Isnin, 7 Ogos 2017

Label Air Cincau Minuman Paling Teruk Di Dunia, Mat Salleh Ini Dikecam Netizen

Salam.


Tak sangka ramai juga peminat cincau kat Malaysia ni kan? Aku pun antara yang suka dengan cincau ni. Lagi lagi bila dicampurkan dengan air soya. Takpun dengan air teh susu! Tapi dengan kopi susu pun sedap juga kan? Ehhh... Apasal semua macam sedap je ni? Haha! Cincau ni boleh kata antara makanan yang popular kat Malaysia. Jadi sebab tu lah kebanyakan netizen dari Malaysia emosi tak boleh terima bila ada sorang mat salleh dari Dallas, Texas ni label air cincau sebagai minuman yang paling teruk kat dunia ni. Haaa... Tak pasal pasal mat salleh tu kena kecam lepas tu.


Mat salleh ni beritahu yang dia sanggup menahan lapar dan dahaga bermula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari eh niat puasa ke tu daripada minum air cincau ni.

Kat bawah ni pula ada yang beri nasihat kat mat salleh tu kalau tak suka tak payah lah nak beritahu satu dunia, fikir lah otak kau tu budak darjah tiga hormat sikit budak darjah lima.


 Haaa... Tak sangka mat salleh tu boleh faham bahasa Melayu?

Bila mat salleh fikir air cincau ni dibuat daripada rumput! Haha! 

Terpaksa beritahu yang air cincau tu bukan dibuat daripada rumput.

Ni dia kata kalau tak suka lantak lah tapi jangan label air cincau tu sebagai minuman yang paling teruk. Cuba tengok muka kau kat cermin tu elok ke tak tu mesti tak elok sangat kan tapi takde lah nak sampai label muka paling hodoh kat dunia betul tak? Ehhh... Ada kaitan ke ni?

Mat salleh ni pula kata dah nama minuman tu pun grass jelly sah sah lah tak sedap cuba letak nama ayam mee mesti rasa minuman tu automatik jadi sedap gila.


Ni antara kata-kata berbaur cacian, makian dan hinaan yang diterima oleh mat salleh tu. Aduh. Apasal serius sangat ni? Aku rasa agak keterlaluan juga bila dah sampai tahap mencarut tu. Relax lah, cincau je kot?


Ni ada yang siap beritahu kebaikan air cincau lagi. Gigih! Baru lepas google ke tu? Haha!

Tak puas hati kerana air cincau dikritik, netizen ni kritik makanan mat salleh pula.

Tapi aku setuju dengan tweet kat bawah ni. Semua orang ada benda yang dia tak suka, dia tak minat. Jadi rasanya tak payah nak emosi sangat lah bila mat salleh tu tak suka air cincau. 

Bila kali terakhir korang makan cincau atau minum air cincau ni?

Sumber: DI SINI

Selasa, 18 April 2017

Gelaran Azizulhasni Awang Pun Salah!

Salam.

Seorang netizen telah memuatnaik gambar papan tanda yang memaparkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni Awang sebagai anak Terengganu yang menjadi juara dunia baru-baru ini dalam Track Cycling World Championships di Hong Kong. Apa yang menjadi isu di sini, gelaran yang dinyatakan dalam papan tanda itu adalah Rocket Pocketman, sedangkan yang sebenarnya adalah Pocket Rocketman



Kesalahan gelaran itu mungkin nampak remeh tapi pada pendapat aku, gelaran itu sangat mustahak untuk papan tanda sebesar dan sepenting itu. Bukan susah nak dapatkan info dan maklumat yang betul sekarang ni. Semua ada kat hujung jari. Betul tak? Double-check please. Lepas ni tolong belajar daripada kesalahan dan kesilapan. Harap kesalahan dan kesilapan semalam tidak akan berulang lagi untuk hari-hari akan datang.

Khamis, 18 Julai 2013

(Lirik Lagu) Wali Band | Si Udin Bertanya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tertarik dengan lagu religi terbaru daripada Wali Band yang bertajuk Si Udin Bertanya. Tajuk lagu pun dah buat aku tertanya-tanya yang lagu ni sebenarnya pasal apa. Kenapa Udin? Kenapa tak Ashraf Muslim? Nampak tak permainannya di situ? Haha!

Masa pertama kali dengar lagu ni terus aku dapat tangkap ini sah lagu Wali Band. Tapi apa yang menarik dengan lagu ini ialah doa kebahagiaan dunia dan akhirat dijadikan sebagai korus. Alhamdulillah. InshaAllah lepas ni lebih ramai daripada kita dapat hafal doa kebahagiaan dunia dan akhirat ni.

Wali Band - Si Udin Bertanya

Si Udin datang kepadaku
Saat itu malam pukul tujuh
Dia bertanya doa bahagia
Ku jawab inilah doanya

Korus:
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Lalu esoknya si Udin lagi bertanya
Apa doa agar masuk surga
Dan ku jawab "ente banyaq tanya"
Baiklah ini pun doanya




potpetpotpet : Lagu religi terbaru daripada Ungu yang bertajuk Bila Tiba pun best!

Selasa, 18 Mei 2010

Bunkface - Phobia Phoney 2010.

