Isnin, 17 Julai 2017

Penyewa Kelantan Pengotor? Gambar Rumah Selepas Disewakan Kepada Pelajar!

Salam.

Agak agak macam mana rupa rumah yang disewakan kepada empat orang pelajar lelaki selama satu semester? Haaa... Menurut seorang netizen, sebuah rumah milik kakaknya telah disewakan kepada empat orang pelajar lelaki, seorang daripada Kuala Lumpur dan tiga orang lagi daripada Kelantan. Turut dinyatakan, mereka baru je menyewa satu semester tapi keadaan rumah tu dah macam bertahun-tahun ditinggalkan. Sampah sarap bersepah kat belakang rumah, sofa sebelum ni elok je boleh jahanam, tandas kotor macam seribu tahun tak cuci dan meja makan penuh dengan sisa serta kotoran. Aku tak tahu la jenis manusia apa yang duduk kat rumah ni. Tak percaya? Tengok gambar-gambar yang dikongsikan kat bawah ni.






Netizen itu kemudian membandingkan bilik yang didiami oleh pelajar daripada Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar daripada Kelantan. Katanya bilik pelajar daripada Kuala Lumpur tu bersih dan kemas, lantai siap beralaskan tikar getah. Hmmm... Tapi masalah penyewa-penyewa ni bukan setakat pengotor je, sewa bulanan pun liat nak bayar. Macam-macam alasan diberikan. Atas dasar perikemanusiaan, tuan rumah beri kelonggaran. Tapi lepas tengok keadaan rumah yang disewakan, semua pelajar tadi telah diusir keluar. Ye la. Siapa yang tak geram, marah, geli dan jijik tengok keadaan rumah kotor gila sampai macam tu?


Tapi pengotor ni bukan label untuk negeri-negeri tertentu. Aku percaya ramai lagi orang-orang Kelantan yang pembersih dan tak mengambil kesempatan macam pelajar-pelajar kat atas ni. Pengotor ni sebenarnya sikap individu. Kalau dia dah pengotor, pengotor la dia tak kira dari mana dia datang. Apa apa pun tabah je la menghadapi penyewa-penyewa yang tak reti nak jaga rumah. 

Sumber: DI SINI

Ahad, 30 Jun 2013

Dunia & Akhirat - Siang Tonton Wayang, Malam Baca Yasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jadual penuh semalam. Rasa macam YB baru menang pilihan raya. Heh. Hari Sabtu dimulakan dengan menonton wayang filem kartun super duper comel Despicable Me 2. Aku tengok dengan Adie dan Kmel. Kagum dengan diri sendiri sebab tengok wayang awal macam ni. Macam tak pernah buat je sebelum ni? Ni semua sebab aku kena balik sebelum masuk waktu maghrib sebab aku akan berubah jadi tak berapa hensem lepas tu. Bajet cinderella? Haha! Takde la. Lepas maghrib kat kampung belah ayah aku ada majlis bacaan yaasin dan tahlil.
Filem Despicable Me 2 ni aku bagi 4 bintang daripada 5. Apa yang menarik dengan filem ni? AGNES dan MINIONS! Haha. Sebab dorang terlalu comel. Kalau dorang takde dalam filem ni, filem ni mungkin tak menjadi. Pada aku, plot cerita dia kali ni tak fresh macam dah pernah lihat plot macam ni. So far filem kartun paling best dan berjaya untuk tahun ni ialah The Croods. Ala yang lagu tema dia Yuna nyanyi dengan Owl City tu.

Lepas wayang, kitorang tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah dulu. Lepas tu baru kitorang pergi lunch. Seperti biasa, nak decide lunch kat mana ni lah keputusan yang paling susah untuk dibuat dalam hidup ni. Last last kami masuk Garden Recipe sebab tak pernah makan kat sini. Aku order Grilled Salmon bersama Spaghetti Carbonara. Minum pulak Chinese Tea. Rasa macam terlebih sihat je lepas lunch semalam. Boleh camtuh?
 

