Sabtu, 10 Januari 2015

Cara Membantu Kucing Beranak (Chiky Dah Beranak!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Chiky dah berjaya melahirkan empat ekor anak kucing hasil projek kahwin dengan Loki. Chiky sekarang kat rumah tuan dia, Nisa Kay. Hehe. Tapi tengok gambar-gambar yang Nisa Kay kirimkan, keempat-empat ekor anak kucing tu warna putih! Adeh. Kuat betul genetik Loki ye? Sepatutnya ada lagi seekor anak kucing yang ikut warna Chiky. Tapi malangnya, dia tak dapat diselamatkan waktu tu.

Loki (atas) dan Chiky (bawah).

Tadi Nisa Kay ada share artikel dengan aku pasal macam mana nak bantu kucing beranak. Memang artikel tu sangat bermanfaat terutamanya untuk orang-orang macam aku yang baru je berjinak-jinak dalam dunia kucing ni. Well, aku ni mana ada pengalaman jadi bidan terjun untuk kucing yang nak terberanak ni. Kalau korang nak baca artikel penuh, sila klik DI SINI. Lepas baca artikel dia, aku dah ringkaskan sikit beberapa tips untuk membantu kucing-kucing korang yang nak terberanak tu:
  1. Bukan semua kucing perlukan bantuan untuk beranak.
  2. Bawa kucing jumpa veterinar untuk diperiksa.
  3. Sediakan tempat khas untuk beranak - guna barang bersih, jauh daripada sebarang gangguan, letak berhampiran makanan, minuman dan bekas najis.
  4. Letak bekas bersih berhampiran untuk anak-anak baru lahir.
  5. Trim sikit bulu di bahagian belakang dan puting (untuk yang berbulu panjang).
  6. Tanda-tanda kucing dah bersedia untuk beranak:
    • gelisah, cari tempat gelap dan berbunyi bising
    • kerap menjilat badan - bahagian kemaluan
    • mencungap-cungap
    • mengiau sekuat hati
    • tidak berselera makan
    • muntah (kemungkinan)
    • melelehkan air jernih (ketuban), darah dari kemaluan
  7. Pastikan sarung/uri setiap anak dimakan/dibersihkan.
  8. Pastikan tali pusat dipotong.
  9. Bawa jumpa veterinar jika ibu kucing mengalami kesukaran menyusukan anak.
  10. Rekod butir kelahiran.

Detik Chiky melahirkan anak-anak kucing yang comel!
 
Tu je la serba sedikit tips membantu kucing beranak yang aku dapat daripada artikel tu. Lepas ni korang boleh la buat servis membantu kucing beranak dari rumah ke rumah. Hehe. Tak sabar nak jumpa anak-anak kucing Chiky dengan Loki tu. Harap keempat-empat anak kucing tu membesar dengan sihat dan comel.

Tak boleh usik! Kemain kedekut Chiky sekarang ni.

potpetpotpet : Adakah lepas ni giliran Lofa pulak?

8 ulasan:

  1. la haiii comelnya depa. tu la ada baca kat blog nisa kay.

    BalasPadam
  2. heheh x sabar nak tunggu anak anak chiky and loki membesar boleh jalan terkedek kedek hahaha

    BalasPadam
  3. Lol. Semua putih. Haihh motipp sangatttt

    BalasPadam
  4. comel gile dapat anak bulus putih² tu

    BalasPadam
  5. Comelnya! Putih semua, letak kaler best ni, muehehehe :p

    BalasPadam
  6. welcome back... cerita kucing beranak pun okey jugak.

    BalasPadam
  7. Syoknye.hari ni 2 ekor kucing saya beranak
    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-parsi-beranak.html

    BalasPadam
  8. kucing saya jenis parsi highnose+maincoon dah bunting lebih 9minggu x beranak. risau pulak...😥

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com