Selasa, 30 Mei 2017

Cara Dato' Seri Najib Tun Razak Pegang Kucing Menarik Perhatian Netizen

Salam.


Heboh semalam gambar Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang bermesra dengan kucing peliharaannya yang bernama Kiky. Netizen di laman twitter rancak mengusik dan mempersoalkan cara Dato' Seri Najib Tun Razak memegang Kiky. Tapi masalahnya memang macam tu cara Dato' Seri Najib Razak bergambar dengan Kiky. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Tu memang cara Dato' Seri Najib Tun Razak pegang kucing dia, bukan cekik tau. Tak baik korang ni.



Haaa... Penyayang sungguh Perdana Menteri kita yang sorang ni. Tapi kenapa Dato' Seri Najib Tun Razak block Bujibu Chempel kat twitter? Kesian dia. Dia cuma suruh Kiky tu senyum ikhlas sikit baru gambar dengan Dato' Seri Najib Tun Razak nampak lebih natural dan candid. Cuba tengok Kiky dalam gambar tu, tak nak senyum langsung. Betul tak Bujibu? Ehhh... Ke Kiky sentap lepas tu minta Dato' Seri Najib Tun Razak block Bujibu?


Lofattah? Fattzura? Apalah sangat nak dibandingkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Kiky.

Jumaat, 21 April 2017

Kos Sara Hidup Di Malaysia Paling Rendah Dalam ASEAN 2017 - Perdana Menteri

Salam.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menyatakan bahawa Malaysia telah dinilai sebagai bandar yang mempunyai kos sara hidup paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN (Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Vitenam) menurut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia tahun 2017 yang telah dijalankan oleh Economist Intelligence Unit. Kaji selidik tersebut telah membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya seluruh dunia. Haaa... Korang boleh baca dan dengar ucapan penuh Perdana Menteri kita ni dengan klik di sini. 


Setuju ke tak tu?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com