Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
|
Gambar hiasan. Haha! |
10, 11, 12 dan 13 Disember yang lepas aku gi Teluk Batik, Lumut, Perak. Bercuti ke? Bercuti la sangat! Aku ada kursus kat situ. Dah nama pun saya yang menurut perintah kan? Tapi paling sedih sebab kursus tu tak dapat nak masuk dalam penilaian prestasi aku sebab dah hantar awal Disember hari tu. Kecewa! Empat hari kot! Takpe la. Takde rezeki namanya tu. *lari lepas tu lompat atas katil kemudian tekap muka kat bantal*
|
Bunga pun boleh layu dengan bau kaki. |
Aku tak pernah sampai lagi kat Lumut ni. Jadi, aku tak tahu nak jangka macam mana perjalanan dia. Tak sangka lepas keluar tol tu jalan sesak kemain. Dah kenapa ni? Hampir sejam jugak nak lepas daripada kesesakan tu. Bontot pun dah bentuk segi empat tepat.
|
Tak boleh ke korang lalu jalan lain? Sibuk je nak ikut aku lalu jalan ni. |
Ni first time aku sampai kat Teluk Batik. Excited kot? Nama je warganegara Malaysia tapi banyak lagi tempat dalam Malaysia ni aku tak
sempat nak jejakkan kaki. Rasa berterima kasih jugak la dapat pergi kursus ni.
Sekurang-kurangnya dapat mencemar dulang kat Teluk Batik ni. Tak mampu nak
mencemar duli. Jadi? Mencemar dulang pun boleh.
|
Sejuk mata memandang, sejuk lagi ais batu campur. |
|
Tingkap sebelah katil aku. Kemain tak? |
|
Lauk lagi banyak daripada nasi. |
Cantik jugak kawasan persekitaran kat situ. Keliling dia
penuh dengan pokok hijau. Gila kau tak tenang bangun pagi dapat sedut udara
segar bugar kat situ? Kentut pun langsung tak berbau sepanjang kursus kat situ. Nampak tak betapa aku menipu di situ? Dan aku antara peserta yang terawal sampai. Bila melangkah
masuk dalam bilik, takde orang lagi. Jadi? Aku dapat pilih bilik utama yang
menghadap Pulau Pangkor pulak tu siap ada bilik air sendiri! Syukur.
|
Menikmati pemandangan daripada balkoni bilik. |
Kursus ni pasal pengaplikasian Hypno-NLP untuk tenaga
pengajar. Kursus ni bertujuan membantu meningkatkan lagi mutu dan tahap profesionalisme
tenaga pengajar kat JTM ni. For me, it’s a new thing. Banyak faedah dan kelebihan yang aku dapat daripada kursus ni. Kalau kita tidak
berfikiran terbuka dan berlapang dada, memang sia-sia je la kita datang kursus
ni. Jadi, apa guna kita datang kursus yang bukan sehari dua ni? Ni pun kira
majlis ilmu jugak ni.
|
Muka nak bangga! Sijil je pun. |
|
Mujhse dosti karoge? Faham tak? |
Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik? Kursus pun tamat. Tambah
lagi satu sijil dalam hidup aku. Lepas ni boleh la aku hipnosis budak budak ni
supaya dengar cakap aku. Haha! Ingat senang macam tu ke? Takpe la. At least
dapat tambah pengetahuan sedia ada, dapat perbaiki dan pertingkatkan lagi mutu
perkhidmatan. Dengan harapan tahun depan boleh dapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang la? Kau baru setahun jagung dik. Sedar diri boleh tak? Haha!
|
Gambar keluarga bahagia pun boleh. |
|
Rambang mata! Kalau ikut nafsu macam nak beli semua je. |
potpetpotpet : Takde ke kursus kat Bali ke kat Korea ke kat Paris ke?