Khamis, 20 September 2018

Senarai Penyanyi Gegar Vaganza 2018 - Siapa Jadi Pilihan?

Salam.



Gegar Vaganza kembali lagi! Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD pada setiap hari Ahad jam 9 malam bermula 30 September 2018. Bagi tahun yang kelima ini, Gegar Vaganza tampil dengan kelainan apabila melibatkan penyanyi duo dan berkumpulan. Menarik bukan? Haaa... Agak agak siapa duo dan berkumpulan yang terpilih untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza pada tahun 2018 ni? Sama sama kita saksikan senarai penyanyi yang akan mewarnai malam hujung minggu kita lepas ni.

  • Amelina

  • Billy Zulkarnain

  • Dia Fadila 

  • Elite

  • Farahwahida

  • Forteen

  • Hetty Sarlene

  • Maya

  • Noryn Aziz

  • Safura

  • Shafie Rio

  • Zamani


Aku ternanti nanti dengan Noryn Aziz sebenarnya. Sebab aku rasa Noryn Aziz ni underrated walaupun mempunyai bakat yang besar dalam seni tarik suara. Selain tu aku mengharapkan Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Hetty Sarlene dan Zamani akan memberikan saingan yang sengit dalam Gegar Vaganza 2018 ni. Siapa pula pilihan kau orang?

Isnin, 11 September 2017

AF Megastar 2017 - Senarai Peserta (Top 12)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya Konsert AF Megastar telah memilih 12 daripada 24 bintang Akademi Fantasia untuk meneruskan perjuangan mereka bermula pada minggu depan. Tahniah diucapkan! Secara peribadi, aku agak puas hati dengan keputusan tu sebab aku berjaya meneka 11 bintang dengan betul. 1 bintang je aku tak dapat teka dengan betul. Siapa? Sufi! Haha! Aku teka Mila yang akan mara ke peringkat seterusnya. Tapi tak kisah lah. Aku bukan sejenis peminat fanatik mana mana bintang AF Megastar ni pun. Kalau sedap, sedaplah. Kalau tak sedap, tak sedaplah.


Top 12 Bintang AF Megastar


Syamel


Indah Ruhaila


Bob Yusof


Idayu


Marsha Milan Londoh


Amir Jahari


Adira 


Shahir


Amir


Sufi


Ewal


Azhar


Aku berpuas hati dengan pemilihan juri tetap untuk AF Megastar kali ni. Siapa tak kenal Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat kan? Komen kedua-dua juri tersebut memang penuh dengan ilmu dan masukan untuk memperbaik mutu nyanyian dan persembahan setiap bintang. Takde lah setakat komen dalam zon selesa seperti "sedap", "power", "perfect", "hebat" dan sebagainya. Sebagai contoh semalam masa Datuk Ramli MS komen Syamel dari segi mood lagu yang digubah seperti lagu rancak tapi Syamel nyanyi gaya lagu balada. Haaa... Komen macam tu lah yang kita mahukan. Betul tak? Sebab dari segi nyanyian memang Syamel takde masalah. Dan kalau betul lah susunan nama yang dipanggil malam tadi mengikut urutan terbaik, ternyata Syamel berada di tangga teratas dalam kelompok 24 bintang AF Megastar ni.

Dengar cerita juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lain.  Agak agak siapa juara AF Megastar ni? Siapa pilihan korang? Saksikan konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Selasa, 28 Mac 2017

Gema Gegarvaganza Bakal Cipta Fenomena?

Salam.

Gegarvaganza kembali lagi! Tapi kali ni versi Islamik. Nama program pun tukar sikit jadi Gema Gegarvaganza. Menampilkan barisan artis nasyid dan penyanyi lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan. Program ni untuk siaran Astro Oasis (saluran 106), Astro Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). Disiarkan secara langsung bermula pada 8 April 2017 (Sabtu) jam 9 malam ini. Dikhabarkan bukan seorang pengacara tapi tiga orang pengacara untuk program Gema Gegarvaganza ni. Kita ada Achey, Siti Nordiana dan Fikri Lawak Solo. 

Senarai peserta program Gema Gegarvaganza:
  • Hafiz Hamidun
  • UNIC
  • Hijjaz
  • Mirwana
  • Ana Raffali
  • Saujana
  • Izam EYE
  • Azmi Caliph Buskers
  • Bienda
  • Wani


Juri tetap untuk program ini adalah Oki Setiana Dewi dan Farihin Abd Fatah. Jangan tak tahu, hadiah utama atau juara akan membawa pulang RM 100 000, naib juara pula RM 30 000, tempat ketiga RM 20 000 dan tempat keempat RM 10 000. Boleh tahan mewah jugak tu.

