Salam.
Alhamdulillah. Sampai juga aku ke South Korea! Haha! Setelah beberapa tahun travel, baru tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki ke South Korea. Aku beli tiket pergi ke Busan dan tiket pulang pula dari Seoul. Haaa... Dah alang alang kat South Korea tu, aku memang dah rancang nak singgah sebanyak mungkin tempat yang ada. Tapi aku ada masa lima hari je! Haha! Sempat ke tidak?
Jadi kau orang nak tahu tempat yang aku sempat singgah? Tak nak tahu sudah tapi aku nak beritahu juga. Mari kita mulakan dengan hari pertama aku di South Korea.
Hari pertama aku di Busan!
Aku terbang ke Busan pada hari Khamis bersamaan dengan 7 Mac 2019 jam 2 pagi. Dan aku tiba di Busan sekitar jam 9 pagi macam itu. Penerbangan aku hari itu tiada masalah dan berlepas mengikut waktunya. Sampai saja kat Busan, aku terus ke tempat penginapan untuk letak segala bag dan barang. Dah selesai semua itu, aku teruskan perjalanan untuk menuju ke destinasi yeah yeah puncak cinta tertinggi yeah yeah. Nyanyi sekali ke tak tu? Haha!
Tempat #1 - Gamcheon Culture Village
Atau nama lain dia kampung warna warni! Terletak kat atas bukit, aku sarankan kau orang naik bas untuk sampai ke sini. Tak payah nak gigih sangat jalan kaki macam aku hari itu. Penat gila sebab aku jalan kaki hari tu. Tiada lah. Aku ingatkan dekat dan senang saja. Rupa rupanya jalan nak naik ke atas itu agak curam! Tak pasal pasal aku rasa macam aku tengah mendaki Bukit Broga masa itu. Boleh? Padahal naik bas kena bayar 1,300 won je.
Tempat #2 - Busan International Film Festival (BIFF) Square
BIFF Square ini meriah dengan street food. Sebab sepanjang jalan dia ada jualan bermacam jenis makanan tempatan. Selain daripada itu, ada juga kedai-kedai kosmetik yang berdekatan.
Tempat #3 - Oryukdo Skywalk
Laluan kaca Oryukdo ini dibina di tepi tebing yang berlantaikan laut, berdindingkan angin dan berpautkan batu. Aku rasa ini adalah tempat paling best kat Busan! Serius aku tak tipu. Jadi aku sarankan kau orang wajib singgah kat Oryukdo Skywalk. Dah lah tiada caj dikenakan. Ya. Aku tak tipu. Oryukdo Skywalk ni percuma je. Pemandangan sekitar dia tu tak payah cakap lah memang menakjubkan.
Tempat #4 - Gwangalli Beach
Aku singgah kat pantai yang terkenal kat Busan ni bukan untuk mandi pantai. Kau gila tengah sejuk ini? Haha! Apa yang menariknya kat Gwangalli Beach ni? Haaa... Aku suka dengan pemandangan dia yang berlatar belakangkan jambatan Gwangandaegyo dan juga bangunan bangunan yang ada di sekitarnya. Orang kata pemandangan pantai dia lain daripada yang lain.
Tempat #5 - Shinsegae Centum City
Katanya pernah didaftarkan dalam Guinness World Records sebagai shopping complex terbesar di dunia. Jadi rugi lah pula tak singgah kan? Dan aku sempat lah menjamu selera dengan beberapa hidangan yang istimewa kat situ.
Tempat #6 - Seomyeon
Tempat penginapan aku berada di kawasan Seomyeon. Sangat dekat dengan stesen Busan. Seomyeon ini dikatakan kawasan yang paling sibuk dan sesak di Busan. Jangan tak tahu yang kat Seomyeon ni siap ada tiga shopping mall bawah tanah. Lepas tu kau orang boleh nampak betapa banyak shopping store dan restoran di sekitarnya. Street food juga bersepah dan mudah dijumpai. Jadi kalau kau orang nak menginap di Busan, aku rasa Seomyeon adalah pilihan lokasi yang terbaik.
Jadi macam mana untuk ke semua tempat di atas? Sepanjang aku di South Korea, aku menggunakan perkhidmatan pocket wifi daripada Travel Recommends. Boleh baca pengalaman aku DI SINI. Segala-galanya jadi lebih mudah dengan adanya internet.
Menggunakan aplikasi Google Maps, aku terus masukkan nama lokasi mana aku nak pergi lepas ni. Mudahnya Google Maps ini, dia akan berikan beberapa cadangan cara dan pengangkutan untuk ke sana berdasarkan di mana kita berada pada waktu itu. Tapi apa yang aku perasan kat South Korea ini, pengangkutan yang paling mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi adalah bas. Jangan risau, tak susah pun nak naik bas ni. Google Maps dah siap nyatakan sekali nombor bas yang kau orang kena naik tu selain daripada masa bas tiba pukul berapa dan berapa hentian bas tu sebelum sampai ke tempat yang kau orang nak pergi tu. Haaa... Orang kata pejam celik pejam celik dah sampai! Haha!
Akan bersambung untuk hari kedua di South Korea. Bye!




























