Isnin, 15 Mei 2017

Kek Green Tea Sedap Di Rekindle, Damansara Uptown

Salam.

Jam masa tu dah nak dekat pukul 11 malam. Aku nak lepak kopi kopi tapi tak tahu kat mana. Masa tu aku kat sekitar Ikea Damansara. Aku pun rujuk kat foursquare, tempat mana yang menarik dan masih buka sekarang ni. Tak kisah la mana mana asalkan bukan McDonald's! Haha! Dah muak sebenarnya dengan McDonald's. Akhirnya aku jumpa Rekindle yang terletak kat Damansara Uptown. Aku dah survey dan baca review kat foursquare. Memang kat Rekindle ni fokus kat desserts.

Aku terus waze ke Rekindle ni. Walaupun dah masuk tengah malam, cafe dia masih penuh dengan para pelanggan. Aku hampir tak dapat tempat duduk. Nasib baik masih ada ruang kosong. Terkejut juga bila tengok masih ramai orang makan kek tengah malam ni. Lepas belek satu persatu kek yang ada, aku pilih kek green tea, nama kek tu Green Tea Opera. Aku pun sebelum ni asyik pilih kek coklat je kan? Play safe orang kata. Kali ni aku memberanikan diri untuk pilih kek green tea. Matilah kalau tak sedap!

Tadaaa...


Tengok pun dah tahu sedap kan? Harga kek green tea ni RM10.90. Standard harga kek kat Secret Recipe sebenarnya. Tapi rasa dia? Memang sangat sedap! Aku memang recommend kek green tea kat Rekindle ni terutamanya peminat-peminat green tea kat luar sana tu. Wajib cuba! Aku jamin korang akan suka dengan kek green tea ni! Rasa pahit green tea yang mencukupi, kek tak terlalu manis dan rapuh di mulut. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar! Haha! Ni bukan entri berbayar tapi kenyataannya aku bayar sendiri semua makan minum aku kat sini. Sekadar berkongsi apa yang baik kat sini.


Siapa peminat green tea kat sini?

Jumaat, 28 April 2017

Kempen #SeringgitSatuKebaikan Taja Hidangan Buka Puasa Di Rumah Kebajikan

Salam.

Sempena pelancaran aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang lepas, kempen #SeringgitSeribuKebaikan turut dilancarkan. Kempen ini adalah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital.


Derma serendah RM1

Kita berpeluang memberikan sumbangan serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10 yang akan membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadhan akan datang ini. Juadah istimewa untuk berbuka puasa nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan akan ditaja hidangan berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut, iaitu, bermula hari Isnin sehingga hari Jumaat sepanjang 4 minggu dalam bulan Ramadhan.



Sumbangan secara atas talian

Tempoh kempen ini bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2017. Segala sumbangan adalah secara atas talian dan bukan dalam bentuk tunai. Jadi ada sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan? Haaa… Kalau berminat, dua cara untuk memberikan sumbangan adalah seperti di bawah:
Muat turun aplikasi JJCM dan kemudian cari iklan mengenai kempen #SeringgitSatuKebaikan dalam aplikasi tersebut. Klik ruangan iklan tersebut untuk memberikan sumbangan.
Untuk terus memberikan sumbangan, korang boleh klik DI SINI untuk terus ke laman web CJWowShop dan terus memberikan sumbangan. Mudah kan?

Kredit gambar: Nisa Kay

Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan Selesaikan Masalah Makan Mana & Makan Apa!

Salam.

Seperti biasa, antara soalan yang paling susah untuk dijawab di dunia pada hari ini ialah "nak makan kat mana?" dan "nak makan apa?". Tapi jangan risau sebab sekarang kita dah ada aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang dapat membantu kita untuk menjawab soalan-soalan seperti itu. Ya. Aplikasi JJCM telah dilancarkan secara rasmi pada 21 April 2017 yang lepas. Sebenarnya aplikasi JJCM ini telah lama boleh dimuat turun di Apple Store dan Play Store, sejak dari akhir tahun 2015. Untuk makluman, sehingga hari ini, lebih 250 ribu muat turun aplikasi JJCM telah dicatatkan.


