Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Tahun ni aku tak kerap #bukapuasa kat luar. Rasanya baru dua kali kot? Yang pertama aku #bukapuasa pada hari Sabtu (20 Julai 2013) dan seterusnya pada hari Khamis (25 Julai 2013). Hari Sabtu aku #bukapuasa dengan ex-classmates masa study kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dorang semua posting kat Melaka jugak. Kami ni nama je posting satu negeri tapi sangat jarang dapat keluar sama-sama. Masing-masing busy bajet macam Ketua Menteri Melaka je. Haha!
Kami #bukapuasa kat The Windmill Station kat Bukit Beruang. Eh. Nak kenal tak dorang? Okay. Meh sini aku kenalkan sorang sorang. Kawan yang pakai tudung plain tu nama dia Intan, cikgu kat Bukit Katil. Kawan yang pakai tudung bercorak tu pulak nama dia Pijah, cikgu kat Kem Terendak. Dan kawan yang pakai cermin mata tu nama dia Din, cikgu kat Simpang Bekoh. Tak dilupakan jugak kawan yang tulis entri ni nama dia Hizami, cikgu kat Alor Gajah. Boleh camtuh?
Hari Khamis yang lepas pulak aku dapat jemputan untuk ke majlis #bukapuasa anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Melaka di Hotel Seri Malaysia Melaka. Masa mula mula dapat kad jemputan tu aku ingatkan #bukapuasa kat surau ADTEC Melaka je. Tak terfikir langsung kat hotel. Alhamdulillah. Dah rezeki aku dalam bulan Ramadhan yang mulia ni dapat makan percuma. Tapi kan takde la percuma sangat sebab petrol kereta nak pergi hotel tu pun dah berapa liter dah guna. Haha! Over tak aku berkira?
Aku tak makan banyak mana pun. Alhamdulillah. Nampaknya kali ni aku pilih kualiti makanan berbanding kuantiti makanan. Poyo di situ. Aku dapat tahu kat situ terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan disediakan. Tapi aku takde rasa macam nak cuba semua jenis hidangan yang ada sebab perut aku ada satu je bukan ada empat. Aku ingat lagi 2 tahun lepas aku pernah buka puasa kat Hotel Seri Malaysia Melaka ni jugak. Masa tu Adie belanja aku. Ingat lagi tak sebab apa? Boleh baca balik entri pasal tu kat SINI.
Meet my students. Hampir semua daripada barisan MPP ADTEC Melaka ni merupakan pelajar-pelajar aku. Nampak tak pelajar-pelajar aku memang jenis bapak bapak orang dengan mak mak orang? Haha! Takde la. Maksud aku di sini ialah dorang dah besar panjang, dah boleh kahwin dan dah boleh ada anak dah sekarang ni. Selalu terjadi kalau aku ikut program dengan dorang, kebanyakan tetamu akan ingat aku ni pelajar sama macam dorang jugak. Nak buat macam mana kan? Dah muka awet muda macam disuntik vitamin C berkali-kali.
potpetpotpet : Sesiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.
bro hizami mmg sentiase mude. :)
BalasPadamOk part disuntik vitamin C berkali-kali tu kelakar. Huhu.
BalasPadamUntung orang ingat kite muda dari ingat kite tua dari umur. Huhu
Untunglah bleh cucuk vitamin c berkali kali..hahaha
BalasPadamhizami mengajar sek men. atau rendah kat alor gajah :) kmpung sy tu..
BalasPadamlecturer dengan students nampak sebaya.... :D
BalasPadam