Khamis, 1 Jun 2017

Senarai Buffet Ramadhan Murah 2017 Serendah RM12!

Salam.


Teringin nak makan buffet untuk buka puasa tapi bila tengok harga terus sedar diri hanya mampu tengok je? Jangan risau! Aku dah senaraikan antara buffet Ramadhan yang murah bagi tahun 2017 ni. Sampai ada harga yang serendah RM12! Tapi tu untuk kanak-kanak la. Haha! Tapi harga paling rendah untuk dewasa yang aku jumpa setakat hari ini ialah RM19.90. Murah tu! Dah la makan buffet, memang berbaloi la kalau dapat harga bawah RM20 macam tu. Sedap tak sedap tu aku tak dapat nak jamin la. Sama juga kalau harga mencecah ratusan ringgit, aku tak dapat nak jamin sedap tak sedap. Betul tak? Ikut tekak dan selera masing masing. Tapi yang penting? Berbaloi kalau harga murah macam ni! Pula tu diyakini kenyang sebab dah nama pun buffet, selagi tak kenyang selagi tu kita makan. Haha! Kalau tak habis, kita masuk dalam bekas tupperware. Ehhh...

Dah boleh rancang nak berbuka kat mana lepas ni. Haaa...

  • IKEA
Tarikh: 1 Jun 2017 hingga 21 Jun 2017
Masa: 7 petang hingga 10 malam
Harga:
- RM40 (ahli IKEA FAMILY) + percuma baucar IKEA bernilai RM10
- RM40 (bukan ahli)
- RM20 (kanak-kanak berusia 4-12 tahun)
- Percuma untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah

  • Sushi King
Tarikh: Bermula 27 Mei 2017
Masa: Seawal jam 6 petang
Harga:
- Untuk ahli, RM35.90 (dewasa) dan RM17.90 (kanak-kanak)
- Untuk bukan ahli, RM39.90 (dewasa) dan RM19.90 (kanak-kanak)

  • Shell Out Bukit Antarabangsa
Masa: 6 petang hingga 12 tengah malam
Harga: RM19.90 (individu)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 012-2120481.

  • Cafe D'Istana Jalamas, Istana Budaya 
Tarikh: 30 Mei 2017 hingga 21 Jun 2017
Harga: RM34.90 (dewasa) dan RM24 (kanak-kanak berusia 5-11 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 012-2323886 atau 011-11674526.

  • Naan Corner Restaurant, Ampang Jaya
Harga: RM22 (minggu pertama dan minggu kedua) dan RM27 (minggu ketiga dan minggu keempat)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 016-9472020.

  • Restoran Nasi Padang Kampungku, Klang
Harga: RM25 (dewasa) dan RM12.50 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 011-23301350 atau 011-40486688.

  • Restoran Cowboy Steak House
Lokasi: Bandar Baru Bangi, Bandar Kinrara dan Bandar Prima Senawang
Tarikh: 27 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017
Masa: 6 petang hingga 9.30 malam
Harga: RM29.90 (dewasa) dan RM19.90 (kanak-kanak berusia 5-11 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-6614120 atau 017-6545414.

  • Putrajaya Seafood Restaurant
Harga: RM54 (dewasa) dan RM38 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-88891188.

  • Besito's Survival, Seksyen 3, Shah Alam
Harga: RM39.90++ (dewasa) dan RM29.90++ (kanak-kanak berusia 6-12 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-55451551.

  • d'Restoran Ayu & Syara, Ken Rimba, Shah Alam
Masa: 4.30 petang hingga 10.30 malam
Harga: RM25.90 (dewasa) dan RM17.90 (kanak-kanak berusia 4-12 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 012-4844261 atau 03-55238830.

  • Burger Bakar Abang Burn, Seksyen 7, Shah Alam
Harga: RM29.90 (dewasa) dan RM14.90 (kanak-kanak)

  • Kemuning Place, Kota Kemuning, Shah Alam
Masa: 6.30 petang hingga 9 malam
Harga: RM25 (dewasa) dan RM12 (kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah)

  • Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam
Harga: RM59 (individu)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-55424250 atau 017-2181875.

  • Ani Sup Utara, Seksyen 9, Shah Alam
Harga: RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-55238375 atau 018-2258701.

  • Restoran Madina, Shah Alam
Harga: RM21.90 (dewasa) dan RM15.90 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 012-8631334.

  • Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam
Harga: RM39.90 (individu)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-9999429 atau 013-5000262.

  • Food Junkies, Seksyen 7, Shah Alam 
Harga: RM24.90 (dewasa) dan RM16.90 (kanak-kanak berusia 6-12 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-7909491 atau 011-21300207.

