Sabtu, 19 Mei 2018

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Khai Bahar - Cinta Syurga

Salam.


Dato' Sri Siti Nurhaliza berduet bersama Khai Bahar dalam lagu baharu berjudul Cinta Syurga. Katanya lagu Cinta Syurga ni lagu zikir yang menggunakan melodi lagu Comel Pipi Merah. Haaa... Adakah lirik ting ting tang ting tara ting ting ke ting tang ting masih dikekalkan? Sama sama kita tunggu! Lagu Cinta Syurga akan mula boleh dilanggan di platform platform digital tidak lama lagi dan siaran radio sempena bulan Ramadan ni. Jadi maknanya lagu Cinta Syurga ni belum release lagi lah kan? Laaa... Aku baru nak dengar! Haha! Sabar ya?

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Khai Bahar - Cinta Syurga

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah

Subhanallah Maha Suci Allah
Alhamdulillah Puji Bagi-Nya
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Maha Pengasih Dan Penyayang

Subhanallah Alhamdulillah
Allahu Akbar Ya Allah

Allahu Allahu Allah
Allahu Allahu Allah

Di Mana Dia Cinta Syurga Saya
Cinta Syurga Saya Al-Quran Juga Sunnah
Mari Berdoa Mohon Sejahtera
Allahumma Inni As Alukal Afiyah

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar Lailahaillallah

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah

Tak sabar ke tu?

Jumaat, 27 Oktober 2017

Gambar Pra Konvokesyen Budak Tadika Yang Comel Jadi Perhatian Netizen

Salam.


Comel tak gambar-gambar pra konvokesyen kat atas tu? Sekarang ni kan tengah musim konvokesyen, ke sana ke sini orang bukan main berkongsi gambar dengan jubah dan topi konvokesyen. Tak kurang jugak ada yang gigih throwback gambar konvokesyen lapan belas tahun yang lepas. Haaa... Bagi memeriahkan suasana, seorang photographer telah memuat naik koleksi gambar pra konvokesyen budak-budak tadika kat laman twitter miliknya. Siapa sangka gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu telah mencuri perhatian netizen dan menerima lebih daripada 12 ribu retweet dan hampir 9 ribu like. Serius lah!


Siapa je yang tak tersenyum melihat gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu kan? Seronok sangat tengok budak-budak tadika tu bergembira dengan jubah dan topi konvokesyen dorang. Rasa macam nak kembali ke zaman tadika je. Ehhh... Tak sedar diri dah nak masuk angka 30! Haha! Apa-apa pun, semoga adik-adik ni akan berjaya mencapai cita-cita mereka pada suatu hari nanti.


Kredit: @AfiqRozlan

Isnin, 12 Jun 2017

Model Istimewa Sindrom Down Koleksi Raya Dipuji Netizen

Salam.


Tersentuh hati aku tengok gambar gambar koleksi raya daripada Maqilla ni. Kenapa? Haaa... Aku tengok gambar gambar koleksi raya Maqilla ni memang menggunakan mereka yang betul betul mempunyai sindrom Down sebagai model. Apa yang aku boleh katakan? Comel! Nah tengok lagi gambar gambar yang lain kat bawah ni.


Ternyata gambar gambar koleksi raya daripada Maqilla ni telah menyentuh hati semua orang termasuklah photographer yang terlibat untuk kempen tersebut. Menurut photographer tersebut, ini adalah kali pertama dia berkolaborasi dengan mereka yang mengalami sindrom Down bagi sesi photoshoot. Untuk itu dia rasa sangat bersyukur dengan peluang berkomunikasi dan bekerja dengan mereka yang terlibat dalam kempen raya daripada Maqilla dan Persatuan Sindrom Down Malaysia.


Selain itu, rata-rata netizen memuji dan menghargai mereka yang terlibat dengan koleksi raya daripada Maqilla ni. 


Bagi setiap pembelian koleksi raya daripada Maqilla, RM10 akan disalurkan ke Persatuan Sindrom Down Malaysia. Haaa... Bagus betul kempen raya macam ni. Sambil kita beli baju raya, sambil kita menderma dan membantu mereka yang teristimewa. Betul tak?

