Isnin, 11 November 2013

Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Aku?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Apa dah jadi dengan hidup aku? Dah macam tajuk akhbar harian metro. Tajuk nak sensasi kemain. Tapi isi? Faham faham la sendiri. Haha! Alhamdulillah. Aku masih diberikan kekuatan dan kesempatan untuk menaip lagi satu entri. Takde apa yang menarik sangat yang berlaku. Tak payah baca pun takpe. Kbai.

Tayang muka.

Hari Selasa (29 Oktober) hari tu ADTEC Melaka ada menganjurkan karnival kerjaya yang melibatkan hampir 50 buah syarikat swasta. Aku bertugas sebagai model kaunter pendaftaran. Kau ada dapat tugas jadi model kat kaunter pendaftaran macam aku? Takde kan? Haha! Aku bergurau je la. Kau gila ada jawatan macam tu? Habis la nanti asyik aku je yang akan diberikan tugas tu. Eh?

Untuk karnival kali ni aku cuma tolong hulurkan tangan ringankan beban je kat situ. Bukan buat kerja sangat sebab aku memang tak diberikan tugas apa-apa pun hari tu. Tapi kelas tak batal ye, berjalan macam biasa. Nampak tak betapa dedikasi betul aku dengan kerja aku? Okay. Dah kenapa semua ayat aku nak kena angkat bakul sendiri ni? 

Apahal pelajar-pelajar aku lagi tinggi daripada aku ni? Jangan biadap boleh? Haha!

Senang je kan?

Aku selalu guna dialog tu. Senang je kan? Setiap kali habis jawab satu soalan, aku mesti cakap senang je kan? Haha! Dah jadi tabiat kot. Tapi takpe. Aku harap bila selalu sebut senang je kan senang je kan lama lama dia jadi senang. Bila dah jadi senang boleh dapat A+ dalam SPM nanti. Boleh pakai ke teori ni? Usaha dan doa, inshaAllah.

Alhamdulillah. Selesai dah kelas matematik tambahan tingkatan empat untuk tahun ni. Kita jumpa lagi tahun depan ye? Kalau dorang masih nak belajar dengan aku lagi la. Kalau tak, takpe. Aku faham. Tahu la aku ajar biasa biasa je. Mana yang mampu je la nak. Yang penting ikhlas redha pasrah berserah alhamdulillah syukran jazilan ya ustazah.

Semoga berjaya dunia akhirat. Amin.


Jangan bagitahu isteri kawan mak tiri sedara lelaki sepupu anak buah dia.

Aku pakai kemeja dan kasut daripada Zalora. Aku memang dah lama aim kemeja ni sebab aku gila dengan corak dia. Kasut tu pulak sebab ada potongan hari tu. Apa lagi aku rembat je la. Macam la duit kat akaun bank tu riban riban sampai ikut suka hati je nak rembat. Haha! Takpe la. Bukan selalu tapi boleh kata kerap la jugak. Eh?

Buat muncung itik la sikit. Baru nampak macam binatang sikit.

Tak bosan ke?

Aku kalau keluar dengan Adie dan Fyzal ni memang wajib buat tiga aktiviti: wayang sampai terbayang-bayang, makan sampai kenyang dan karaoke sampai suara hilang. Tak bosan ke? Takde la bosan mana sebab kitorang bukan keluar setiap hari, bukan jugak setiap minggu. Kadang kadang tu sebulan sekali. Tengok masa lapang masing masing la.

Kali ni dua orang kawan kitorang daripada KL balik Melaka. Maksudnya kali ni kitorang tak lepak bertiga tapi berlima. Pagi Ahad (3 November) tu kitorang mulakan dengan tengok filem Thor: The Dark World. Biasa biasa je filem ni . Takde la hebat mana. Cukup cukup makan standard filem-filem aksi fantasi yang lain. Tapi ada satu babak yang paling menangkap perhatian aku iaitu babak yang mana Odin sebenarnya adalah Loki! Siot betul. Aku terus terbayangkan kucing aku nama Loki tu.

Mudah gila beli tiket online.

Lepas wayang? It's makan time!

Thai Olio Olio. Gila bapak punya pedas! Thumbs up!

Ni gambar takde filter.


potpetpotpet : Bekerjalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.

16 ulasan:

  1. Nak comment 1-1 gak. Haha. Yang atas tu tadi betul student awk ke? Ingatkan rakan sekerja lak. Hahah. Btw, nice shoe!!

    BalasPadam
  2. lama sungguh x menyinggah di sini. sekali singgah tgok dh bersawang. hahaha... maklum la kehidupan dulu dgn sekarang mana nk sama kan.... anyway slmt maju jaya dlm karier, zami.. eh bila nk dtg lepak2 kt anjung lagi? lama xjumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. tu la pasal. lama gila dah tak datang anjung. nanti zami bincang dengan adie bila nak datang.

      Padam
  3. Jangan bagitahu isteri kawan mak tiri sedara lelaki sepupu anak buah dia

    blogwalking pagi today ! =)

    BalasPadam
  4. hidup semakin busy..walau busy tapi ceria.kannnn

    BalasPadam
  5. lamenya tak lepas blog budak lelaki sebelah pintu..
    rinduu..dah kembali aktif berblogging ehh

    BalasPadam
  6. lama tak jenguk blog ko ni bro. haha looking good. cikgu tetap dah ke?

    BalasPadam
  7. Hye.klakar dn cute entri2 awk.sernk bace.first time bc blog lelaki.hihi.

    BalasPadam
  8. Hye.klakar dn cute entri2 awk.sernk bace.first time bc blog lelaki.hihi.

    BalasPadam
  9. Hye.nice entri.cute.hee

    BalasPadam
  10. Datang blogwalking lepastu terus follow ~

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com