Rabu, 14 November 2018

Pengalaman Ke Konsert Mariah Carey Di Borobudur, Jogjakarta

Salam.


Dah lambat ni!

Flight aku ke Jogjakarta pada 6 November 2018 hari Selasa tu selamat sampai kat airport sekitar jam 5 petang. Agak lewat dah tu. Aku check kat google maps perjalanan dari airport ke Borobudur makan masa lebih kurang 2 jam. Tu pun kalau tiada kesesakan lalu lintas. Jadi lepas sampai je kat airport tu aku dan kawan kawan terus ke Borobudur. Kenapa ke Borobudur? Sebab konsert Mariah Carey kat sana! Haha! Nasib baik ada supir. Alhamdulillah. Mudah sikit pergerakan hari tu.

Keluar je dari airport tu, hujan turun renyai. Supir bagitahu kat aku yang Yogyakarta ni sebenarnya dah berbulan bulan tak hujan. Tapi petang tu hujan! Haha! Tengah fikir macam mana kalau hujan sepanjang konsert tu. Dah lah tiket kitorang yang berdiri kat depan pentas tu. Harap kat Borobudur nanti tak hujan dah.



Segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Lapar! Kitorang tak makan lagi sejak turun daripada flight. Nak kejar masa punya pasal. Perjalanan ke Borobudur hari tu mengambil masa 2 jam lebih. Kitorang sampai dalam pukul 7 malam macam tu. Lepas tu kitorang terus bergegas ke kaunter untuk tukar tiket. Sekejap je. Lagipun dah tak ramai orang kat kaunter tu. Rasanya semua orang dah masuk kot? Maklum je lah konsert dah nak mula kejap lagi. Jangan tak tahu yang bersepah ulat tiket kat Borobudur tu. Seram! Tak pasti kalau ada yang jadi mangsa ulat tiket hari tu.

Sebelum ke tapak konsert, kitorang kena lepasi 4 laluan tapisan keselamatan. Alhamdulillah kitorang tak tersekat kat mana mana laluan sebab dari awal lagi kitorang dah asingkan mana yang boleh dibawa masuk mana yang tidak boleh dibawa masuk. Aku sedih juga bila tahu yang segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tak dapat nak ambil gambar dan video Mariah Carey dengan lebih jelas! Semua gambar dan video hari tu aku tangkap dan rekod menggunakan iPhone 7. Tapi hasilnya tetap memuaskan.




Mariah Carey betul betul kat depan aku!

Konsert dijangka bermula jam 8 malam. Tapi macam biasa lah mana ada konsert yang mula tepat pada waktunya. Konsert Mariah Carey ni memang tiada opening act. Tunggu punya tunggu akhirnya Mariah Carey muncul kat atas pentas! Haaa... Apa lagi? Menjerit setengah mati aku tengok Mariah Carey dengan mata kepala aku sendiri! Dah lah dekat gila! Haha! Puas hati betul dapat posisi dekat macam ni masa konsert.

Syukur hujan tak turun sepanjang konsert berlangsung. Aku tak tahu macam mana nak bayangkan apa yang akan berlaku kalau hujan turun dengan lebatnya. Kat atas pentas tu tak berbumbung, kat tempat kitorang berdiri ni tak berbumbung, kat tempat duduk belakang pun tak berbumbung. Haha!



Berbaloi ke?

Masa konsert lebih kurang 1 jam 30 minit. Walaupun aku rasa masa konsert tu boleh dipanjangkan lagi tapi aku tak rasa ralat sangat sebab aku berpeluang berada kat depan pentas menyaksikan Mariah Carey nyanyi secara live. Best! Aku akui yang suara Mariah Carey sekarang ni tak sama macam dulu. Tapi suara dia masih sedap dan dia masih boleh menyanyi dengan baik. 

Lupa nak bagitahu yang harga tiket hari tu cuma Rp 1 juta. Kalau dibandingkan dengan nilai mata wang Malaysia, tak sampai RM 300 pun. Apalah sangat berdiri tak sampai 2 jam tu. Lepas tu dapat tengok Mariah Carey dekat gila macam tu kan? Betul tak? Haha!


Jadi konsert seterusnya?