Jumaat, 23 Januari 2015

Loki Si Kucing Comel Ni Datang Dari Mana?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Macam mana aku boleh bela Loki? Haaa... Loki ni kalau korang nak tahu, kucing pertama yang aku bela. Aku ambil Loki masa dia dua bulan lagi. Tak silap aku ambil dia kat Johor Bahru sekitar awal bulan Disember 2012. Masa tu aku tengah kursus induksi kat sana. Dalam aku tengah mengantuk dan bosan dengar ucapan, aku pergi buka mudah.my tengok anak-anak kucing kat situ. Niat kat hati cuma nak tengok tengok je. Entah macam mana aku boleh bernafsu nak ambil seekor bawa balik rumah. Dah jodoh Loki dengan aku kot? Hiks.

Sekarang Loki ni dah berumur 2 tahun 3 bulan. Kalau ikut umur manusia, Loki ni dah 24 tahun. Lebih kurang macam umur aku kot? Sebaya pun boleh. Haha! Tapi apa yang menyedihkan, Loki dah jadi bapa dah. Aku? Calon pun masih tercari-cari dan teraba-raba. Simpati tak? Hehe. Okay. Setakat tu je la kot sesi pengenalan tentang Loki si kucing comel ni. Nanti kita sambung kisah Loki dengan lebih lanjut. Dah alang-alang meh kita tengok antara koleksi gambar Loki masa dia kanak-kanak ribena lagi. Comel yang amat kot!

Ni hari pertama aku ambil Loki. Dia duduk dalam kotak ni daripada Johor sampai Melaka. Sedih tengok dia.

Innocent je muka Loki masa ni.

Boleh tak jangan membesar?

Bluwekkk!

Jarang Loki ni duduk kat sofa.

Kena paksa pakai tudung! Haha!

potpetpotpet : Siapa catlover kat sini?

Sabtu, 10 Januari 2015

Cara Membantu Kucing Beranak (Chiky Dah Beranak!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Chiky dah berjaya melahirkan empat ekor anak kucing hasil projek kahwin dengan Loki. Chiky sekarang kat rumah tuan dia, Nisa Kay. Hehe. Tapi tengok gambar-gambar yang Nisa Kay kirimkan, keempat-empat ekor anak kucing tu warna putih! Adeh. Kuat betul genetik Loki ye? Sepatutnya ada lagi seekor anak kucing yang ikut warna Chiky. Tapi malangnya, dia tak dapat diselamatkan waktu tu.

Loki (atas) dan Chiky (bawah).

Tadi Nisa Kay ada share artikel dengan aku pasal macam mana nak bantu kucing beranak. Memang artikel tu sangat bermanfaat terutamanya untuk orang-orang macam aku yang baru je berjinak-jinak dalam dunia kucing ni. Well, aku ni mana ada pengalaman jadi bidan terjun untuk kucing yang nak terberanak ni. Kalau korang nak baca artikel penuh, sila klik DI SINI. Lepas baca artikel dia, aku dah ringkaskan sikit beberapa tips untuk membantu kucing-kucing korang yang nak terberanak tu:
  1. Bukan semua kucing perlukan bantuan untuk beranak.
  2. Bawa kucing jumpa veterinar untuk diperiksa.
  3. Sediakan tempat khas untuk beranak - guna barang bersih, jauh daripada sebarang gangguan, letak berhampiran makanan, minuman dan bekas najis.
  4. Letak bekas bersih berhampiran untuk anak-anak baru lahir.
  5. Trim sikit bulu di bahagian belakang dan puting (untuk yang berbulu panjang).
  6. Tanda-tanda kucing dah bersedia untuk beranak:
    • gelisah, cari tempat gelap dan berbunyi bising
    • kerap menjilat badan - bahagian kemaluan
    • mencungap-cungap
    • mengiau sekuat hati
    • tidak berselera makan
    • muntah (kemungkinan)
    • melelehkan air jernih (ketuban), darah dari kemaluan
  7. Pastikan sarung/uri setiap anak dimakan/dibersihkan.
  8. Pastikan tali pusat dipotong.
  9. Bawa jumpa veterinar jika ibu kucing mengalami kesukaran menyusukan anak.
  10. Rekod butir kelahiran.

Detik Chiky melahirkan anak-anak kucing yang comel!
 
Tu je la serba sedikit tips membantu kucing beranak yang aku dapat daripada artikel tu. Lepas ni korang boleh la buat servis membantu kucing beranak dari rumah ke rumah. Hehe. Tak sabar nak jumpa anak-anak kucing Chiky dengan Loki tu. Harap keempat-empat anak kucing tu membesar dengan sihat dan comel.

