Selasa, 9 April 2019

Pengalaman Tanam Anak Pokok Di Save Our Rainforest Race (SORR) 2019

Salam.


Alhamdulillah. Walaupun aku tak berapa sihat hari tu tetapi aku berjaya menamatkan larian Save Our Rainforest Race (SORR) 2019 ni. Haaa… Acara ni bukan sekadar larian semata-mata ya. Acara ini sebenarnya bertujuan mendidik para peserta dalam usaha memelihara dan memulihara hutan kita. Usaha yang sangat murni bukan? Tahniah diucapkan buat PEKA Malaysia.


Tak silap aku ini adalah merupakan tahun kedua SORR diadakan. Tahun lepas katanya SORR diadakan di Tanjong Malim, Perak. Dan tahun ini pula SORR diadakan di Ayer Keroh, Melaka. Sebagai anak jati Melaka, aku bangga dengan adanya acara seumpama ini. Sambil kita melakukan aktiviti menyihatkan tubuh badan, kita juga membantu usaha pihak penganjur dalam menyebarkan kesedaran memelihara dan memulihara hutan. 


5 Perkara Menarik Tentang SORR

#1 Sepasang sayap tak terlihat umpama mimpi yang tersimpan

Penyertaan peserta adalah secara berpasangan. Maksudnya tiada pendaftaran secara individu dalam acara ini. Haaa... Nak tak nak kau orang kena bersama sama melangkah ke garisan penamat. Sweet ke tidak?


#2 Kita berlari dan teruskan bernyanyi

SORR tidak menggalakkan semua peserta untuk berlari bagi acara ini. Serius? Serius! Pihak penganjur siap meletakkan beberapa banner yang menyatakan "NO RUNNING" di sepanjang laluan. Jadi? Tak payah nak lari sangat lah. Jalan saja!


#3 Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu

Ada 8 jenis cabaran yang disediakan bagi menyuntik elemen keseronokan. Pada pendapat aku, cabaran cabaran dia agak mudah dan menarik lebih lebih lagi bila cabaran itu memerlukan kita bekerjasama sebagai pasangan. 


#4 Bertanam tebu di pinggir bibir rebung berduri di hati

Kemuncak acara bagi SORR ini adalah tugasan menanam anak pokok! Sebelum mendapat menamatkan acara dan menerima pingat, setiap peserta perlu menanam anak pokok mengikut kawasan yang telah dibahagikan. Aku boleh kata antara pengalaman yang berharga dalam hidup aku bila aku dapat berbudi kepada tanah seperti ini.


#5 Panas panas panasnya mentari tak sepanasnya cinta ku ini

Laluan SORR hari itu adalah teduh dan terlindung daripada panas matahari. Haaa... Agak agak kenapa? Kerana ada pokok di kiri jalan dan di kanan jalan sepanjang laluan hari itu. Jadi udara yang kita orang sedut hari itu pun terasa segar dan penuh dengan oksigen. Haha!


Tak sabar untuk sertai SORR yang seterusnya. Tahun depan kat mana pula ya?

Jumaat, 13 Oktober 2017

Dato' Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan! Tahniah!

Salam.



Tahniah diucapkan! Dato' Siti Nurhaliza, 38 tahun, menerusi siaran langsung di laman instagram dan youtube rasmi miliknya telah mengumumkan bahawa beliau sedang hamil empat bulan! Alhamdulillah. Sempena ulang tahun perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza yang ke-11, beliau telah mendapat berita gembira tersebut, berita yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama.



Pada penghujung siaran langsung tersebut, Dato' Siti Nurhaliza dan suami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan beliau. Semoga urusan Dato' Siti Nurhaliza dipermudahkan hendaknya. Tahniah sekali lagi!

Isnin, 19 Jun 2017

Isteri Terima Range Rover Sebagai Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan!

Salam.


Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri ini yang telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10. Apa yang istimewanya ulang tahun perkahwinan kali ini? Haaa... Si suami telah menghadiahi si isteri dengan sebuah kereta Range Rover! Terkejut tak? Bukan main hadiah ulang tahun perkahwinan dorang. Tapi layak la kan? Dah 10 tahun dorang hidup bersama, hidup sebagai suami isteri. Lain la kalau belum ada ikatan yang sah, betul tak? Ehhh tu cerita lain. Haha! Semoga hubungan suami isteri ini dirahmati Allah dan bahagia sehingga ke nafas yang terakhir. Dan mungkin dah boleh rancang untuk menambah bilangan anak bagi memenuhi kuota tempat duduk dalam Range Rover tu. 


Nak hadiah juga!

Jumaat, 9 Jun 2017

Budak Lelaki Patut Diberi Duit Raya Lebih Daripada Budak Perempuan?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Puasa dah masuk hari ke-14. Pejam celik pejam celik kita dah hampir separuh jalan dalam menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan tahun ni. Tak lama lagi kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri. Ya. Antara hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak kat Malaysia ni. Sebab apa? Sebab duit raya! Cakap pasal duit raya ni, menurut lelaki tersebut di laman facebook miliknya, budak lelaki patut diberikan duit raya yang lebih banyak daripada budak perempuan sebagai persediaan awal untuk mengumpul duit hantaran akan datang. Budak perempuan pula tidak perlukan duit raya yang banyak kerana mereka yang akan meminta hantaran yang tinggi kelak. Haaa... Macam macam!


