Isnin, 17 Julai 2017

Penyewa Kelantan Pengotor? Gambar Rumah Selepas Disewakan Kepada Pelajar!

Salam.

Agak agak macam mana rupa rumah yang disewakan kepada empat orang pelajar lelaki selama satu semester? Haaa... Menurut seorang netizen, sebuah rumah milik kakaknya telah disewakan kepada empat orang pelajar lelaki, seorang daripada Kuala Lumpur dan tiga orang lagi daripada Kelantan. Turut dinyatakan, mereka baru je menyewa satu semester tapi keadaan rumah tu dah macam bertahun-tahun ditinggalkan. Sampah sarap bersepah kat belakang rumah, sofa sebelum ni elok je boleh jahanam, tandas kotor macam seribu tahun tak cuci dan meja makan penuh dengan sisa serta kotoran. Aku tak tahu la jenis manusia apa yang duduk kat rumah ni. Tak percaya? Tengok gambar-gambar yang dikongsikan kat bawah ni.






Netizen itu kemudian membandingkan bilik yang didiami oleh pelajar daripada Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar daripada Kelantan. Katanya bilik pelajar daripada Kuala Lumpur tu bersih dan kemas, lantai siap beralaskan tikar getah. Hmmm... Tapi masalah penyewa-penyewa ni bukan setakat pengotor je, sewa bulanan pun liat nak bayar. Macam-macam alasan diberikan. Atas dasar perikemanusiaan, tuan rumah beri kelonggaran. Tapi lepas tengok keadaan rumah yang disewakan, semua pelajar tadi telah diusir keluar. Ye la. Siapa yang tak geram, marah, geli dan jijik tengok keadaan rumah kotor gila sampai macam tu?


Tapi pengotor ni bukan label untuk negeri-negeri tertentu. Aku percaya ramai lagi orang-orang Kelantan yang pembersih dan tak mengambil kesempatan macam pelajar-pelajar kat atas ni. Pengotor ni sebenarnya sikap individu. Kalau dia dah pengotor, pengotor la dia tak kira dari mana dia datang. Apa apa pun tabah je la menghadapi penyewa-penyewa yang tak reti nak jaga rumah. 

Sumber: DI SINI

Ahad, 30 Januari 2011

Ini Bukan Blog Penat!



Haip. Aku baru bangon tidur ni beb. Dasat dasat. Entah pukul berapa aku nak tidur balik ni? Aku pon tak tahu la. Ada kemungkinan lepas aku update blog ni aku terus sambung tidur balik. Erk. Kalau betul, kira aku sanggup bangun semata-mata nak update blog la kan? Wow! Kau boleh? Kau tak boleh kan? Sila jeles sekarang. Bukan senang nak jumpa blogger comel macam aku. Cehhh … Tiba tiba berlagak tak bertempat. Memang dasar blogger comel! =.= 


Aku penat la beb. Memang tak habis habis penat ni. Aku tahu korang mesti dah cop blog aku ni sebagai blog penat. Sila sila. Aku memahami beb. Dah berapa entri sebelum sebelum ni aku asyik cakap penat penat penat. Korang boleh mengeluh sekarang. Hurmmm ... Tadi aku gi Seremban lagi. Nak settle pasal rumah sewa ni haaa. Dan syukur alhamdulillah ... Semua dah settle beb! Gumbira hati sampai tidak terketawakan. Aku dah tak perlu nak risau lagi. Terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu sepanjang proses pencarian rumah sewa ni berlangsung. You know who you are! :')


Aku bajet nak masuk rumah sewa dalam 3hb ni. Nak tahu kat mana rumah sewa tu? Kat Taman Bukit Margosa!!! Terkejut tak terkejut tak? Siapa orang Seremban, tahu kot. Siapa bukan orang Seremban, boleh buat buat tahu okay? Macam tak biasa kan? Dah dah. Bye! XD



potpetpotpet : Sampai demam ni beb! T.T

Khamis, 27 Januari 2011

Apabila Aku Penat Tapi Aku Tetap Nak Update Blog!



Aku penat gile babas hari ni. Aku shopping baju kemeja, baju t-shirt, seluar jeans, beg dan lain lain tadi. Aku keluar rumah lebih kurang pukul 3 petang. Sampai rumah? Pukul 11 malam beb! Bajet rock la balik malam malam. Padahal? Baru pukul 11 malam kot. Adeh. Aku penat ni. Aku penat ni. Aku penat ni. Tu je kot aku dapat taip buat masa sekarang. Esok? Awal awal pagi lagi aku dah gi Seremban. Nak tengok tengok lokasi sekolah tempat aku praktikal, nak tengok tengok kawasan rumah sewa, nak tengok tengok keadaan jalan raya dan macam macam benda la nak kena tengok tengok. Tak terfikir kepala hotak aku ni. Esok esok je la fikir. Boleh? See? Aku dah mula busy. Korang bawak bawak bersabar ye. :)



potpetpotpet : Blog mungkin terabai sedikit lepas ni? T.T

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com