Isnin, 15 Mei 2017

Kek Green Tea Sedap Di Rekindle, Damansara Uptown

Salam.

Jam masa tu dah nak dekat pukul 11 malam. Aku nak lepak kopi kopi tapi tak tahu kat mana. Masa tu aku kat sekitar Ikea Damansara. Aku pun rujuk kat foursquare, tempat mana yang menarik dan masih buka sekarang ni. Tak kisah la mana mana asalkan bukan McDonald's! Haha! Dah muak sebenarnya dengan McDonald's. Akhirnya aku jumpa Rekindle yang terletak kat Damansara Uptown. Aku dah survey dan baca review kat foursquare. Memang kat Rekindle ni fokus kat desserts.

Aku terus waze ke Rekindle ni. Walaupun dah masuk tengah malam, cafe dia masih penuh dengan para pelanggan. Aku hampir tak dapat tempat duduk. Nasib baik masih ada ruang kosong. Terkejut juga bila tengok masih ramai orang makan kek tengah malam ni. Lepas belek satu persatu kek yang ada, aku pilih kek green tea, nama kek tu Green Tea Opera. Aku pun sebelum ni asyik pilih kek coklat je kan? Play safe orang kata. Kali ni aku memberanikan diri untuk pilih kek green tea. Matilah kalau tak sedap!

Tadaaa...


Tengok pun dah tahu sedap kan? Harga kek green tea ni RM10.90. Standard harga kek kat Secret Recipe sebenarnya. Tapi rasa dia? Memang sangat sedap! Aku memang recommend kek green tea kat Rekindle ni terutamanya peminat-peminat green tea kat luar sana tu. Wajib cuba! Aku jamin korang akan suka dengan kek green tea ni! Rasa pahit green tea yang mencukupi, kek tak terlalu manis dan rapuh di mulut. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar! Haha! Ni bukan entri berbayar tapi kenyataannya aku bayar sendiri semua makan minum aku kat sini. Sekadar berkongsi apa yang baik kat sini.


Siapa peminat green tea kat sini?

Jumaat, 28 April 2017

Kempen #SeringgitSatuKebaikan Taja Hidangan Buka Puasa Di Rumah Kebajikan

Salam.

Sempena pelancaran aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang lepas, kempen #SeringgitSeribuKebaikan turut dilancarkan. Kempen ini adalah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital.


Derma serendah RM1

Kita berpeluang memberikan sumbangan serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10 yang akan membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadhan akan datang ini. Juadah istimewa untuk berbuka puasa nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan akan ditaja hidangan berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut, iaitu, bermula hari Isnin sehingga hari Jumaat sepanjang 4 minggu dalam bulan Ramadhan.



Sumbangan secara atas talian

Tempoh kempen ini bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2017. Segala sumbangan adalah secara atas talian dan bukan dalam bentuk tunai. Jadi ada sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan? Haaa… Kalau berminat, dua cara untuk memberikan sumbangan adalah seperti di bawah:
Muat turun aplikasi JJCM dan kemudian cari iklan mengenai kempen #SeringgitSatuKebaikan dalam aplikasi tersebut. Klik ruangan iklan tersebut untuk memberikan sumbangan.
Untuk terus memberikan sumbangan, korang boleh klik DI SINI untuk terus ke laman web CJWowShop dan terus memberikan sumbangan. Mudah kan?

Kredit gambar: Nisa Kay

Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan Selesaikan Masalah Makan Mana & Makan Apa!

Salam.

Seperti biasa, antara soalan yang paling susah untuk dijawab di dunia pada hari ini ialah "nak makan kat mana?" dan "nak makan apa?". Tapi jangan risau sebab sekarang kita dah ada aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang dapat membantu kita untuk menjawab soalan-soalan seperti itu. Ya. Aplikasi JJCM telah dilancarkan secara rasmi pada 21 April 2017 yang lepas. Sebenarnya aplikasi JJCM ini telah lama boleh dimuat turun di Apple Store dan Play Store, sejak dari akhir tahun 2015. Untuk makluman, sehingga hari ini, lebih 250 ribu muat turun aplikasi JJCM telah dicatatkan.


Aplikasi JJCM ditambah baik dengan beberapa fungsi baharu

Jadi apa bezanya aplikasi JJCM yang dilancarkan ini dengan aplikasi JJCM yang sebelum ni? Haaa... Sempena pelancaran aplikasi JJCM ni, beberapa fungsi baharu telah dimasukkan. Fungsi baharu aplikasi JJCM adalah seperti di bawah.
  • Tawaran diskaun dan potongan sehingga 70%
Pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan diskaun dan potongan bagi restoran terpilih menerusi paparan "Offpeak Deals" yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
  • Tempahan
Tiada lagi beratur panjang dan menunggu masa lebih lama. Macam mana nak buat tempahan? Haaa… Kita hanya perlu masukkan nombor telefon bimbit dan seterusnya tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Pengesahan tempahan akan dihantar menerusi email. Tapi paling penting? Tiada caj tambahan dikenakan!




Aplikasi JJCM turut memberikan info menarik di samping tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi JJCM sebelum ini. Di samping itu, fungsi carian berdekatan pula membantu kita melihat senarai restoran berhampiran dengan kedudukan GPS kita. Sekali lagi diingatkan bahawa aplikasi JJCM ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store. Apa tunggu lagi? Muat turun sekarang!

Pada masa yang sama, Kempen #SeringgitSatuKebaikan turut dilancarkan. Haaa... Apa tu? Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar: Nisa Kay

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com