  • Laman Qasrina, Star Avenue U5, Shah Alam
Tarikh: 29 Mei 2017 hingga 21 Jun 2017
Harga: RM28 (dewasa) dan RM18 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 017-3103866 atau 012-2751548.

  • IDCC Shah Alam
Tarikh: 29 Mei 2017 hingga 18 Jun 2017
Masa: 6.30 petang hingga 10.30 malam
Harga: RM50 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak dan warga emas)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 012-2844827 atau 012-4978827.

  • D'Warong Kota Damansara
Tarikh: 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017
Harga: RM25.90 (dewasa) dan RM19.90 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 019-6252345.

  • d'Sora Boutique Business Hotel, Seremban
Tarikh: 30 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017
Harga: RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak dan warga emas)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 06-7558888.

  • Ecotree Hotel, Melaka
Tarikh: 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017
Harga: RM25.99 (individu)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 06-2921888.

  • Revierview Cafe, Hotel Sentral Riverview Melaka
Tarikh: 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017
Masa: 6.30 petang hingga 9.30 malam
Harga: RM39.99 (dewasa) dan RM22.99 (kanak-kanak berusia 4-12 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 06-2882288/1700/4.

  • Restoran Astana Puteh, Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017
Masa: 6.30 petang hingga 9 malam
Harga: RM23.90 (dewasa)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 013-2471990.

  • USSA Coffee House, Summit Signature Hotel, Batu Pahat
Masa: 6 petang hingga 10 malam
Harga: RM35 (dewasa) dan RM17.50 (kanak-kanak)

  • Deen Briyani Hyderabad, Kempas, Johor Bahru
Masa: 6 petang hingga 9 malam
Harga: RM39 (dewasa) dan RM19 (kanak-kanak berusia 5-12 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 013-7977737.

  • Cafe Garden Catering, Kuantan
Harga: RM29.90 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0169519957, 0179732540 atau 0129458820.

Dah pilih dah? Yang mana satu? Ke murah sangat? Kalau nak yang mahal sikit, korang boleh singgah entri kat bawah ni.

Khamis, 6 April 2017

Jualan Tiket Terkini Filem Tempatan 2017

Salam.


Tahun lepas, 2016, filem Ola Bola mencatatkan jualan tiket yang tertinggi bagi filem cereka tempatan dengan jualan tiket sebanyak RM16.7 juta. Seterusnya, diikuti oleh filem Munafik dengan jualan tiket RM15.9 juta dan Boboiboy dengan RM15.8 juta. Hebat bukan? Tapi macam mana dengan tahun 2017 ni pulak? Filem yang mana dah berjaya mengutip jualan tiket tertinggi setakat ini? Ada jualan tiket yang dah melebihi jualan tiket filem Ola Bola ke? Haaa... Sehingga 27 Mac 2017, sebanyak 13 buah filem cereka tempatan telah ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air.

Jualan tiket terkini bagi 13 filem cereka tempatan tahun 2017 (sehingga 27 Mac 2017) mengikut susunan daripada yang paling tinggi kepada kepada yang paling rendah adalah seperti berikut:
  1. J Revolusi – RM6.4 juta 
  2. Love From Kampung Pisang – RM1 juta
  3. Dorm Melati – RM354 ribu
  4. Money Money Home – RM334 ribu
  5. Kanang Anak Langkau – RM166 ribu
  6. Therapist – RM140 ribu
  7. Adiwiraku – RM 99 ribu
  8. I Am Lim Kah Seng – RM76 ribu
  9. Aku Haus Darahmu – RM60 ribu
  10. New Year Wish – RM49 ribu
  11. Pak Pong – RM35 ribu
  12. “Soulmate”... Hingga Jannah – RM25 ribu
  13. Spy In Love – RM4 ribu



Jadi filem yang mana satu yang korang dah tengok? Ada beberapa filem je yang aku familiar, J Revolusi, Kanang Anak Langkau, Adiwiraku dan Pak Pong. Filem-filem yang lain semua aku memang tak tahu pun kewujudannya. Ke korang macam aku tak tengok satu pun lagi filem tempatan setakat hari ini? Haha! Bukan tak sokong industri perfileman tempatan tapi belum muncul filem yang betul betul menarik perhatian aku. Kita yang keluarkan duit beli tiket wayang tu kan? Dan duit tu pun hak kita. Jadi kita ada hak untuk tengok filem yang mana kita nak tengok. Maka tiada paksaan dalam membeli tiket. Camtuh.

Sumber: FINAS

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com