Isnin, 13 Mac 2017

Senarai Tempat Menarik Di Yogyakarta - Trip 4 Hari 3 Malam

Salam.

Hari ini rajin sikit nak share itinerary trip ke Yogyakarta tahun lepas. Aku pergi Yogyakarta sekitar bulan September 2016. Ni kira trip pertama yang mana aku buat itinerary sendiri. Selalu aku ikut kawan kawan aku je. Aku tak pandai nak buat research, nak tanya tanya orang itu ini. Malas nak fikir. Yang aku tahu, aku dah sampai. Haha! Cuma trip kali ni aku macam berdikari sikit. Kagum dengan diri sendiri. Terima kasih kawan-kawan yang banyak tolong aku pasal trip Yogyakarta kali ni.

Puas hati dia lain sikit bila kita betul betul plan nak pergi mana, buat research macam mana nak ke sana, tahu apa yang perlu dielakkan, mana yang best, mana yang tak berapa best dan sebagainya. Kita macam lebih bersedia dan fokus. Tapi itinerary ni pun sebagai panduan je. Bila dah sampai sana, macam macam boleh jadi dan berubah. Cuma sekurang-kurangnya kita dah tahu hala tuju dan bersedia dengan segala kemungkinan. Haha! Kesian aku, dah tua baru belajar nak buat itinerary. Takpe takpe takpe. Orang putih kata, there's always first time for everything. Tak payah malu, tak payah segan.

ITINERARY 4 HARI 3 MALAM DI YOGYAKARTA

17 Sept 2016 (Sabtu)

PRAMBANAN
• Tiket masuk: Rp 117 (harga ni dengan student card, tapi kalau takde student card harga dia akan jadi sekali ganda daripada harga ni)
Flight aku sampai dalam 12 tengahari. Jadi lepas sampai tu aku dengan kawan aku terus lunch dan kemudian terus check in tempat penginapan. Bukan hotel tapi lebih kepada guesthouse. Murah dan agak cantik. Nama tempat aku bermalam tu Joglo Aruna. Tapi agak jauh dari pekan. Takde masalah sangat pun sebab ada supir. Lagipun sekitar situ ada kedai serbaneka 24 jam dan jugak cafe hipster. Aku pun lupa nama cafe hipster tu apa. Tapi berbaloi la bermalam kat situ. Bilik sangat luas dan bersih. Kalau korang berminat nak bermalam kat Joglo Aruna tu, boleh search je kat google tu.



Tak nak melengahkan masa, lepas check in kat Joglo Aruna tu, aku terus ke Prambanan. Dalam perjalanan, sempat beli simcard untuk live update katanya. Haha! Kitorang beli satu sim je. Nama sim tu simPATI. Sedih tak nama sim? Hehe. Tiket masuk Prambanan tu agak mahal jugak. Kalau nak murah? Bawa student card! Kalau takde, bayar la harga tiket masuk tu sekali ganda. Nasib baik aku masih student lagi. Syukur.



18 Sept 2016 (Ahad)

KALIBIRU
• Parking di Kalibiru: Rp 5k
• Tiket masuk: Rp 10k (per person)
• Spot untuk bergambar: Rp 10k (per spot)
Kitorang gerak awal pagi untuk sampai ke Kalibiru. Kawasan dia agak menakutkan sebenarnya. Sebab jalan dia memang naik ke atas bukit macam tu. Dan jalan dia sangat sempit. Supir aku pulak jenis main redah je. Dia bawak kitorang terus sampai ke atas walaupun ada satu had tu sepatutnya naik dengan motosikal. Haha! Bagus jugak supir aku ni. Kalau tak, melayang jugak duit nak naik motosikal pulak.

Memang mendaki betul la nak masuk Kalibiru tu. Semput la jugak. Peluh tu tak payah cakap la. Sebaldi dua jugak aku berpeluh! Dah sampai kat atas tu baru rasa lega. Dengan angin sepoi sepoi bahasa, dengan pemandangan yang menakjubkan, hilang semua penat lelah tu. Dan ada banyak spot untuk bergambar. Setiap spot kena bayar dan kena tunggu giliran. Tapi masa aku pergi tu, takde orang sangat sebab masih pagi lagi. Dah masuk tengahari, orang mulai ramai. Kalau nak elak ramai orang, pergi la waktu pagi. Pulak tu, tak panas sangat kat atas tu. Kalau sampai tengahari, ketiak dah macam masak paprik aku rasa.