Aplikasi JJCM ditambah baik dengan beberapa fungsi baharu

Jadi apa bezanya aplikasi JJCM yang dilancarkan ini dengan aplikasi JJCM yang sebelum ni? Haaa... Sempena pelancaran aplikasi JJCM ni, beberapa fungsi baharu telah dimasukkan. Fungsi baharu aplikasi JJCM adalah seperti di bawah.
  • Tawaran diskaun dan potongan sehingga 70%
Pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan diskaun dan potongan bagi restoran terpilih menerusi paparan "Offpeak Deals" yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
  • Tempahan
Tiada lagi beratur panjang dan menunggu masa lebih lama. Macam mana nak buat tempahan? Haaa… Kita hanya perlu masukkan nombor telefon bimbit dan seterusnya tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Pengesahan tempahan akan dihantar menerusi email. Tapi paling penting? Tiada caj tambahan dikenakan!




Aplikasi JJCM turut memberikan info menarik di samping tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi JJCM sebelum ini. Di samping itu, fungsi carian berdekatan pula membantu kita melihat senarai restoran berhampiran dengan kedudukan GPS kita. Sekali lagi diingatkan bahawa aplikasi JJCM ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store. Apa tunggu lagi? Muat turun sekarang!

Pada masa yang sama, Kempen #SeringgitSatuKebaikan turut dilancarkan. Haaa... Apa tu? Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar: Nisa Kay

Khamis, 20 April 2017

Senarai Lebih 10 Tempat Makan Menarik Di Penang Yang Wajib Singgah

Salam.

Siapa la yang tak suka makan kan? Lagi lagi Penang yang boleh dikatakan antara syurga makanan di Malaysia ini. Antara makanan yang popular di Penang ialah laksa, cendol, nasi kandar dan pasembur. Tidak lengkap rasanya jika kita ke Penang tapi tidak merasai semua makanan tersebut. Jadi di sini aku kongsikan tempat-tempat makan wajib singgah yang sedap dan best di Penang.


Untuk entri kali ini, aku rujuk kawan aku, Naim, yang sempat berkongsikan tempat-tempat makan sedap di Penang semasa dia berjalan kat sana bulan lepas dengan kawan-kawan dia yang lain. Dah alang alang kat sana tu, dia pergi ke tempat-tempat makan yang sedap dan best di Penang. Aku yakin dengan pilihan dan selera Naim ni sebab dia memang suka kalau bab bab makan ni. Muka dia pun dah macam pinggan yang sumbing tu. Haha! Gurau la Naim. Lagipun dia dah duduk di Penang hampir 5 tahun sebab belajar kat situ. Jadi tak mustahil dia tahu tempat-tempat makan yang sedap di Penang ni.

Senarai 11 tempat makan sedap dan best di Penang:

1.   Laksa 3 Serangkai


Klik di sini untuk maklumat lanjut.

2.   Cucur Udang Mengkuang Titi



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

3.   Penang Road Famous Cendol & Ice Kacang (Loh)



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4.   Char Kuey Teow Kg Pelet



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

5.   Burger Boy Penanti



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

6.   Nasi Kandar Beratur



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

7.   Pasembur Gurney Hawker Centre



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

8.   Roti Bakar Transfer Road



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

9.  Fresh Juice Tropical Fruit Farm



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

10.  Mee Goreng Sotong Padang Kota



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

11.  Nasi Kandar Deen Jelutong


Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jom kita buat road trip ke Penang? Tapi jangan lupa timbang berat sebelum dan selepas jalan jalan cari makan di Penang nanti. Kita tengok berapa kilogram bertambah. Haha!

Isnin, 9 Julai 2012

Sambut Hari Jadi Di Pizza Hut - Untuk Ayah Atau Husna?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Hari Sabtu baru-baru ni kami sekeluarga sempat celebrate hari lahir ayah lebih awal daripada sepatutnya. Hari lahir ayah 12 Julai ini. Tapi kami sambut awal sebab kebetulan semua ahli keluarga kami ada kat rumah pada hujung minggu tu. Nak sambut 12 Julai tu memang tak dapat la kan. Bob ada kat UiTM Shah Alam. Ika ada kat UIA. Adik ada kat UKM. Ayah, ibu, aku, Nana dengan Husna je yang ada kat rumah. Tak best la kalau tak cukup ahli.