Tak boleh usik! Kemain kedekut Chiky sekarang ni.

potpetpotpet : Adakah lepas ni giliran Lofa pulak?

Selasa, 28 Mei 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Aku tak tahu ada orang baca lagi ke tak blog aku ni. Lantak la yang penting aku tahu ada sorang yang confirm baca blog aku. Siapa? Aku la! Haha. Kenapa? Tak boleh ke nak baca blog sendiri? Catat guinness world record la jugak bila hampir setengah tahun aku tak update apa apa. Jangan risau, aku sihat walafiat di sini. Walaupun aku tahu takde siapa yang risau. Heh. Setakat itu je untuk hari ni. Lepas ni inshaAllah akan lebih kerap entri yang menyusul. :")

potpetpotpet : Aku pada hari ini bukanlah aku pada hari-hari semalam.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Budak Lelaki Sebelah Pintu Sebagai Blogger Pilihan Di Utusan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Kemain lama tak update? Maklum je la, hati dah takde kat blog. Eh. Siapa yang curi hati aku ni? Pulangkan balik! Haha. Aku sibuk dengan kerja. Sibuk cari rezeki sampai terlupa blog kesayangan mucuk mucuk aku ni. Okay. Nak taip mucuk mucuk pun sampai meremang bulu tengkuk aku. Geli.


Pada hari Sabtu yang dua minggu lepas, haha bukan seminggu lepas ye, tanggal 22 September 2012, Budak Lelaki Sebelah Pintu (BLSP) terpilih untuk menghiasi ruangan blogger pilihan dalam sisipan COM. COM ni stands for Citra Orang Muda. Dan terima kasih kepada Mejah kerana memanjangkan nama aku kepada Kak Lyn yang bertindak sebagai penulis untuk ruangan blogger pilihan tersebut.

Pengalaman yang hebat! First time kot aku kena interview? Haha. Sedih je kan? No wonder aku terlebih excited bila blog cincai cincai macam ni boleh terselit kat dalam Utusan. Kalau blog aku pun boleh dapat peluang macam ni, tak mustahil satu hari nanti giliran korang pulak. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. *tarik beg keluar akademi fantasia*

Terima kasih kepada mereka yang perasan blog aku dalam paper hari tu. Tapi aku sendiri segan nak baca ruangan tu. Macam terlebih skema je soal jawab aku tu? Haha. Kemain aku guna bahasa rempit masa interview. Apa celop? Nini cokelat celop, celop celop, nini cokelat celop, celop celop, rasa kacang stroberi, sungguh enak sekali, nini! Nini! Kbai.

Terima kasih Wan Fuuyoo! :")

Dah 3 tahun dah? Wow! :")

Entri oleh Eazy Izzuddin. Boleh singgah kat SINI.

Tak tahu pulak boleh baca interview aku hari tu kat SINI.

Menangis! Haha.


potpetpotpet : Tengah tunggu tawaran berlakon filem tajuk anak itik tok wi mandi dalam kolam.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Cara Buat Kad Hari Raya Digital Sendiri - Jimat Kos

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Nak tengok tak kad raya syok sendiri? Haha. Aku rasa kat facebook dua tiga hari ni penuh dengan kad raya syok sendiri! For your information, ciri-ciri kad raya syok sendiri ialah tempek gambar muka sendiri lepas tu letak la selamat hari raya maaf zahir batin macam la tak biasa haha. Bajet macam retis la sikit sikit. Haha. Tak nak ketinggalan, aku pun hasilkan kad raya syok sendiri juga! Terimalah kad raya syok sendiri edisi Budak Lelaki Sebelah Pintu kat bawah ni haaa...


Sepatah dua kata:
Jangan fikirkan kebaikan yang telah kita lakukan tapi fikirlah keburukan yang telah kita lakukan. Jangan fikirkan keburukan yang telah orang lain lakukan tapi fikirlah kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga kita menjadi insan yang lebih cemerlang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. *ayat nampak sangat cikgu*
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua kaum keluarga, sanak saudara, rakan sejawat, anak didik, sahabat handai, rakan dan taulan yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta, halal makan dan juga minum. Semoga ibadah kita pada sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh-Nya. Amin.


potpetpotpet : Jemput datang rumah ye? :")

Selasa, 27 Mac 2012

Majlis Cukur Jambul Chinta Al-Jannah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri hari ni pasal kejadian yang berlaku pada 11 Mac 2012 yang lepas. Amboi, dah lepas dua minggu baru nak update? Aku baru dapat gambar la. Dan aku baru sempat edit petang tadi. Okay. Pada tarikh tersebut, bersamaan dengan hari Ahad, sepupu aku telah mengadakan kenduri akikah sempena dengan majlis cukur jambul anak kedua dia, Chinta Al-Jannah. Such a beautiful name kan?

