Khamis, 20 September 2018

Senarai Penyanyi Gegar Vaganza 2018 - Siapa Jadi Pilihan?

Salam.



Gegar Vaganza kembali lagi! Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD pada setiap hari Ahad jam 9 malam bermula 30 September 2018. Bagi tahun yang kelima ini, Gegar Vaganza tampil dengan kelainan apabila melibatkan penyanyi duo dan berkumpulan. Menarik bukan? Haaa... Agak agak siapa duo dan berkumpulan yang terpilih untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza pada tahun 2018 ni? Sama sama kita saksikan senarai penyanyi yang akan mewarnai malam hujung minggu kita lepas ni.

  • Amelina

  • Billy Zulkarnain

  • Dia Fadila 

  • Elite

  • Farahwahida

  • Forteen

  • Hetty Sarlene

  • Maya

  • Noryn Aziz

  • Safura

  • Shafie Rio

  • Zamani


Aku ternanti nanti dengan Noryn Aziz sebenarnya. Sebab aku rasa Noryn Aziz ni underrated walaupun mempunyai bakat yang besar dalam seni tarik suara. Selain tu aku mengharapkan Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Hetty Sarlene dan Zamani akan memberikan saingan yang sengit dalam Gegar Vaganza 2018 ni. Siapa pula pilihan kau orang?

Isnin, 9 Oktober 2017

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2017

Salam.


Nampaknya fenomena Gegar Vaganza akan mula melanda industri hiburan semula tak lama je lagi.  Jadi penyanyi yang manakah berjaya menyertai Gegar Vaganza 2017 atau Gegar Vaganza musim ke-4 kali ni? Haaa... Mari kita tengok senarai peserta Gegar Vaganza 2017 atau Gegar Vaganza musim ke-4 yang telah diperkenalkan pada sidang media program tersebut baru-baru ini:
  • Aishah
  • Aqasha
  • Elyana
  • Ferhad
  • Firman (Indonesia)
  • Haida Hafiz
  • Hazami
  • Lan Kristal
  • Liza Hanim
  • Raja Azura
  • Syura Badron
  • Tia Jinbara

Jadi siapakah yang menjadi pilihan korang? Menurut aku, aku lebih menantikan persembahan dan nyanyian daripada Aqasha dan Liza Hanim. Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza jam 9 malam bermula 29 Oktober 2017 ini hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com