Salam.
29 Januari 2017 (Ahad) aku sempat stay satu malam kat Container Hotel Ipoh. Lokasi dia memang betul betul kat tengah tengah bandar Ipoh tu. Siapa yang nak jalan jalan bandar Ipoh memang sesuai stay kat sini. Tapi kalau drive kereta sendiri, parking la kat mana mana yang berdekatan. Jangan risau, banyak je parking kat tepi tepi jalan tu. Cuma tanggung sendiri la. Container Hotel Ipoh ni memang takde ruang untuk parking pun.
Jadi aku nak review sikit Container Hotel Ipoh ni. Since ni bukan sponsor atau dibayar, aku boleh review jujur dengan sejujur jujurnya. Haha! Habis tu kalau dibayar, tak boleh jujur ke? Gurau je. Kita review berdasarkan pengalaman kita masa tu. Kalau okay, okay la. Kalau tidak, tidak la. So, kita mulakan dengan hal hal yang positif dulu ye? Antara yang positif:
- Ruang container sangat bersih dan kemas.
- Tilam dan bantal yang disediakan agak empuk dan sedap digunakan.
- Interior design yang moden dan minimal. Ambil gambar mana mana sudut pun cantik je.
- Bilik air memang cantik dan hipster. Ada shower rain pulak tu. Air pun kuat.
- Keselamatan agak ketat. Nak masuk setiap tingkat kena swipe kad bilik, nak pergi bilik air kena swipe kad bilik dan nak masuk container pun kena swipe kad bilik.
Seterusnya, kita tengok hal hal yang negatif pulak. Harap pihak Container Hotel Ipoh dapat ambil perhatian. Bajet dorang baca ke blog aku? Haha! Antara yang negatif:
- Setiap container takde pintu, takde kunci. Hanya tirai turun naik je yang ada. Jadi tak selamat sangat kalau nak tinggalkan apa apa barang kat dalam. Lepas tu tak boleh nak elak daripada bunyi bunyi bising kat luar tu. Memang agak bising jugak la bila ditempatkan sekali dengan keluarga yang ada anak-anak kecil tu. Tapi nak buat macam mana? Redha je la.
- WiFi disediakan tapi connection sangat lambat. Loading makan masa setahun dua. Akhirnya aku pakai data sendiri je.
- Tiada breakfast, tiada dapur. Tapi takde la nak risau sangat sebab ada banyak restoran dan cafe berdekatan.
- Locker kat bawah container aku tak berfungsi dan tak dapat digunakan. Jadi pekerja kat situ beri aku dua locker kat luar tu. Agak sempit ruang locker kat luar tu. Macam setakat muat untuk letak kasut je. A bit disappointed sebenarnya.
- Pekerja hari tu agak kurang mesra. Mungkin sebab penat ke apa, tapi tak perlu kot nak buat muka bila ditanyakan soalan.
- Bilik air dah cantik dan hipster. Tapi ada bilik air yang tersumbat sampai aku terpaksa tukar bilik air yang lain walaupun tak habis mandi lagi masa tu. Dan tak semua bilik air dilengkapi dengan hair dryer. Masa aku stay situ, cuma satu bilik air je ada hair dryer. Dah la bilik air tu kongsi, tapi satu bilik air je ada hair dryer? Tak patut langsung!
- Agak leceh bila nak ke mana-mana kena swipe kad bilik, terutamanya nak ke bilik air dan nak masuk semula container.
- Aircond tak cukup kuat, angin dia macam hidup segan mati tak mahu je.
Kesimpulannya, berbaloi atau tidak untuk stay kat Container Hotel Ipoh ni? Berbaloi kalau untuk stay satu dua hari. Tapi tak berbaloi kalau untuk stay lebih daripada dua hari. Sekadar untuk rasa pengalaman tidur kat dalam container, apa salahnya kan? Jadi siapa siapa yang nak stay Container Hotel Ipoh lepas ni boleh sebut nama blog aku Budak Lelaki Sebelah Pintu siap dengan url www.budaklelaki.com untuk nanti korang akan dapat pertanyaan balik haaa apa dia siapa tu. Haha! Korang ingat dapat diskaun ke tu? Bye.
Hai Zami, dh hidup balik ke blog ni? hahaha... :P
BalasPadam