Ahad, 29 April 2012

Review Filem The Avengers - Terbaik 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Sebelum masuk panggung, aku memang letak harapan yang tinggi kat The Avengers ni. Sebab aku rasa sangat kecewa dengan The Battleship sebelum ni yang pada aku sangat lemah daripada segi skrip dan lakonannya. Fortunately, aku tidak kecewa dengan The Avengers! Pada pendapat aku, The Avengers ialah filem terbaik 2012 setakat ini! Kepada kaki wayang yang belum tengok The Avengers, tolong tengok hari ni.

5 perkara menarik pasal The Avengers:
  • Skrip dalam filem ni dihasilkan dengan kemas dan diselitkan lawak lawak yang pada aku sangat spontan dan kelakar.
  • Kesan khas yang ditonjolkan memang mind-blowing.
  • Babak babak aksi yang hebat! Setiap watak berpeluang mempamerkan kehebatan masing masing apabila tiba babak babak bergaduh.
  • Aku suka dengan konflik yang timbul between Iron Man, Captain America, The Hulk, Thor, Black Widow and Hawkeye. Kita ada Iron Man, The Hulk dan juga Thor yang mempunyai ego sebab mereka tak pernah bekerja dengan orang lain atau menerima arahan daripada sesiapa. Berbanding dengan Captain America, Black Widow dan Hawkeye, mereka dah biasa bertindak mengikut arahan.
  • Barisan pelakon yang hebat! Setiap daripada mereka dapat menonjolkan keistimewaan masing masing tanpa menenggelamkan antara satu sama lain. Iron Man ada momen dia bila dia bawa pergi nuclear missile ke tempat lain. Captain America ada momen dia bila dia bagi arahan kepada polis untuk bertindak. The Hulk ada momen dia bila dia hancurkan kapal terbang musuh dengan sekali tumbuk je!

Aku tengok The Avengers pada hari Jumaat yang lalu. Aku terkejut bila tengok barisan yang beratur nak beli tiket wayang sebab aku jarang tengok barisan sepanjang tu. Dan tiket untuk filem The Avengers memang setiap masa selling fast. So, for those yang nak tengok The Avengers, nasihat aku, sila keluar seawal mungkin supaya kau tak dapat seat depan skrin. Lepas solat Subuh pon boleh terus keluar. Haha. As a conclusion, aku bagi:



potpetpotpet : Lepas ni Dark Shadows pula.

Jumaat, 28 Mei 2010

Prince Of Persia Tidak Segah Nama.

Wah. Khamis semalam aku sempat singgah kat TGV nak tengok Prince Of Persia: The Sands Of Time. Fuh seriously ramai betul umat manusia nak tengok wayang nasib la dah tempah tiket awal awal. Jadi aku tak perlu nak beratur panjang haha padan muka siapa yang kena beratur panjang tu. Kami berlima dapat student price lagi walaupun ada sorang tu tak bawa kad pelajar tetap brader tu sempoi gila babunsss maka terima la ucapan iaitu gua caya sama lu bro!!!




Okay. Prince Of Persia. Seperti biasa cerita cerita spesies macam ni penuh dengan aksi mendebarkan dag dig dug di dada haha. Well. Aku akui filem Prince Of Persia menjanjikan sesuatu to audience. But bagi aku sebagai peminat filem filem genre action, adventure, comedy, fantasy, romance dan dot dot dot then for me it is just another movie.  Kalau korang dah tengok Percy Jackson, Clash Of Titans, Stardust, Iron Man or apa apa movie yang sewaktu dengannya maka filem ni there is nothing new. Konsep yang sama. Teknik CGI yang sama. Aksi yang sama.




Eh eh Prince Of Persia tetap berbaloi-baloi ditonton. Tak rugi. Ada terselit dua tiga kucing berlari adegan kelakar dan romantik in this movie. Cuma kepuasan menonton tu kureng sikit la haha. Mungkin aku letak high expectation kot. Kalau korang tak sempat tengok pun that is okay. Tak mendatangkan apa-apa kesan. Oh. This is my opinion. Agree or disagree it is up to you. Tapi lagi best tengok Prince Of Persia daripada Andartu Terlampau kan kan kan?


potpetpotpet: Masa kecil aku betul betul gila dengan game Prince Of Persia tu. Main game daripada pagi sampai pagi minggu depan haha.

Rabu, 12 Mei 2010

Puas Dan Sedap.

Fuhhh... Puas dan sedap. Yay. Tak pasal pasal otak mula fikir macam macam bila dengar perkataan perkataan ni. Wakakaka. Hari ni berjaya pulak aku melepaskan diri daripada rumah pergi keluar with my friends. With my besties from sekolah. Seronok seronok. We went for movie, games dan jugak karok maka sila katakan lelaki muda boros sebab betul la kot. Ops.


Memandangkan aku dah lama tak tayang muka comel ni jadi sila sila luangkan masa yang lebih untuk menikmati keindahan ciptaan Allah katanya. Tak kena bayar pon. HohO. Eh eh tadi sempat jugak tengok movie. Actually nak tengok Iron Man 2 tapi one of my friend dah tengok so tukar pulak nak tengok IP Man 2 pon tak jadi maka kami tengok The Losers. Wakakaka. Lantak. The movie tu biasa biasa je. Tak tengok pon tak rugi sebab storyline dia quite predictable. Ya. But kadang kadang funny jugak watak watak dia. Oh aku suka heroin dia tapi aku tak kenal siapa pulak perempuan tu. Seksi. Muka a bit like Rihanna campur sikit Tyra Banks. Sila bayangkan.


Then sempat jugak main games entah aku pon tak tahu apahal nak main main games. Wakakaka. The most important thing aku dapat karok!!! Jadi la walaupun aku menjerit menyanyi tujuh ketul lagu sahaja. Best best. Anyway today was a nice day. Thanks besties.

potpetpotpet: Okay dah google tadi nama heroin tu Zoe Saldana kau kenal? Bantai je la. Oh happy birthday to my mom. Love you ketat ketat lagi ketat daripada biasa. Wakakaka.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com