Kalau bawa Husna ni keluar makan, tempat dia tak lain tak bukan Pizza Hut la. Husna suka sangat dengan sup cendawan Pizza Hut. Nak tak nak, setuju je la dengan pilihan Husna. Kalau bawa tempat lain, takut dia tak makan pulak ni. Siapa yang susah? Satu keluarga juga yang susah. Tu belum aksi-aksi merajuk dia yang berada dalam kategori 18SG! Dan 18SG tu takde kena mengena dengan MSG. Kbai.






Kami pilih the latest promotion from Pizza Hut, Chicken Cheesy Bites Steak pizza. Honestly, kami tunggu hampir sejam untuk pizza ni sampai. Aku tak tahu apa yang special sangat pizza ni sampai nak kena tunggu lama macam tu. Mungkin nak kena tunggu all ingredients jatuh daripada langit kot? Haha. Okay. Macam mana dengan rasanya? Bagi aku, Pizza Hut pernah hasilkan pizza yang lagi sedap daripada Chicken Cheesy Bites Steak pizza ni. Tapi tak salah untuk mencuba kan? Lain orang, lain lidahnya.




Eh. Ni entri pasal Pizza Hut ke hape? Patut entri ni special untuk ayah aku. Haha. Okay. Kepada ayah, kami sekeluarga mendoakan ayah sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Eh. Ringkas je? Nak panjang panjang ada dalam doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT.



potpetpotpet : Ayah hero aku!

Sabtu, 1 Mei 2010

Biarpun Tak Sepopular Gadis Terbilang Dan Miss Lolly Apatah Lagi Cik Epal.



Wow. Gadis Terbilang. Miss Lolly. Cik Epal. Tiga gadis belum kahwin tapi dah ada bf masing masing kot ni memang hebat dalam dunia blog. Kagom kagom. Nak mintak sain boleh? HohO. Well. Aku nak berkongsi dengan korang antara blog blog best. In my opinion la. Eh eh bukan blog tiga dara pingitan tu. Bukan bukan. So apalagi kalau sesiapa belom pernah meninggalkan jejak kat blog blog ni sudi sudi la singgah kejap. Tak kena bayar pon. Jom jom jom kita melalak memekik melolong kat blog blog dorang. Padan muka hahaha kepada empunya blog blog kat bawah ni.



 

Aku suka mengintai dari tirai kamar blog dia. Lebih lebih lagi kalau dia buat entri pasal makanan. HohO. Dia merupakan bakal pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan tahun 2012. Hebat tak aku menipu? Okay. Dia gemar makan kat luar sampai bersepah sepah tempat dia dah pergi. Dan kalau kau tiba tiba nak makan mana mana boleh la rujuk dia. Dia jugak rajin review album album baru yang terdapat di pasaran. Local and international too. Selain tu, dia selalu upload gambar gambar Aiman. Erk. Siapakah Aiman? Jeng jeng jeng. Apalagi jom singgah blog dia. Blog ni betol betol cukup rasa.



 

Aku suka blog dia. Cute. Dan the most important thing is blog dia gila kelakar! Betol betol betol. Aku tak berhenti gelak gelak kalau baca blog dia. Kalau aku baca entri dia hari ini aku boleh gelak gelak sampai minggu depan. Gila. HohO. Tapi dia jarang update. Kadang kadang. Busy maybe. But still aku suka baca cerita dia. Kalau nak singgah blog dia sila pastikan kau sihat walafiat. Aku takot kau sempot nanti tak pasal pasal innalillah sebab gelak gelak secara berlebihan.




Oh. Sila teka. Lelaki atau perempuan? Jeng jeng jeng. Kalau nak tahu kena singgah blog ni okay. First, jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu. Ya. Aku tak tahu. By the way, this is another good blog. Gaya penulisan dia comel. Sebab? Setiap entri ada nada nada puitis. Nice job dear. Menangis sipu sipu. HohO. Another Zara in the making maybe? Tapi dia jugak ada gaya tersendiri. Unik. Well. Jangan lupa singgah blog ni.


potpetpotpet: Okay. That's all for now. Takot jugak aku merepek panjang panjang tapi takde orang nak baca. Kesian aku. HohO. Selamat memeriahkan industri blog kawan kawan.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com