Hampir semua ahli keluarga hadir pada hari berkenaan. Seperti biasa, kami tak guna perkhidmatan mana mana katerer, sebaliknya, kami bergotong-royong sediakan makan dan minum. Alhamdulillah, kami ada ahli keluarga yang cukup supportive, sedia membantu dan bekerjasama lebih lebih lagi apabila melibatkan kenduri kendara ni.

Since dah takde idea nak tulis apa lagi, apa kata kita layan gambar gambar yang aku sempat rakamkan pada hari kejadian.

Buai laju laju, sampai pokok sena, apa dalam baju, sekuntum bunga cina.

Keluarga bahagia Nur Chinta Al-Jannah.

Geng mengaji.

"Hensem la abang ni. Budak Lelaki Sebelah Pintu kan?" Okay. Tu dialog dalam hati dia.

"Kelakar la abang ni." Sekali lagi dialog dalam hati dia.

Krooohhh... Krooohhh... Krooohhh... Kriiinnnggg!!! Oh. Bunyi telefon rupanya.

Nenek kat belakang, cucu kat tengah, cicit kat depan.

Pisau cukur takde ke?

Tulang belakang kenduri kali ni.

Kat belakang pentas. Haha. Ada pulak pentas?

Aku kena terselit jugak.


potpetpotpet : Macam nak selsema balik.

Selasa, 7 Februari 2012

Pengalaman Model Di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku bukan model. So, layankan je la gambar gambar aku yang tak seberapa kat Pantai Cenang ni. Aksi aku ni dirakamkan pada sebelah petang, kalau tak silap aku dalam pukul 6 macam tu kot. Aku sebenarnya malu sebab ramai gila orang tengah mandi manda kat situ. Aku memang kekok kalau ambil gambar kat kawasan yang penuh dengan orang sebab aku rasa macam dorang tengah tengok aku walaupun pada hakikatnya takde sorang pon yang tengok aku. Haha.







potpetpotpet : Perelokkanlah akhlakku seperti mana Kau perelokkan kejadianku.

Isnin, 26 Disember 2011

Aktiviti Penghujung Tahun 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku tak nak cakap banyak banyak sebab aku nak tempek gambar aku banyak banyak. Aku harap takde yang terberak lepas tengok gambar aku secara berlebihan. Haha. Gambar gambar kat bawah ni merupakan sambungan kepada entri Kekok. Ni boleh dikatakan sebagai pelengkap tahun 2011 aku. So, selamat melayan nafsu masing masing! Eh?

Tengah dengar taklimat daripada salah seorang pegawai HEP.

Sound check lagu Muhasabah Cinta.

Giliran aku pulak!

Mata sepet baru bangun tidur.

Tak payah guna hair dryer sebab tiupan angin pon dah boleh buat rambut aku jadi macam tu.

Dia nak sikit tapi aku cakap tak boleh tak boleh. Sekian.

Tema dia hitam sama macam warna kerusi. Eh?

Tunggu nak dapat baju rasmi FESTKUM 2011.

Kamera ni apahal asyik ikut aku je?

Ada kamera la! Demikian dialog aku.

Ni senam seni kat Felda Adela.

Gelak gelak kurus.

Nak aiskrim? Eh? Ajak ajak ayam je la!

Aku tak tahu apa motif aku ambil gambar kat tangga ni.

They all baca blog aku! Ni jumpa kat Plaza Angsana.

Ni edisi tutup mata pulak.

Pilih la mana kau nak. Haha.

Terkejut tak? Aksi terkejut ni diambil kat Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Nama dia Gale Gale dan didatangkan khas dari Indonesia.

Bersama dengan pelajar pelajar dari Universitas Sumatra Indonesia.

Bajet sikit takpe kan?

Rock kapak tak gigi aku?

Dah habis dah FESTKUM 2011.

Tak habis habis dengan kamera kan?

I've started missing you guys!




potpetpotpet : Cukup tak gambar gambar kat atas ni?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com