Jumaat, 28 April 2017

Kempen #SeringgitSatuKebaikan Taja Hidangan Buka Puasa Di Rumah Kebajikan

Salam.

Sempena pelancaran aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang lepas, kempen #SeringgitSeribuKebaikan turut dilancarkan. Kempen ini adalah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital.


Derma serendah RM1

Kita berpeluang memberikan sumbangan serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10 yang akan membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadhan akan datang ini. Juadah istimewa untuk berbuka puasa nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan akan ditaja hidangan berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut, iaitu, bermula hari Isnin sehingga hari Jumaat sepanjang 4 minggu dalam bulan Ramadhan.



Sumbangan secara atas talian

Tempoh kempen ini bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2017. Segala sumbangan adalah secara atas talian dan bukan dalam bentuk tunai. Jadi ada sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan? Haaa… Kalau berminat, dua cara untuk memberikan sumbangan adalah seperti di bawah:
Muat turun aplikasi JJCM dan kemudian cari iklan mengenai kempen #SeringgitSatuKebaikan dalam aplikasi tersebut. Klik ruangan iklan tersebut untuk memberikan sumbangan.
Untuk terus memberikan sumbangan, korang boleh klik DI SINI untuk terus ke laman web CJWowShop dan terus memberikan sumbangan. Mudah kan?

Kredit gambar: Nisa Kay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com