Ahad, 8 Disember 2013

Cara Elak Kaki Busuk & Berbau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari Ahad macam ni takde nak buat apa sangat. Ni nak kongsi tips elak kaki berbau. Kenapa nak kongsi tips ni? Sebab kaki aku pun kadang-kadang berbau! Haha! Terlebih jujur pulak. Tolak 10 markah kategori menantu pilihan. Adeh. Maklum je la, kerja daripada jam 8 pagi sampai 5 petang pakai kasut. Lepas tu hujung minggu keluar lepak pun pakai kasut. Kaki pulak jenis cepat berpeluh. Silap silap bunga tahi ayam pun boleh layu dengan bau kaki aku! Okay. Lawak hambar di situ.


Macam mana kaki boleh berbau?

Kaki berbau terjadi akibat daripada peluh yang keluar daripada kaki dan pakai selipar atau kasut yang sama setiap hari. Kaki kita mempunyai lebih kurang 250 000 kelenjar peluh. Kalau tukar jadi ringgit malaysia, kaya dah kita ye dak? Haha! Peluh dirembeskan oleh tubuh badan untuk tujuan penyejukan. Tapi sesetengah orang macam aku ni keluar peluh secara berlebihan lebih-lebih lagi kat kaki. Tapi bukan peluh yang berlebihan tu yang menyebabkan kaki kita berbau! Habis? Kelembapan akibat daripada peluh berlebihan tadi telah menyebabkan pembiakan bakteria secara besar-besaran macam jualan akhir tahun kat sogo. Sisa buangan daripada bakteria ni la yang menyebabkan kaki kita berbau.

Tips elak kaki berbau!


  • Kering
Cara yang terbaik untuk elak daripada kaki berbau ialah dengan memastikan kaki kita sentiasa kering. Keringkan kaki terutama sekali kat celah-celah jari kaki kerana kat situ la tempat bakteria selalu lepak. Kalau tak perlu pakai kasut dan stoking, tak payah pakai. Lagi bagus bila kaki kita dapat pengudaraan secara maksimum.

  • Udara
Pengudaraan ni sangat penting bagi mengelakkan kaki berbau. Pengudaraan yang baik dapat membantu kaki kita untuk kering dengan cepat. Bila cepat kering, bakteria tak sempat nak membiak. Kalau situasi atau keadaan tak memerlukan kita pakai selipar atau kasut, tanggalkan terus.

  • Stoking
Bila pakai kasut, pastikan kita sarung stoking sekali. Kalau kita tak sarung stoking nanti peluh kat kaki tu siapa nak tolong serap? Tukar stoking untuk setiap hari ataupun dua kali sehari. Tapi kalau pakai selipar, tak payah pakai stoking pun takpe.

  • Kasut
Taburkan sedikit bedak dalam kasut sebelum dan selepas kita pakai kasut. Dan jangan biarkan kasut kat dalam rak yang tertutup dan gelap. Sesekali sidai kasut kat ampaian. Boleh macam tu? Elakkan pakai kasut yang sama setiap hari. Nak tak nak, kena ada lebih daripada dua atau tiga kasut. Nanti boleh rotate hari ni pakai kasut A, esok pakai kasut B dan lusa pakai kasut C. 

  • Doktor
Kalau tak jalan jugak, pergi jumpa doktor untuk potong kaki. Haha! Just kidding. Tanya doktor apa penyelesaian terbaik untuk elak kaki daripada berbau.


potpetpotpet : Nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok kaki dia.

7 ulasan:

  1. Ha'ah, kalau pakai kasut seharian memang kaki akan berbau! Selalunya lepas buka kasut dan stokin, mesti cuci kaki dengan sabun. Lepas nie nak cuba tabur bedak pulak. Kalau minyak wangi boleh tak? :D

    BalasPadam
  2. kaki kalau terperap lama dalam kasut mesti akan berbau kan..so ikutlah segala tips yang ada ni..mudah² kurang bau atau tak berbau dah :)

    BalasPadam
  3. betul tu. nasib baik kaki ku tak berbau

    BalasPadam
  4. Owh patutla bru2 ni insta gmbr kaki..hehe.

    BalasPadam
  5. paling pantang orang kaki berbau. bersepah takpe tapi jangan berbau. eyuckkssss..
    pengsan murid2 kau kalo berbau yg cuma "kadang2" tu hizami hahaa

    BalasPadam
  6. *Really very interesting post.I do appreciate you for your work.
    network marketing social network

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com