Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Alhamdulillah. Hari Sabtu baru-baru ni kami sekeluarga sempat celebrate hari lahir ayah lebih awal daripada sepatutnya. Hari lahir ayah 12 Julai ini. Tapi kami sambut awal sebab kebetulan semua ahli keluarga kami ada kat rumah pada hujung minggu tu. Nak sambut 12 Julai tu memang tak dapat la kan. Bob ada kat UiTM Shah Alam. Ika ada kat UIA. Adik ada kat UKM. Ayah, ibu, aku, Nana dengan Husna je yang ada kat rumah. Tak best la kalau tak cukup ahli.
Kalau bawa Husna ni keluar makan, tempat dia tak lain tak bukan Pizza Hut la. Husna suka sangat dengan sup cendawan Pizza Hut. Nak tak nak, setuju je la dengan pilihan Husna. Kalau bawa tempat lain, takut dia tak makan pulak ni. Siapa yang susah? Satu keluarga juga yang susah. Tu belum aksi-aksi merajuk dia yang berada dalam kategori 18SG! Dan 18SG tu takde kena mengena dengan MSG. Kbai.
Kami pilih the latest promotion from Pizza Hut, Chicken Cheesy Bites Steak pizza. Honestly, kami tunggu hampir sejam untuk pizza ni sampai. Aku tak tahu apa yang special sangat pizza ni sampai nak kena tunggu lama macam tu. Mungkin nak kena tunggu all ingredients jatuh daripada langit kot? Haha. Okay. Macam mana dengan rasanya? Bagi aku, Pizza Hut pernah hasilkan pizza yang lagi sedap daripada Chicken Cheesy Bites Steak pizza ni. Tapi tak salah untuk mencuba kan? Lain orang, lain lidahnya.
Eh. Ni entri pasal Pizza Hut ke hape? Patut entri ni special untuk ayah aku. Haha. Okay. Kepada ayah, kami sekeluarga mendoakan ayah sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Eh. Ringkas je? Nak panjang panjang ada dalam doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT.
potpetpotpet : Ayah hero aku!
wah...nampak cam best j pizza 2..kena cuba la lepas ni...hee :)
BalasPadamhizami , just nak bagi tau lah kan . pizza tu tunggu satu jam kan ? hahha mesti stok pizza masa tu dah habis .
BalasPadamlepastu dorang nak kne buat doh , dah buat doh kne msok chiller untuk severel hours bagi dia kembang . kalau tak kembang pizza jadi tak cantik .
and tgok pizza yg hizami dpat uh , nampaknya itu pizza yg di buat segera . tak ikut procedure . kalao ikut procedure , dia ada mcm biji2 dekat stick tu .
ini mesti kes tkot pelanggan complain , dorang terus buat . hahhahaa . sama je dengan keadaan dekat pizza hut banting nie .
happy besday uncle...
BalasPadammuke ayah nampak mcm garang. .haha heppy bufday eh
BalasPadammisai pak rahim menakutkan...mesti bdk takut masa kat sekolah ni hahaha...anyway nk ucapkan happy birthday kt ayah zami moga diberi kesihatan yang baik, kehidupan yang sukses dan mendapat barokah dariNya insyaallah.
BalasPadam*sorry zami lama dh tak singgah rumah zami ni haha....
biasa la tu kena tunggu 1 jam..mmg da jadi rutin diorang kot buat customer tunggu lama2..=_=''
BalasPadamwah bestnye dpt kumpul makan2 macam nih..
BalasPadamhappy becoming birthdayy ayah zami. :)
BalasPadambtw, cantik baju? :P
yek laa zizi...takut tgk misai pakcik...wish belated birthday kat pakcik tao...bagi misai dia naik ke atas plak..tak laa gerun sgt..hihi
BalasPadammesti garang ayah zami. tgk misai je dah tau. heee...
BalasPadamtp anak dia nape takde misai camtu..
hehehe :D
happy birthday ayah..eh..silap..silap..
BalasPadamhappy birthday pak cik rahim..heeee :P
semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya :)
p/s: baju tu cantik...
happy birthday pak cik! hehe..husna suka sup cendawan ek, akk pon suka :D
BalasPadamtenkiu celeb besday saa 9 Julai! ;)
BalasPadamhappy belated besday pakcik :)
BalasPadam