Tapi korang yang baca status tu jangan la serius sangat. Aku percaya status tu tak lebih daripada sekadar bergurau. Sah sah la duit raya tu nanti digunakan untuk shopping beli barang-barang yang budak-budak tu mahukan sejak sekian lama. Kalau nak menabung, makan tahun juga. Jadi duit raya la jalan paling cepat untuk mendapatkan semua tu. Takde maknanya nak simpan kumpul duit hantaran. Sah sah la kecil lagi nak fikir pasal kahwin. Hmmm... Tapi terdapat segelintir wanita yang tak berapa puas hati dengan kenyataan tersebut. Apa yang dorang tak puas hati tu? Jom kita baca serangan balas daripada segelintir kaum wanita.


Dah jangan gaduh gaduh. Hidup ni jangan nak serius sangat boleh tak?

Jumaat, 21 April 2017

Kucing Aku Baru Melahirkan 5 Ekor Anak Kucing

Salam.

Alhamdulillah. Akhirnya Lofa, satu-satunya kucing betina yang aku ada, telah selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang comel dan sihat pada 2 hari yang lepas. 3 ekor daripadanya adalah berwarna putih, manakala, dua ekor yang lain berwarna hitam. Aku pun dah tak ingat ini kali keberapa Lofa beranak. Produktif sungguh! Nasib baik la Lofa ni jenis pandai uruskan anak-anak kucing tu, daripada beranak sampai la boleh merangkak, buka mata, berjalan, memanjat, bergaduh dan berlari. Untuk pengetahuan korang, semua anak Lofa aku tak jaga tapi aku beri kat orang lain selepas anak-anak kucing tu berumur 2 bulan dan ke atas sebab sekarang ni aku dah ada 4 ekor kucing untuk dijaga. Aku rasa itu dah lebih daripada cukup.


Dah alang alang tu, aku berangan la buat photoshoot untuk anak-anak kucing ni. Walaupun Lofa dah pandang pandang jeling jeling je aku masa tu. Haha! Nasib baik dia dah kenal aku. Jadi dia faham kot aku nak update blog pasal anak-anak kucing ni. Boleh?





Semoga membesar dengan sihat. Dan semoga Lofa teruskan beranak. Kalau korang ada kucing yang sedang bunting atau menunggu masa untuk beranak, korang boleh rujuk entri kat bawah ni mana la tahu kucing korang mengalami masalah semasa beranak.

Selasa, 18 April 2017

Autisme - Kepentingan Kesedaran & Bagaimana Sains Membantu

Salam.

Autisme ini adalah merupakan sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan anak-anak yang kebiasaannya mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, seperti perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Anak-anak autisme sering mengalami masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami keadaan persekitaran.

Untuk itu, terdapat satu program yang memberikan kesedaran mengenai autisme, iaitu, "Autism Awareness Project 2.0" yang akan dijalankan pada 29 April 2017 ini. Program ini bakal mengupas mengapa kesedaran autisme itu penting dan bagaimana sains boleh membantu autisme.


Program anjuran The Children Project ini akan menampilkan panel jemputan hebat antaranya Dr Nazri Bajuri, Dr Azam Yunus dan Pn Rose Aniza. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan program anjuran The Children Project dengan kerjasama Scientists For Society ini. Perlu diingatkan bahawa tempat adalah terhad!

Pendaftaran program "Autism Awareness 2.0" pada 29hb April 2017 ini di Brainpot-The Cooler Space, Setia Alam, bermula jam 9:00 pagi hingga 5:15 petang. Untuk pendaftaran, anda boleh mengisi form dengan KLIK DI SINI.

Yuran penyertaan:
  • Early Bird: RM95/peserta (18-20 April)
  • Group: RM90/peserta
  • Pelajar: RM80/peserta
  • Normal: RM100/peserta

Sekiranya anda mengenali saudara-mara, sahabat handai, atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan autisme, tolong kongsikan maklumat mengenai program ini. Semoga kita semua akan beroleh manfaat melalui projek kesedaran autisme seperti ini.

Isnin, 10 April 2017

Selamat Timang Anak Sulung!

Salam.


Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 pagi, 9 April 2017, hari Ahad, adik aku telah selamat melahirkan cahaya mata sulung merangkap cucu kedua kepada ibu dan ayah kami. Syukur semua dipermudahkan. Akhirnya Nurul Ain dah ada kawan seperjuangan! Semalam pun bukan main baik hati nak suapkan baby tu dengan rempeyek yang dia makan. Bagus betul tak kedekut ye. Haha! 