GEREJA AYAM
• Parking di Gereja Ayam: Rp 10k
• Tiket masuk: Rp 10k (per person)
Sebelum ke Borobudur, kitorang singgah Gereja Ayam. Ni pun mendaki jugak ni. Haha! Aku rasa macam aku tengah join Viper Challenge pulak kat sini. Tadi mendaki, ni pun mendaki. Berdakilah ketiak jawabnya. Gereja Ayam ni biasa je sebenarnya. Tapi lookout point dia tu yang paling best selain bentuk gereja tu sendiri. Kat lookout point tu kita dapat tengok sekeliling. Tu pun kena tunggu giliran sebab agak sempit kat atas tu.



BOROBUDUR
• Parking di Borobudur: Rp 10k
• Tiket masuk: Rp 130k (harga ni dengan student card, tapi kalau takde student card harga dia akan jadi sekali ganda daripada harga ni)
Sama macam Prambanan, Borobudur ni ada harga istimewa untuk mereka yang bawa student card. Rugi la siapa takde student card. Haha! By the way, kalau korang memang plan nak visit Borobudur dan Prambanan, korang boleh beli terus sekali pakej tiket masuk untuk ke Borobudur dan Prambanan kat sini dengan harga yang lebih murah berbanding korang beli asing asing. Aku tak perasan kalau kat Prambanan ada jual ke tak untuk tiket masuk ke Borobudur sekali. Aku cuma perasan pakej ni kat Borobudur je.

Borobudur ni memang cantik gila! Aku memang salute dengan architecture dia. Menangis. Dan Borobudur ni aku cakap memang wajib pergi kalau korang datang ke Yogyakarta ni.



19 Sept 2016 (Isnin)

GOA PINDUL
• Masuk kawasan Goa Pindul: Rp 10k
• Parking di Goa Pindul: Rp 10k
• Cave tubing + river tubing : Rp 80k (per person)
• Mandi: Rp 2k (per person)
• Parking Goa Pindul: Rp 10k
Masa untuk aktiviti air pulak! Hari ni kitorang ke Goa Pindul. Ada beberapa pakej kat situ. Tapi kitorang amek dua aktiviti je. Cave tubing dan river tubing. Cukuplah. Duit pun bukan berkepuk nak buat semua aktiviti. Cave tubing tu memang best wa cakap sama lu. Kitorang naik pelampung menyusuri sungai yang terdapat dalam gua bawah tanah. Ada sorang guide sepanjang cave tubing tu sambil membebel pasal gua tu. Ada bahagian yang gelap gila tak nampak apa apa langsung. Tahu tahu je kat atas kepala ada kelawar! Haha! Lepas cave tubing, kitorang buat river tubing pulak. River tubing ni biasa je sebab warna sungai dia kuning lumpur. Tak feel langsung. Tapi aktiviti ni sedikit banyak menenangkan jugak.




PANTAI TIMANG
• Masuk kawasan Pantai Timang: Rp 10k
• Spot untuk bergambar: Rp 5k (per spot)
• Gondola: Rp 200k (per person)

Next? Pantai Timang! Ni la tempat yang viral tu. Perjalanan nak ke Pantai Timang tu pun agak mencabar sebenarnya. Jalan dia bukan jalan biasa. Dan seperti biasa, supir aku tu main redah je. Haha! Dah sampai sana, memang cantik betul kawasan dia. Subhanallah. Tapi ombak waktu tu sangat kuat dan menakutkan. Kitorang ambil gambar je kat situ. Tak naik pun gondola untuk ke seberang. Ombak dia boleh pukul sampai ke atas kot! Tak dapat bayangkan kalau ombak tu pukul gondola aku... Dengan takde ciri keselamatan, aku tak berani la. Haha!



