa Allah SWT lebih mengetahui. Wallahualam.


Wakakaka. Apahal pulak aku tiba tiba cerita pasal hal ehwal rumah tangga ni? Tak pasal pasal kena gossip nak kahwin. Sudah sudah.


potpetpotpet: Nak tidur petang lepas ni. Fuh...

Selasa, 4 Mei 2010

Geram Sakit Hati!!! Ya Allah.

Apa aku selalu buat?
Bila aku sakit hati.
I mean terlalu sakit hati.

  • Aku tidur. Aku malas nak fikir nak menambahkan lagi sakit hati. Jadi jalan yang terbaik adalah tidur dan dengan harapan aku tak ingat apa apa bila aku bangun nanti.
  • Aku menyanyi lagu lagu high pitch. HohO. Meh sini lagu lagu Wings, Search, May dan segala jenis lagu lagu rock kapak. Tak lupa jugak lagu lagu Ziana Zain boleh? Okay. Bila aku nyanyi lagu lagu high pitch ni sama konsep macam aku menjerit melalak kuat kuat lantak la apa orang lain nak kata janji aku rasa lega lepas tu.
  • Aku tengok aksi aksi lawak. Oh. Tak kisah la daripada filem filem atau iklan iklan atau apa sahaja bahan lawak. Eh eh laughter is the best medicine kan kan kan?
  • Aku menari. Sila gelak. Aku menari nari hip hop katanya. HohO. Konon konon macam Adam Stacy bergabung meletup! Boleh?
For now.
Itu je yang aku buat.
Lebih lebih belum difikirkan lagi.
Ada cadangan tambahan?

potpetpotpet: Biarkan.

Rabu, 21 April 2010

Dup Dap Dup Dap.

Eh eh eh.
Tiba tiba nak nervous pulak.
My first paper would be on this Thursday.
Kau gila aku tak nervous sampai nak terencat akal dah ni pon.
Fuh.
Agak agak soalan senang macam dua tambah satu atau lima tolak tiga tak?
Nak jugak rasa soalan exam macam tu.
Boleh aku gelak gelak gemok dalam dewan peperiksaan.
Mintak mintak la senang. Mintak mintak la senang. Mintak mintak la senang. Ulang sebanyak enam ratos tujuh puluh lapan ribu lima ratus tiga puloh sembilan kali.
Lantak.
Oh.
Another tips nak exam ni.
Tidor kena cukop ye anak anak sekalian.
Even kau tak habis nak baca bab bab dalam buku yang macam kamus tu, aku rasa better kau tidor jugak.
Sila jangan mimpi kau nak coba coba habiskan malam sebelom exam tu.
Kalau habis kau mengeja kamus tu pon, entah masok entah tidak kat dalam kepala hotak kau.
Ya.
Kepala hotak kau dah letih.
Tambah letih kalau kau tak tidor malam tu.
Eh.
Kalau tak cukop tidor jugak takot pulak otak kau tak berfungsi semasa menjawab kertas peperiksaan tu.
Tak pasal pasal tiba tiba syok lukis cacing kerawit dan cacing pita kat kertas jawapan kau.
Eh eh eh aku pernah terlukis mee megi siap ada telor mata dan jugak udang.
Boleh?

potpetpotpet: Tak pernah aku nak cukop tidor. Sebab terlebih tidor. Lantak.

Rabu, 14 April 2010

Aktiviti Bawah Selimot. Lucah?

Sebelom nak scroll lebih lanjot lagi, sila pastikan umor anda dah lanjot 18 tahun dan ke atas.
Eh.
Aku betol betol ni.
Apahal aku nak tipu?
Lantak. 

Ya.
Aku nak kongsi cerita bawah selimot.
Selimot siapa?
Selimot aku la.
Apahal nak cerita pasal selimot Munah pulak?
HohO~
Aku suka goyang goyang kaki sebelom tidor.
Ni aktiviti kegemaran lol.
Kadang kadang sampai bunyi kriuk kriuk asli pulak.
Kesian rumet aku nak tidor pon terganggu.
Duh.

Ni habit wajibul ghunnah aku sebelom tidor.
Selalu jugak tak perasan tiba tiba je dah goyang goyang kaki.
Aku pon terkejot.
Eh.
Macam mana boleh goyang goyang kaki ni?
HohO~
Tindakan luar kawal bak kata cikgu kajian tempatan aku.
Oh.
Bukan cikgu kajian tempatan.
Cikgu sains ye.
Aku saja nak selit istilah tu.
Sebab dah lama tak dengar perkataan kajian tempatan tu.
HohO~
Rindu.
Oh my.
Lari topik.
Lantak.

Oh.
Aku cuma goyang goyang kaki je setakat ni.
Goyang goyang punggong aku tak pernah coba pulak.
Apakata kau coba goyang goyang punggong sebelom tidor?
Mana tahu lagik best kebaboom.
Kan kan kan?

Alamak. Astaghfirullah al azim. Astaghfirullah al azim.

potpetpotpet: Tidor bukan senang. Tidor jugak tak susah. Maka, sudah mengantok disorongkan bantal. Lantak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com