Ahad, 29 April 2012

Review Filem The Avengers - Terbaik 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Sebelum masuk panggung, aku memang letak harapan yang tinggi kat The Avengers ni. Sebab aku rasa sangat kecewa dengan The Battleship sebelum ni yang pada aku sangat lemah daripada segi skrip dan lakonannya. Fortunately, aku tidak kecewa dengan The Avengers! Pada pendapat aku, The Avengers ialah filem terbaik 2012 setakat ini! Kepada kaki wayang yang belum tengok The Avengers, tolong tengok hari ni.

5 perkara menarik pasal The Avengers:
  • Skrip dalam filem ni dihasilkan dengan kemas dan diselitkan lawak lawak yang pada aku sangat spontan dan kelakar.
  • Kesan khas yang ditonjolkan memang mind-blowing.
  • Babak babak aksi yang hebat! Setiap watak berpeluang mempamerkan kehebatan masing masing apabila tiba babak babak bergaduh.
  • Aku suka dengan konflik yang timbul between Iron Man, Captain America, The Hulk, Thor, Black Widow and Hawkeye. Kita ada Iron Man, The Hulk dan juga Thor yang mempunyai ego sebab mereka tak pernah bekerja dengan orang lain atau menerima arahan daripada sesiapa. Berbanding dengan Captain America, Black Widow dan Hawkeye, mereka dah biasa bertindak mengikut arahan.
  • Barisan pelakon yang hebat! Setiap daripada mereka dapat menonjolkan keistimewaan masing masing tanpa menenggelamkan antara satu sama lain. Iron Man ada momen dia bila dia bawa pergi nuclear missile ke tempat lain. Captain America ada momen dia bila dia bagi arahan kepada polis untuk bertindak. The Hulk ada momen dia bila dia hancurkan kapal terbang musuh dengan sekali tumbuk je!

Aku tengok The Avengers pada hari Jumaat yang lalu. Aku terkejut bila tengok barisan yang beratur nak beli tiket wayang sebab aku jarang tengok barisan sepanjang tu. Dan tiket untuk filem The Avengers memang setiap masa selling fast. So, for those yang nak tengok The Avengers, nasihat aku, sila keluar seawal mungkin supaya kau tak dapat seat depan skrin. Lepas solat Subuh pon boleh terus keluar. Haha. As a conclusion, aku bagi:



potpetpotpet : Lepas ni Dark Shadows pula.

15 ulasan:

  1. betul-betul. cerita ni sangat kemas, padat, dan tak meleret-leret. setiap watak dibahagikan sama rata penonjolan. tapi, tabik kepada Hulk sebab dia super kuat plus pandai buat lawak kot. Paling lawak time semua ingat Ironman dah mati, sekali dia jerit, sedar terus Mamat tu. Hahaha. Cool movie bro.

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaApril 29, 2012

    Memang best. rasa nak pergi tengok lagi. serious!

    BalasPadam
  3. semua orang cakap cerita ni best. so memang agak cemburu r sebab xda peluang nak tengok lagi so far. gosh,wajib tengok ni!

    BalasPadam
  4. untunglah dah dpt tgk filem nie...

    rasa mmg nak pegi tgok filem nie hari nie, apakan daya kaki sakit pulak..uhuu..

    #paling minat kat capatin america tue...(^___*)

    BalasPadam
  5. battleship rasa cam ok jugak kot zami..pasni kalau sempat nak tengok gak avengers ni..

    BalasPadam
  6. yang lawan tu mesti si tony stark punyer part...
    review yg sgt awesome...plus jeles2 sbb saya xada kesempatan nk tgk...
    just not yet..

    BalasPadam
  7. betul3..mmg best.. tgk waktu mlm pun xrasa mengantuk.. tp rasa mcm captain amerika tu kurang sikit kehebatan yg ditonjolkan.. apa2pun mmg best..

    BalasPadam
  8. dah agak..citer nih mesti awesome! tap seriously tak berkesempatan nk tgk lagi..walau pon mall tepi umah je! ...sob2!

    BalasPadam
  9. tak sabar nak ajak kawan tengok the Avengers ni ! :)

    BalasPadam
  10. belum berpeluang nak ke panggung wayang TT^TT sobsssssss

    BalasPadam
  11. Dop sempat tgk lagi. Tiket kat TS sold out sebab dorang open kaunter awal seminggu sebelum. Ni dah nak sem exam lah pulak. Ayok >.<

    BalasPadam
  12. paling lawak masa Hulk tumbuk Thor lepas dia libas Loki kat lantai .."dewa lembik" heee

    BalasPadam
  13. paling best bila Hulk tumbuk Thor lepas dia libas Loki kat lantai "Dewa lembik" LOL

    BalasPadam
  14. yup..
    shark pn br lepas tgk..
    mmg besh..
    tunggu plak avengers2..
    saper plak ada yer nnti.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com