Adik aku ni awal awal lagi dah ada nama untuk anak sulung dia ni. Untuk pengetahuan korang, anak sulung adik aku ni perempuan. Jadi sekarang ibu dan ayah aku dah ada dua orang cucu perempuan. Lelaki? Belum rezeki lagi. Mungkin yang tengah on the way tu kot. Ehem ehem ehem. Kepada adik aku, semoga jadi ibu yang terbaik sama seperti ibu kita selain daripada selamat berpantang, selamat kurus balik, selamat tak cukup tidur, selamat bangun tengah tengah malam, selamat membesarkan anak supaya menjadi yang solehah dan macam macam selamat lagi. Camtuh.

Jangan ada pula soalan tanya aku bila pula. Aku tak buka kaunter pertanyaan pun. Siapa tanya soalan macam tu, ketiak dia hitam. Haha! Tanya la kalau nak ketiak hitam.

Sabtu, 10 Januari 2015

Cara Membantu Kucing Beranak (Chiky Dah Beranak!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Chiky dah berjaya melahirkan empat ekor anak kucing hasil projek kahwin dengan Loki. Chiky sekarang kat rumah tuan dia, Nisa Kay. Hehe. Tapi tengok gambar-gambar yang Nisa Kay kirimkan, keempat-empat ekor anak kucing tu warna putih! Adeh. Kuat betul genetik Loki ye? Sepatutnya ada lagi seekor anak kucing yang ikut warna Chiky. Tapi malangnya, dia tak dapat diselamatkan waktu tu.

Loki (atas) dan Chiky (bawah).

Tadi Nisa Kay ada share artikel dengan aku pasal macam mana nak bantu kucing beranak. Memang artikel tu sangat bermanfaat terutamanya untuk orang-orang macam aku yang baru je berjinak-jinak dalam dunia kucing ni. Well, aku ni mana ada pengalaman jadi bidan terjun untuk kucing yang nak terberanak ni. Kalau korang nak baca artikel penuh, sila klik DI SINI. Lepas baca artikel dia, aku dah ringkaskan sikit beberapa tips untuk membantu kucing-kucing korang yang nak terberanak tu:
  1. Bukan semua kucing perlukan bantuan untuk beranak.
  2. Bawa kucing jumpa veterinar untuk diperiksa.
  3. Sediakan tempat khas untuk beranak - guna barang bersih, jauh daripada sebarang gangguan, letak berhampiran makanan, minuman dan bekas najis.
  4. Letak bekas bersih berhampiran untuk anak-anak baru lahir.
  5. Trim sikit bulu di bahagian belakang dan puting (untuk yang berbulu panjang).
  6. Tanda-tanda kucing dah bersedia untuk beranak:
    • gelisah, cari tempat gelap dan berbunyi bising
    • kerap menjilat badan - bahagian kemaluan
    • mencungap-cungap
    • mengiau sekuat hati
    • tidak berselera makan
    • muntah (kemungkinan)
    • melelehkan air jernih (ketuban), darah dari kemaluan
  7. Pastikan sarung/uri setiap anak dimakan/dibersihkan.
  8. Pastikan tali pusat dipotong.
  9. Bawa jumpa veterinar jika ibu kucing mengalami kesukaran menyusukan anak.
  10. Rekod butir kelahiran.

Detik Chiky melahirkan anak-anak kucing yang comel!
 
Tu je la serba sedikit tips membantu kucing beranak yang aku dapat daripada artikel tu. Lepas ni korang boleh la buat servis membantu kucing beranak dari rumah ke rumah. Hehe. Tak sabar nak jumpa anak-anak kucing Chiky dengan Loki tu. Harap keempat-empat anak kucing tu membesar dengan sihat dan comel.

Tak boleh usik! Kemain kedekut Chiky sekarang ni.

potpetpotpet : Adakah lepas ni giliran Lofa pulak?

Jumaat, 14 Mei 2010

Jangan Ingat Anak Korea Comel Sebab Anak Malaysia Lagi Comel.

Ke sana ke sini lari lari kecil bagai Siti Hajar mencari air wakakaka sila teka lagu apa jeng jeng jeng. Okay okay kalau tak tahu maka tak perlu tahu sebab tak penting. Semalam aku hantar my sis pergi buat x-ray dalam pukul berapa datok harimau? 10 pagi.

Then lepas selesai semua tu pergi pulak bank muamalat sebab nak beli baldi dan gayong kepala hangguk kau nak buka akaun la hahaha. Oh macam takde orang pulak kat bank muamalat tu adakah bank ini dibuka untuk dua tiga orang sahaja ops. Okay. My sis dapat tawaran belajar kat UIA maka dia kena guna akaun bank muamalat. Tahniah. Selesai semua. Kemudian kami bergerak ke McDonald's for lunch. Fuh. Tamat.

Eh eh sebelum tu nak tayang muka anak siapa la ni yang comel wakakaka. Anak bongsu baru 4 tahun maaa. Jangan ingat anak anak korea je yang comel anak anak malaysia pon comel jugak wah suka puji puji sendiri.











potpetpotpet: Subhanallah comel belaka.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com