Dah dengar album baru Bunkface? Phobia Phoney? Sedap kot nama album dorang haha teruja nak dengar. Nak tahu berapa budget for this album? Jeng jeng jeng RM 15,000 woi boleh beli banyak coklat ya banyak banyak banyak coklat haha. Eh eh album ni ada sepuluh lagu baru. Jom jom tinjau.




Bunk Anthem
Give me a B U N K F A C E wah adik adik belajar macam mana nak mengeja bunkface haha. Ya. Lagu ni sebagai lagu pembukaan bagi album ni. Quite interesting.


Prom Queen
Okay momentum lagu pertama tadi diteruskan lagi dengan lagu Prom Queen. Well sedap jugak. Sesuai dengan imej bunkface maka lagu ni jadi best.


Revolusi
Tak perlu kot nak beritahu pasal lagu ni. Rasa rasa ramai dah dengar lagu Revolusi. Inikah revolusi atau hanya ilusi bagaikan mimpi jadi realiti bantai je la kau buat lirik wakakaka. Lirik dia kabur sangat sangat ya maksud dia tak sampai.


Soldier
So far aku suka lagu Soldier ni. Tak seperti lagu lagu dia yang lain. Loved it!


Escape Dance
Dah start muzik dia semula cuma tukar lirik je boleh?


Dunia
Oh ni pun tak best mana tapi boleh la kot kalau nak dengar. Aku bimbangkan dunia tiada cahaya ku terima aku tentang segalanya moga kau akan turut serta.


Ekstravaganza
Catchy. But lirik entah apa apa. Seriously. Tak faham tak faham. Apa yang dimaksudkan dengan ekstravaganza dalam lagu tu?


Situasi
Great song from bunkface. Tahniah.


You And Me
Sweet pulak lagu ni. Ya. Simple and nice to listen. The story sings and the chemistry wins for both of us a dream.


Minute To The End
Okay la tu haha. Nak skip tak nak dengar pun boleh.



potpetpotpet: Bunkface sounds cool in English so stick to the status quo wakakaka.

Sabtu, 8 Mei 2010

Teka Teki Paling Susah Di Dunia. Ada Berani?

Teka teki. Jom kita main teka teki. Jom jom jom. Sekali sekala nak jugak menguji dan mengasah minda yang agak tumpul dan macam berkarat tu. Silakan untuk meneka jawapan. Jangan tiru jawapan orang lain tau. 

(1) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
Jawapan lain dia salah la.

(2) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Stoking tu basah la.

(3) Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

(4) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

(5) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Negaraku.

(6) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
Kentut.


Wow. Teringat zaman budak budak. Gila main teka teki sampai gaduh gaduh nak jugak jawapan masing masing betul. Tak boleh terima langsung kalau jawapan orang lain betul, jawapan kita salah. Tetap nak tegakkan benang yang basah!

Selasa, 27 April 2010

Aku Penghasot Hebat. Sila Buat Buat Gelak Jahat.

Wow. Tajok aku dah macam ada unsur unsur Cik Zara. Boleh? Okay. Back to the story. Aku tak tahu la aku ni good influence or not. Why? Aku dah berjaya menghasot tiga orang kawan aku.

 
Jeng jeng jeng. Hasot apakah? Adakah mencuri selipar selipar di masjid? Oh no no no. Aku hasot dengan setan kuasa lima supaya dorang buat blog! Buat blog! Buat blog! Buat blog! Ya sila buat muka terkejot berok konon konon aku beritahu berita paling dahsyat seperti Wan Maimunah menang Bintang Paling Popular ABPBH tahun 2020. Harap bersabar Wan Maimunah hoi. Lama lagi tahun 2020 tu.


And finally dorang dah ada blog. Sila sila bangga diri. HohO. Siapakah beliau beliau itu? Jeng jeng jeng sekali lagi. Klik pada nama dorang kalau kau berani. Kalau kau tak berani jugak, buat buat klik sambil tutup mata boleh? Boleh la boleh la boleh la.

 

Well. Dorang masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Aku pon baru jugak okay. Eh eh eh tak sampai setahon kot. Jom buat segmen tinjau meninjau blog dorang. Mungkin kau boleh berkongsi pendapat dan ideas with them. Why not kan? Plus, menambah lagi bilangan nombor dalam senarai kawan kau. Awesome!!!

potpetpotpet: Eh eh aku jugak berjaya menghasot dorang join Nuffnang dan Gengblogger. HohO~

Isnin, 26 April 2010

Kembang Kembang Tak Ingat Dunia.

Sila klik pada gambar kalau ada masalah mata. Sila sila.

Wow. Blog aku sudah mula stabil. Oh. Jadual kat atas ni merupakan jadual bertugas kelas 2 Mawar Plastik. HohO. Bukan bukan. Jadual tu adalah data statistik kunjungan ke blog Budak Lelaki Sebelah Pintu pada minggu lepas. Terima kasih terima kasih. Eh eh setiap kunjungan unik mencatatkan angka melebihi 250 secara purata. What an achievement!!! Terima kasih terima kasih.

Okay. Tanggal 20 April 2010 mencatatkan angka tertinggi iaitu terdapat 451 kunjungan unik. Manakala pada 24 April 2010 pula mencatatkan 261 kunjungan unik iaitu angka terendah pada minggu lepas. Well. Terima kasih terima kasih. I try my best to keep this blog alive.

potpetpotpet: Tanpa anda siapalah saya. Eh eh rasa macam sedang berdiri kat atas pentas. Mana trofi orang emas bogel tadi?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com