Jumaat, 7 April 2017

Tips Kurus | Cara Turun Berat Badan Dengan Mudah dan Berkesan

Salam.

Siapa la yang tak nak turunkan berat badan kalau baju atau seluar tiba-tiba dah ketat, tiba-tiba dah tak muat? Haaa... Ni pun salah satu masalah yang aku hadapi sekarang ni. Nak tak nak, aku terpaksa turunkan berat badan juga. Kalau tak, terpaksa beli baju atau seluar baru. Duit tu! Kalau baju atau seluar tu tumbuh kat pokok pisang luar rumah aku tu, aku tak kisah sangat. Dah alang alang aku nak turunkan berat badan ni, aku kongsikan sekali hasil pembacaan aku setakat ni. 3 faktor utama yang membantu untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut:

1. Diet
Sumber di sini.
  • Elakkan makanan atau minuman yang bergula
  • Kurangkan pengambilan nasi atau gunakan beras perang
  • Elakkan makanan bergoreng atau berminyak
  • Kurangkan makanan yang telah diproses atau makanan segera
  • Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran (pelbagai warna)
  • Sentiasa minum air masak
  • Makan 5 kali sehari dengan portion yang kecil
  • Makan pada waktunya

2. Sukan & Riadah
Sumber di sini.
  • Gym, bola sepak, badminton, workout, jogging, zumba, kardio dan sebagainya

3. Tekad
Sumber di sini.
  • Niat
  • Rajin dan buang sikap malas
  • Paksa diri

Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, bagi menurunkan berat badan, lebih kurang 80% adalah bergantung kepada diet kita, bagaimana kita menjaga pemakanan kita, apa yang kita makan, apa yang kita minum dan selebihnya adalah bergantung kepada sukan dan riadah. Nampak tak? Diet tu sangat penting. Dan diet tu bukan bermaksud tak makan atau tak minum langsung. Diet tu bermaksud gaya pemakanan kita, apa yang kita makan, apa yang kita minum. Jadi gaya pemakanan kita memainkan peranan utama dalam menurunkan berat badan. Bersukan atau beriadah pula akan membantu kita mendapatkan bentuk tubuh badan yang lebih mantap di samping otot yang lebih pejal. Secara tak langsung bentuk tubuh badan kita akan lebih menarik dan sihat.

Pada mereka yang ingin menurunkan berat badan, boleh fokus kepada diet dulu, kemudian sukan dan riadah. Kalau nak buat serentak pun tiada masalah. Apa-apa pun ikut la kemampuan diri sendiri, jangan sampai jatuh sakit pula semata-mata nak kurus dengan cepat. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com