Isnin, 17 Julai 2017

Penyewa Kelantan Pengotor? Gambar Rumah Selepas Disewakan Kepada Pelajar!

Salam.

Agak agak macam mana rupa rumah yang disewakan kepada empat orang pelajar lelaki selama satu semester? Haaa... Menurut seorang netizen, sebuah rumah milik kakaknya telah disewakan kepada empat orang pelajar lelaki, seorang daripada Kuala Lumpur dan tiga orang lagi daripada Kelantan. Turut dinyatakan, mereka baru je menyewa satu semester tapi keadaan rumah tu dah macam bertahun-tahun ditinggalkan. Sampah sarap bersepah kat belakang rumah, sofa sebelum ni elok je boleh jahanam, tandas kotor macam seribu tahun tak cuci dan meja makan penuh dengan sisa serta kotoran. Aku tak tahu la jenis manusia apa yang duduk kat rumah ni. Tak percaya? Tengok gambar-gambar yang dikongsikan kat bawah ni.






Netizen itu kemudian membandingkan bilik yang didiami oleh pelajar daripada Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar daripada Kelantan. Katanya bilik pelajar daripada Kuala Lumpur tu bersih dan kemas, lantai siap beralaskan tikar getah. Hmmm... Tapi masalah penyewa-penyewa ni bukan setakat pengotor je, sewa bulanan pun liat nak bayar. Macam-macam alasan diberikan. Atas dasar perikemanusiaan, tuan rumah beri kelonggaran. Tapi lepas tengok keadaan rumah yang disewakan, semua pelajar tadi telah diusir keluar. Ye la. Siapa yang tak geram, marah, geli dan jijik tengok keadaan rumah kotor gila sampai macam tu?


Tapi pengotor ni bukan label untuk negeri-negeri tertentu. Aku percaya ramai lagi orang-orang Kelantan yang pembersih dan tak mengambil kesempatan macam pelajar-pelajar kat atas ni. Pengotor ni sebenarnya sikap individu. Kalau dia dah pengotor, pengotor la dia tak kira dari mana dia datang. Apa apa pun tabah je la menghadapi penyewa-penyewa yang tak reti nak jaga rumah. 

Sumber: DI SINI

4 ulasan:

  1. Dasyat punye pengotor... aduii.. geli oh!!

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 23, 2017

    Mohon maaf,hakikatnya org klntn mmg sgt2 pengotor....x kira llaki @ ppuan sma je,diorg x suka mngemas rmah....mmg bkn smua pngotor,ttp hampir smua

    BalasPadam
  3. Berdasarkan pengalaman di universiti dulu, mmg rata2 rmh bersepah, kotor...penyewa dia ore kelate..xtahu la nape. Mcm pelik.Islam ajar kebersihan semua ni.Dimana silapnya, garu kepala dibuatnya.Muka cantik, hot lagi. Tapi bab kebersihan fail.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com