Isnin, 25 Jun 2012

Review Filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam aku, Adie dan Kmel pergi tengok wayang filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter di Aeon Bandaraya Melaka. Okay. Filem ini diklasifikasikan sebagai 18PL. Adik-adik yang masih bersekolah adalah dilarang sama sekali untuk menonton filem ini. Siapkan kerja rumah yang cikgu bagi tu dulu ye.

Filem ini mengisahkan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, menjalankan misi menghapuskan vampire yang terdapat di negara tersebut. Perjuangannya bermula selepas ibu Abraham Lincoln mati akibat daripada gigitan vampire.

Tajuk filem ini mungkin a bit cliche. Tapi jangan risau, filem ini menjanjikan aksi yang padat dan mengejutkan. Aku tertarik dengan babak-babak aksi yang ditonjolkan. Bila tiba babak-babak aksi itu, aku selalu dikejutkan dengan kemunculan vampire yang tiba-tiba muncul semula selepas menghilangkan diri! Part itu paling mendebarkan! I was like, mana dia ni? Kat belakang? Depan? Atas? Bawah? Pengsan!

You should know that sound effect dalam filem ini sangat membantu babak-babak aksi tersebut. Bukan setakat sound effect je yang best, angle dan pergerakan kamera di samping slow motion effect turut mencantikkan filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter ini. Aku tengok 2D. Tapi aku gerenti kalau tengok 3D, lagi puas hati sebab banyak kesan-kesan khas yang hebat.

Bagi aku plot bagi filem ini mudah dan simple. Filem ini tidak menceritakan secara terperinci macam mana Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana filem ini lebih menekankan kepada kehidupan Abraham Lincoln sebagai pemburu vampire. Dan vampire dalam filem ini agak menarik kerana tak macam Twilight yang nak kena sentiasa nampak hensem dan cantik je sepanjang masa. Vampire dalam filem ini sangat hodoh dan menakutkan.

Perkara yang paling best dalam filem ini ialah pada penghujung filem ini kerana kita akan tahu siapa pembelot dalam kalangan kawan-kawan Abraham Lincoln, siapa yang balas dendam terhadap kematian siapa, manusia menang atau vampire menang, happy ending atau sad ending dan macam-macam lagi. Nak tahu? Kena la tengok filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter di panggung wayang berdekatan. Aku jamin korang takkan tertidur! Tapi sebaliknya korang akan sibuk tutup tutup mata! Macam siapa? Macam Adie! Eh?

Aku bagi 4/5 bintang.



potpetpotpet : Nak tengok Brave tapi tak nak tengok 3D.

24 ulasan:

  1. ade scene2 dalam citer nih yang boleh bg jantung lemah laa...

    BalasPadam
  2. ohhhhh!!! cite ni sgt ohsome!!!!! walaupon cite pasal president tetibe jd vampire hunter.. hahah.. tp action ni terbaek!

    BalasPadam
  3. macam best sahaja ctenye :)

    BalasPadam
  4. org lemah smgt x bleh tgk kan haahah

    BalasPadam
  5. alaaa...xbleh nak tgk, dh nk exam..huhu

    BalasPadam
  6. @widiea azira

    perghh. ni yang kena tengok ni. haha

    BalasPadam
  7. nak tengok gak tapi tunggu download punyerr... kihkihkih

    BalasPadam
  8. memang best sangat lah kot, sampai ramai betul orang kata best...

    BalasPadam
  9. asyik tengok awal je ni..mane aci ni..jeles kot.

    BalasPadam
  10. sama birthday ngan abraham lincoln..eh tetibe kluar topik..

    BalasPadam
  11. sudah tgk gak weekend lps

    best!

    =_=

    BalasPadam
  12. ramai yang kata best ni . hoho

    BalasPadam
  13. nak kena tgk nie!! huhu

    BalasPadam
  14. BRAVE best!!! g laa tgk t ek..

    BalasPadam
  15. haritu nak tgk . tp tkut tak best. ni dah taw da sikit2 sal cite tu, nak pegi tgk la esoknye.. hehehe

    BalasPadam
  16. sama la...nak tengok brave 3D..jimat2.hehehhe
    hurmm nak tengok cietr ni tp kawan tamau lak

    BalasPadam
  17. biasanyaaaa..biasanyaaaa la kan. citer yang zami cakap best mesti best. so, mmg nak kena tgk la ni. hahahaha


    #xsuka pakai spek 3d. sekian

    BalasPadam
  18. teringin nak tengok. Sounds menarik cerita ni :)

    BalasPadam
  19. Dah tengok jugak, serious movie ni best...

    Ni lah cerita vampire yg sebenar, bukan macam dalam Twilight tu, taring pun tak nampak,hahaha...

    BalasPadam
  20. hoho thanks share . nnt leh lerr tgk .

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com