Rabu, 14 Jun 2017

Tanda-Tanda Awal Kanser - Dapatkan Nasihat Doktor Jika Mengalami Simptom Ini

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Siapa tak gerun dengan kanser? Kanser ini adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan dan berpunca daripada kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik.

Kanser sebenarnya bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Sel tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang pada setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Jika sistem imun mereka tidak berfungsi dengan baik, maka, mereka berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi. Menurut Dr. John Bailar, bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika, pertahanan sistem imun kita perlu dikalahkan untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang. Hal ini kerana sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir kita daripada penyakit kanser.

Jadi mari kita lihat antara tanda-tanda awal beberapa jenis penyakit kanser supaya kita lebih berjaga-jaga dan segera untuk mendapatkan nasihat doktor.

Kanser pangkal rahim
  • sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa
  • sakit selepas bersenggama
  • turun berat badan

Kanser payudara
  • bengkak atau gumpalan di buah dada
  • keluar cairan berdarah dari puting
  • pembesaran kelenjar di ketiak
  • kedutan pada kulit di buah dada

Kanser paru-paru
  • batuk kuat berterusan
  • batuk berdarah
  • nafas termengah-mengah
  • sakit dada
  • hilang berat badan

Kanser perut
  • hilang berat badan
  • muntah berdarah
  • sistem pencernaan yang tidak teratur
  • cepat kenyang walaupun makan sedikit

Kanser limpa
  • sakit di bahagian abdomen
  • hilang selera makan
  • turun berat badan
  • kulit dan mata menjadi kuning
  • bahagian abdomen membengkak

Kanser ovari
  • haid tidak teratur
  • tumbuhan keras di bahagian abdomen
  • sakit semasa bersenggama
  • ketumbuhan bulu rambut yang melampau
  • suara menjadi lebih mendalam

Kanser otak
  • sakit kepala
  • muntah-muntah
  • gangguan penglihatan
  • lemah atau lumpuh
  • pening atau pitam
  • pelupa
  • perubahan personaliti

Kanser prostat
  • sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

Kanser darah (leukimia)
  • letih
  • pucat
  • mudah lebam
  • mudah mendapat jangkitan

Kanser tekak
  • suara garau atau serak
  • ada ketumbuhan di tekak
  • sukar menelan
  • kelenjar membengkak di leher


Sekiranya korang mengalami simptom simptom seperti kat atas ni, segeralah dapatkan nasihat doktor. Okay? Tapi aku mendoakan agar kita semua kita terhindar dan dijauhkan daripada penyakit kanser ni.

Sumber: DI SINI

1 ulasan:

  1. memang takut kalau dengar kanser ni. dalam bulan ramadhan ni, ramai yang meninggal masa bulan mulia ni. Alhamdulillah penderitaan mereka dah berakhir dengan pengakhiran di bulan mulia. kita pula? semoga dipermudahkan setiap saat kehidupan kita. Aamiin..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com