Rabu, 30 November 2011

Perjalanan Pulang Ibu & Ayah Dari Mengerjakan Haji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari ni aku tak nak buat Wordless Wednesday sebab hari ni aku nak taip beberapa patah perkataan. Boleh ke tak? Eh. Ni blog siapa ni? Blog aku rupanya! So, aku tengah tanya diri sendiri la ni? Okay. Boleh ke tak? Boleh je. Tulis la apa aku nak. Demikian aku menjawab soalan aku tadi. Mesti kau tak faham kan? Skip je la perenggan ni.

Pada hari Ahad yang lepas, ibu dengan ayah dah selamat sampai dari Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah. Terima kasih to all of you yang turut mendoakan keselamatan perjalanan ibu dan ayah aku dalam entri Doa Buat Ibu & Ayah.

Masa nak tunggu ibu dengan ayah keluar tu memang mencemaskan. Orang pertama jalan keluar, bukan ibu dengan ayah. Orang kedua jalan keluar, bukan ibu dengan ayah. Sampai orang yang entah keberapa entah aku still tak nampak batang hidung ibu dengan ayah. Adeh. Takkan aku salah masa kot? Atau ibu dengan ayah tertinggal flight sebab beli keropok lekor kat tepi jalan ke mana la tahu kan? Errr... Pelik je teori aku?

Setelah hampir satu jam berdiri kat tepi pagar yang macam tengok konsert kat bahagian depan sekali tu, finally ibu dengan ayah memunculkan diri masing masing.

Macam kenal je?

Alhamdulillah. Ibu dengan ayah dah sampai dengan selamat.

Mereka yang turut hadir memeriahkan majlis hari jadi. Eh?

Aku malas nak setting rambut.



potpetpotpet : Makan sedap sedap je sekarang.

Isnin, 28 November 2011

5 Cara Bina Hubungan Kawan Serumah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Apa khabar semua? Sihat? Cuti kan hari ni? Ada sesiapa yang bosan tak tahu nak buat apa? Semput tak nak jawab semua soalan ni sekaligus? Haha. Sempena dengan cuti ni, aku nak bagi kau cadangan yang bernas macam mana cara nak pikat hati roommate. For those yang sekarang tak stay dengan family tapi stay dengan kawan kawan boleh try cara ni untuk mendekatkan lagi hubungan dengan roommate yang dikasihi sekalian.


1. Gelek gelek telur pecah sebijik.
Rebus beberapa biji telur dan makan. Lepas tu tanya roommate kau kot kot dia nak sebijik. Kalau dia nak, bagi dia telur yang tak rebus lagi. Tengok apa yang berlaku masa dia kupas kulit telur tu.

2. Main main gam.
Letak gam kat botol shampoo roommate kau supaya dia tak dapat nak bukak masa dia nak shampoo rambut dia nanti.

3. Satu hari satu inci.
Kau alihkan barang barang roommate kau sebanyak satu inci daripada kedudukan asal dia dan kau kena buat pada setiap hari. Senang cakap, kau alihkan barang barang dia satu hari satu inci. Dalam masa dua minggu, barang barang dia mesti dah bergerak jauh daripada kedudukan asal. Roommate kau mesti tak perasan sangat perubahan yang berlaku.

4. Garam secukup rasa.
Taburkan garam kat berus gigi roommate kau. Bila dia guna berus gigi tu, mesti dia rasa masin masin manja.

5. Bedak bedak cinta.
Letak bedak banyak banyak kat bahagian atas kipas siling. Sebaik sahaja roommate kau on kipas siling tu, there will be bedak everywhere.



potpetpotpet : Selamat mencuba!

Jumaat, 25 November 2011

Doa Buat Ibu & Ayah - Perjalanan Pulang Dari Mengerjakan Haji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




potpetpotpet : Husna dah banyak kali tanya bila ibu dengan ayah nak sampai.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com