Jumaat, 21 April 2017

Kucing Aku Baru Melahirkan 5 Ekor Anak Kucing

Salam.

Alhamdulillah. Akhirnya Lofa, satu-satunya kucing betina yang aku ada, telah selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang comel dan sihat pada 2 hari yang lepas. 3 ekor daripadanya adalah berwarna putih, manakala, dua ekor yang lain berwarna hitam. Aku pun dah tak ingat ini kali keberapa Lofa beranak. Produktif sungguh! Nasib baik la Lofa ni jenis pandai uruskan anak-anak kucing tu, daripada beranak sampai la boleh merangkak, buka mata, berjalan, memanjat, bergaduh dan berlari. Untuk pengetahuan korang, semua anak Lofa aku tak jaga tapi aku beri kat orang lain selepas anak-anak kucing tu berumur 2 bulan dan ke atas sebab sekarang ni aku dah ada 4 ekor kucing untuk dijaga. Aku rasa itu dah lebih daripada cukup.


Dah alang alang tu, aku berangan la buat photoshoot untuk anak-anak kucing ni. Walaupun Lofa dah pandang pandang jeling jeling je aku masa tu. Haha! Nasib baik dia dah kenal aku. Jadi dia faham kot aku nak update blog pasal anak-anak kucing ni. Boleh?





Semoga membesar dengan sihat. Dan semoga Lofa teruskan beranak. Kalau korang ada kucing yang sedang bunting atau menunggu masa untuk beranak, korang boleh rujuk entri kat bawah ni mana la tahu kucing korang mengalami masalah semasa beranak.

Isnin, 10 April 2017

Selamat Timang Anak Sulung!

Salam.


Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 pagi, 9 April 2017, hari Ahad, adik aku telah selamat melahirkan cahaya mata sulung merangkap cucu kedua kepada ibu dan ayah kami. Syukur semua dipermudahkan. Akhirnya Nurul Ain dah ada kawan seperjuangan! Semalam pun bukan main baik hati nak suapkan baby tu dengan rempeyek yang dia makan. Bagus betul tak kedekut ye. Haha! 



Adik aku ni awal awal lagi dah ada nama untuk anak sulung dia ni. Untuk pengetahuan korang, anak sulung adik aku ni perempuan. Jadi sekarang ibu dan ayah aku dah ada dua orang cucu perempuan. Lelaki? Belum rezeki lagi. Mungkin yang tengah on the way tu kot. Ehem ehem ehem. Kepada adik aku, semoga jadi ibu yang terbaik sama seperti ibu kita selain daripada selamat berpantang, selamat kurus balik, selamat tak cukup tidur, selamat bangun tengah tengah malam, selamat membesarkan anak supaya menjadi yang solehah dan macam macam selamat lagi. Camtuh.

Jangan ada pula soalan tanya aku bila pula. Aku tak buka kaunter pertanyaan pun. Siapa tanya soalan macam tu, ketiak dia hitam. Haha! Tanya la kalau nak ketiak hitam.

Sabtu, 10 Januari 2015

Cara Membantu Kucing Beranak (Chiky Dah Beranak!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Chiky dah berjaya melahirkan empat ekor anak kucing hasil projek kahwin dengan Loki. Chiky sekarang kat rumah tuan dia, Nisa Kay. Hehe. Tapi tengok gambar-gambar yang Nisa Kay kirimkan, keempat-empat ekor anak kucing tu warna putih! Adeh. Kuat betul genetik Loki ye? Sepatutnya ada lagi seekor anak kucing yang ikut warna Chiky. Tapi malangnya, dia tak dapat diselamatkan waktu tu.

Loki (atas) dan Chiky (bawah).

Tadi Nisa Kay ada share artikel dengan aku pasal macam mana nak bantu kucing beranak. Memang artikel tu sangat bermanfaat terutamanya untuk orang-orang macam aku yang baru je berjinak-jinak dalam dunia kucing ni. Well, aku ni mana ada pengalaman jadi bidan terjun untuk kucing yang nak terberanak ni. Kalau korang nak baca artikel penuh, sila klik DI SINI. Lepas baca artikel dia, aku dah ringkaskan sikit beberapa tips untuk membantu kucing-kucing korang yang nak terberanak tu:
  1. Bukan semua kucing perlukan bantuan untuk beranak.
  2. Bawa kucing jumpa veterinar untuk diperiksa.
  3. Sediakan tempat khas untuk beranak - guna barang bersih, jauh daripada sebarang gangguan, letak berhampiran makanan, minuman dan bekas najis.
  4. Letak bekas bersih berhampiran untuk anak-anak baru lahir.
  5. Trim sikit bulu di bahagian belakang dan puting (untuk yang berbulu panjang).
  6. Tanda-tanda kucing dah bersedia untuk beranak:
    • gelisah, cari tempat gelap dan berbunyi bising
    • kerap menjilat badan - bahagian kemaluan
    • mencungap-cungap
    • mengiau sekuat hati
    • tidak berselera makan
    • muntah (kemungkinan)
    • melelehkan air jernih (ketuban), darah dari kemaluan
  7. Pastikan sarung/uri setiap anak dimakan/dibersihkan.
  8. Pastikan tali pusat dipotong.
  9. Bawa jumpa veterinar jika ibu kucing mengalami kesukaran menyusukan anak.
  10. Rekod butir kelahiran.

Detik Chiky melahirkan anak-anak kucing yang comel!
 
Tu je la serba sedikit tips membantu kucing beranak yang aku dapat daripada artikel tu. Lepas ni korang boleh la buat servis membantu kucing beranak dari rumah ke rumah. Hehe. Tak sabar nak jumpa anak-anak kucing Chiky dengan Loki tu. Harap keempat-empat anak kucing tu membesar dengan sihat dan comel.

Tak boleh usik! Kemain kedekut Chiky sekarang ni.

potpetpotpet : Adakah lepas ni giliran Lofa pulak?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com