Rabu, 5 Jun 2013

Pengalaman Undi Pilihan Raya Pertama Kali & Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sepanjang 'kehilangan' aku, ada beberapa kejadian penting telah berlaku. Marilah kita menguap terlebih dulu sebelum kita mula membaca entri bosan ni. Tapi kalau nak bagi segar bugar mata tu, boleh tarik bulu hidung satu persatu. Selagi mata tak berair, teruskan tarik. Semoga berjaya!

Feb 23, 2013
Alhamdulillah. Dapat habiskan masa dengan dua orang sahabat karib daripada sekolah menengah. Bukan dapat lepak macam ni selalu. Dua dua sekarang dah kerja kat KL. Sorang kat Kuala Lumpur, sorang lagi kat Kuala Lipis. Kemain kerja jauh jauh. Setidak-tidaknya dapat nyanyi lagu balik kampung dengan penuh perasaan balik raya nanti. Boleh camtuh?

Kat atas tu Kmel, kat bawah tu Ezam. Aku ada kat atas dan kat bawah. Haha! Tu pun nak mention kan?

Feb 24, 2013
Semalam makan pakai duit sendiri. Hari ni makan pakai duit Hamz. Haha! Terima kasih Hamz kerana belanja kami. Dalam hati kemain syukurlah ada orang nak belanja. Sebab apa? Dompet bukan setakat berlubang je tapi dah terbahagi dua. Siapa ada dompet lebih? Kot kot nak bagi percuma ke kat aku.

Mentang-mentang orang belanja, kemain order macam-macam ye?

Feb 28, 2013
Kali pertama aku mendapat 'mandat' sebagai pengerusi majlis kat sini. Sistem saraf macam separa berfungsi bila tahu Menteri Sumber Manusia datang pada hari kejadian. Aiyoyo. Nervous bukan kepalang! Sebab ni pertama kali aku terlibat dengan majlis yang membabitkan menteri. Sebelum ni pernah la jadi pengerusi majlis tapi sambutan hari jadi jiran sebelah rumah je. Kbai.

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Mac 8, 2013
Aku terlibat dengan satu kes ragut di simpang empat berdekatan Tesco Cheng. Tapi bukan aku jadi mangsa ragut. Nama perempuan yang jadi mangsa hari tu Adibah. Dia naik kereta kancil putih. Masa lampu isyarat merah, seperti biasa, berhenti la kan? Dalam sekelip mata je ada satu motosikal daripada belakang terus pecahkan cermin kereta dia, bawa lari beg tangan. Terus motosikal tu blah walaupun lampu tengah merah masa tu. Memang takde siapa sempat buat apa-apa sebab kejadian tu berlaku sangat pantas, sangat sekejap. Okay. Macam mana aku tahu nama perempuan tu? Akulah yang tolong dia bertenang dan bawa dia ke tepi jalan sebab dia dah menangis nangis pastu menjerit jerit.

Polis datang kemudian.

Mac 24, 2013
Jumpa Dila! Jauh dia datang, daripada utara semenanjung tu. Ni aku dengan Adie baru balik dari Muar, memenuhi undangan. Cehhh... Nampak tak betapa besarnya pengorbanan kami ni Dila? Haha! Tak banyak yang dapat dibualkan sebab masa pun tak banyak. Tapi takpelah, yang penting dapat bersua muka, melepas rindu di dada. Aiyoyo. Tekak ada rasa geli tak baca ayat camtuh?

Comel tak Dila? Okay. Dila, aku dah tolong promote ni.

April 14, 2013
Esok birthday Adie. Ni ala ala countdown kononnya. Haha! Yang menariknya, ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Hard Rock Cafe. Sebelum ni pernah tengok pernah dengar je. Ni dah masuk ni, aku tak rasa aku nak masuk lagi. Eh, jujur sangat tak? Tapi memang best Hard Rock Cafe kat Melaka ni sebab lokasi dia berhampiran dengan Jonker Walk, berhadapan dengan bangunan Stadhuys dan bersebelahan dengan sungai Melaka. Apa lagi kau nak? Lengkap di situ!

Happy birthday!

Mei 1, 2013
Wan Fuuyoo datang Melaka atas urusan rasmi. Dah alang alang tu, kami lepak sama-sama. Siapa sangka hari pekerja memang semua orang datang kat AEON Bandaraya Melaka! Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab parking spot memang takde! Parking spot yang hujung hujung alam tu pun penuh. Siapa nak jawab? Takkan Kak Ton nak jawab? Sampai nak lunch pun kena beratur, tunggu meja kosong. Tak pernah pernah aku dengan Adie ada pengalaman macam ni. Tapi paling best bila Wan Fuuyoo belikan kek senyap senyap, sambut birthday aku dengan Adie. Tak expect langsung sebab birthday aku dengan Adie dah lepas hampir seminggu dua. Aku terharu kemain sampai keluar air hidung!

Terima kasih Wan Fuuyoo!

Mei 5, 2013
Siapa boleh lupa tarikh ni? Ni first time aku mengundi. Memang excited nak tanda pangkah tapi pada masa yang sama, takut jugak tertanda betul sebab dah biasa sangat marking kertas jawapan. Haha! Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar.

Jari dah kena calit dengan dakwat! Adik-adik yang tak dapat rasa jari kena calit dengan dakwat boleh cuba conteng dengan pen marker.


potpetpotpet : Kursus empat hari minggu depan!

17 ulasan:

  1. makan...makan....makannnn
    ;p

    BalasPadam
  2. Wah ni betul2 imbasan ni.

    BalasPadam
  3. haha. tahniah2. happy birthday, semoga berjaya utk kursus tu :)

    BalasPadam
  4. Mac 8 2013 !
    hOI, HERO ah ! Alhamdulillah that girl takda pape, cuma trauma. =/

    BalasPadam
  5. Tak cukup tak cukup! :p

    BalasPadam
  6. suka baca tang kes ragut tu.. bagus zami! slaute dkt you jugak!

    BalasPadam
  7. Ok thanks zami psl td.hehe. Header baru tu smart & hopefully lepas ni aktif blogging mcm dolu-dolu eh, takmo menyepi lg :)

    BalasPadam
  8. Melaka ni ramai sangat yang datang.. nak berjimba-jimba kat bandar pun, stuck dalam jam, parking takde :( Visit Melaka every year.. huhu..

    BalasPadam
  9. hahaha ingatkan imbasan AF betul2 tadi.. T_T tapi bnyak betul makanan.. bukak entry ni rse lapar..erk~

    BalasPadam
  10. melaka? my village.. tp sangat jarang ke sana lepas arwah nenek dah meninggal.. rindu pulak bila tengok entry ni :)

    BalasPadam
  11. Yeah! Welcome back bro. Lama ang tak update blog. Bosan-bosan dekat pejabat takde kerje boleh lah blog walking ang punye page. Long time no see your post. =)

    BalasPadam
  12. next time kumpul bahan setahun baru update....baru puas org baca...hahaha...

    BalasPadam
  13. wahhh baguslahh dah aktif balik =)

    BalasPadam
  14. yeay! berjaya abis baca entry ni..tersangat imbasan hokeh!

    BalasPadam
  15. ini entry sepuluh dalam satu ke?

    okai.... aku x baca pun entry kau cikgu lalalala.

    BalasPadam
  16. uitttttttt, ezam budak class kite kt uitm!!!! wahwah keciknye dunia.

    BalasPadam
  17. after sekian lama tak blogging kan..sekali dia buat imbasan...
    sekali baca macam baca diary..ehehhee.. ;)

    btw, teruskan berblog ye..:)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com