PANTAI PARANGTRITIS
• Parking di Pantai Parangtritis: Rp 10k
Just another beach. Takde yang luar biasa pun pasal pantai ni. Aku pun tak plan nak mandi pantai. Cuma menikmati pemandangan terbenamnya matahari.


JALAN MALIOBORO
• Berdekatan dengan tempat penginapan
Hari ni kitorang stay satu malam kat Hotel Neo Malioboro. Hotel ni dekat dengan Jalan Malioboro. Jadi kitorang jalan jalan la sekitar situ. Takde apa yang menarik pun. Cuma bersepah kopi arang dijual kat situ. Aku nak try tapi aku tak tahu yang mana satu yang sedap. Last last? Tak try pun! Rugi pulak bila fikir balik.

20 Sept 2016 (Selasa)

HUTAN PINUS
• Parking di Hutan Pinus: Rp 10k
Flight balik kitorang petang. Jadi sebelum ke airport, kitorang singah Hutan Pinus. Ternyata Hutan Pinus ni memang cantik dan mendamaikan. Dah la takde tiket masuk, kitorang cuma bayar parking je. Sangat berbaloi!



PUNCAK BECICI
• Parking di Puncak Becici: Rp 10k
Puncak Becici ni ada spot sama macam Kalibiru. Cuma bezanya, Puncak Becici takde tiket masuk. Percuma je. Dan Puncak Becici takde view tasik kat belakang tu macam kat Kalibiru. Tapi kalau korang nak jimat, tak payah pergi Kalibiru tapi pergi la ke Puncak Becici. 



Jumlah Keseluruhan: ± Rp 600k / ± RM 200 (tak termasuk tiket flight pergi balik, penginapan, supir, makan minum dan shopping)

TIPS
  • Anggaran bajet kalau korang buat semua aktiviti kat atas ni? Sekitar Rp 600k atau RM 200 je sebenarnya. Aku tak masukkan tiket flight pergi balik, penginapan, supir, makan minum dan shopping sebab tu semua bergantung kat korang. Nak lebih jimat? Cari la yang paling murah dan berbaloi. Pilihan di tangan korang.
  • Ada tempat wajib yang aku tak pergi. Antaranya ialah Gunung Merapi. Aku terpaksa cancel sebab nak menjimatkan kos. Maklum je la travel berdua je. Nak tak nak, terpaksa buang Gunung Merapi daripada itinerary ni. Tapi kalau korang nak pergi, boleh masukkan sebelum korang pergi ke Kalibiru. Maksudnya korang ke Gunung Merapi, kemudian ke Kalibiru, Gereja Ayam dan seterusnya Borobudur.
  • Aku pakai supir sepanjang keempat-empat hari aku berada kat Yogyakarta tu. Jarak dari satu tempat ke satu tempat agak jauh dan makan masa. Nak naik public transport, mungkin jimat dari segi kewangan tapi tidak dari segi masa. Jadi supir ni sebenarnya menjimatkan masa kitorang. Dan supir aku ni takde had jam pun. Satu hari dia boleh bawa pusing Yogyakarta tu dengan kadar bayaran yang ditetapkan. Dari seawal-awal pagi hingga ke selewat-lewat malam. Harga supir yang aku ambil ni satu hari Rp 500k. Tapi kalau korang suvery nanti, ada supir yang hanya berkhidmat selama 12 jam je untuk bayaran yang ditetapkan. Kalau lebih, ada la caj tambahan. Aku pun tak pasti berapa. Ada jugak supir yang murah sebab minyak kenderaan tu nanti korang kena isi sendiri. Haaa... Supir yang macam mana korang nak? Pandai pandai la pilih dan mintak diskaun. Sebab aku pun dapat diskaun banyak hari tu. Buat buat la muka comel sikit. Haha!
  • Boleh bincang dengan supir kalau nak pergi mana mana tempat. Supir boleh suggest yang mana satu laluan, yang mana satu ke utara satu ke selatan satu ke barat satu ke timur. 
  • Kalau ada student card tu, bawak la. Boleh dapat diskaun separuh dari harga asal. Banyak tu!

Apa tunggu lagi? Dengar cerita tiket ke Yogyakarta tengah murah tu sempena free seats AirAsia ni. Cepat beli supaya tak gigit jari! 

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com