Ahad, 17 November 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 #AF2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Nama pun malam minggu kan? Apa lagi best kalau tak duduk kat rumah je. Esok dah la kerja. Ok. Bila tahu esok kerja terus down. Isnin pulak tu. Haha! Sambil sambil tu kita layan konsert akhir akademi fantasia. Boleh la tengok daripada menghadap laptop dua puluh empat jam je.

Ada dua pusingan. Setiap peserta nyanyi dua buah lagu termasuk sebuah lagu baru.

Pusingan Pertama

Azhael - Penglipurlara (Hazama)
Komen: Tak best.

Amira - Sesaat Untukku
Komen: Best!

Indah - Jagalah Diri (Jaclyn Victor)
Komen: Best!

Faizul - Sepasang Sayap
Komen: Hurmmm...

Nabila - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
Komen: Best!

Aisyah - Mimpi
Komen: Best!

Pusingan Kedua

Amira - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
Komen: Tak best.

Nabila - Katakan Saja
Komen: Hurmmm...

Faizul - Hanyut (Faizal Tahir)
Komen: Best!

Azhael - Hentian Terakhir
Komen: Hurmmm...

Indah - Percayalah
Komen: Best!

Aisyah - Lebih Indah (Siti Nurhaliza)
Komen: Best!

Senang je kan komen aku? Tak payah panjang panjang. Mudah. Kita ambil isi penting je. Orang pun dapat tahu best ke tak. Tak payah nak pantun pantun semua ni. Buang masa je. Haha! Ok. Jadi keputusannya?

Juara: Faizul



Naib Juara: Azhael



Tempat Ketiga: Amira



Tempat Keempat: Indah



Tempat Kelima: Nabila



Tempat Keenam: Aisyah



Anugerah AFBuzz: Azhael


potpetpotpet: Untung la dah jadi retis.

Isnin, 5 September 2011

Malaysian Boy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku terdengar lagu ni kat astro tadi. Mula mula aku pelik apahal lagu dia sejibik macam lagu Estelle's American Boy tu. Oh. Dia tukar lirik je pom. Sedap kot. Tak sangka suara Ila Damiaa memang fit dengan lagu ni. Eh. Kenal tak Ila Damiaa? Dia pernah join Mentor, protege Joe Flizzow. Tak kenal pom takpe la. Yang penting, kau kena dengar lagu ni. Layan habis!




Bawa ku ke mana saja kau suka
Timur, selatan, barat atau utara
Kau pilih aku selalu
You'll be my Malaysian boy
Malaysian boy


Kalau aku tak silap, Malaysian Boy ni lagu tema untuk Konsert Suara Kami 2011 anjuran stesen siaran berbayar Astro yang harga dia tak pasal pasal naik sebab bos dia tamak tu. Haha. Betul la kan? Adeh. Anyway, kepada semua lelaki yang memegang title warganegara Malaysia di luar sana, sila enjoy lagu ni sebab lagu ni pasal korang! Errr... Macam la naik saham korang lepas dengar lagu ni kan?



potpetpotpet : Nak lagu Malaysian Girl? Guna lagu Gadis Melayu pom boleh!

Ahad, 10 Julai 2011

Membuang Tabiat Di Hujung Minggu! Nak Ikut?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




Okay. Gambar ni memang ada kena mengena dengan entri ni. Tak percaya? Sudah! Tadi aku bosan gile tengok berita kat tv. Mana tak bosan, tak habis habis dengan #bersih dia. Adeh. Lepas setengah jam tengok berita pasal #bersih, aku terus tukar channel lain. Tak larat nak tengok berita pasal #bersih dah. Panjang sangat beb! Pulak tu, macam ada yang tak kena je. So, aku tukar tengok Kilauan Emas. Lagi best kot! Errr... Pernah dengar pasal Kilauan Emas tak? Yes. Sebuah pertandingan menyanyi yang terbuka kepada mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas. Aku siriyes ni. Kau ingat aku main main? So, jangan tanya kenapa aku boleh layan Kilauan Emas tu sebab aku pon tak berapa pasti dengan sebabnya. =_=

Anyway, ada sorang pak cik tu nyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah, lagu Ibnor Riza tu. Dan dan aku terus mengidam nak nyanyi lagu tu jugak. Aku lari terus masuk bilik air. Yes. Lari ye. Lepas tu? Errr... Cuba tekan play kat video bawah ni. Haha. Memang betul betul membuang tabiat di hujung minggu! Tu aku la. Korang pulak, buat apa je hujung minggu ni? I mean, yang takde kaitan dengan #bersih la. :B





potpetpotpet : Ni nama dia entri syok sendiri! Haha. Dah blog aku kan? =_=

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com