Lepas lunch, window shopping kejap. Kmel sempat grab two new shirts, Adie pulak sempat grab sepit rambut untuk adik perempuan dia. Aku? Tak sempat grab apa apa pun. Haha! Dah habis window shopping, semua balik ke sarang masing masing.

Sebelum maghrib aku dah sampai kat kampung belah ayah aku. Dekat je dengan rumah aku. Eh. Ada satu benda yang menarik perhatian mata aku! Cuba tengok motorcross abang sepupu aku kat bawah ni. Pink tuh! Ala tomei tomei.


Alhamdulillah. Lepas solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil pun dimulakan. Pak Long jadi imam malam tu. Walaupun tak semua dapat hadir tapi bersyukur kerana masih ada yang berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama. Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Mak Lang, Mama, Uncle, Pak Itam, Mak Itam, Pak Teh, Pak Anjang, Mak Anjang, Busu, Mak Usu, Kak Yong, Abang Din, Abang Ejam, Abang No, Kak Siah, Kak Zura, sepupu-sepapat dan anak-anak buah yang tak larat aku nak tulis semua. Selesai bacaan yaasin dan tahlil, terus solat isyak. Kemudian baru makan malam sambil tengok final Piala FA antara Kelantan dan Johor. Tahniah diucapkan kepada The Red Warriors kerana berjaya mengekalkan kejuaraan mereka.



potpetpotpet: Follow instagram aku kat @hizamili untuk gambar lebih banyak. Haha!

Ahad, 19 September 2010

Kau Rasa Rasa Yang Mana Satu ?


Hey. Kepala tengah serabot bot bot. Tiba tiba nak makan stimbot bot bot. Sukahati kau. Haha. Sekarang aku dalam proses memilih penempatan latihan mengajar (praktikal) for the next semester. Adeh. Nak pilih mana aku tak tahu. Any idea ? Well. For your information, ada 9 buah negeri telah dicadangkan. Calon-calonnya ialah :
  1. Kelantan
  2. Perak
  3. Terengganu
  4. Selangor
  5. Kuala Lumpur
  6. Putrajaya
  7. Melaka
  8. Pahang
  9. Negeri Sembilan

Negeri negeri yang tak tercalon ? Oh. Negeri negeri berkenaan tidak dibuka untuk penempatan latihan mengajar. Harap maklum. Okay. First of all, aku reject Kelantan dan Terengganu. Sebab musabab ? Aku tak pandai speaking London Kelantan or even Terengganu. Masalah besar di situ. Haha. Lantak lah. Kau ada cadangan tak ? Hurmmm ... Aku memang jenis susah nak buat keputusan kau tahu. Aku kena bermastautin dalam gua selama dua puluh tiga hari dulu dan lepas tu baru aku boleh buat keputusan. Eh eh dah tak sempat nak bermastautin dalam gua sekarang. Oleh itu apa kata kau tolong aku ? Sila buang undi please. Haha.

potpetpotpet: Anda mampu mengubahnya. Ayat nak iklan. Haha.



Yang mana satu pilihan kalbu ?
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Putrajaya
Melaka
Pahang
Negeri Sembilan

  

Isnin, 24 Mei 2010

Terimalah Anugerah Ini...

Terima kasih daun keladi.
Dapat award daripada Ardini Humaira.
Tak pasal pasal kena tag haha.


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award. 
  1. Dia seorang perempuan.
  2. Aku kenal dia melalui komen komen. Tiba tiba jadi rajin pulak nak main komen komen ni.
  3. Dia sangat sangat menjaga kulit muka dia.
  4. Dia budak Kelantan.
  5. Dia suka cocopie sebab hari tu dia minta kat aku tapi aku tak bagi dia haha.

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies.
  1. Aku dengar lagu lebih lama daripada aku tengok tv.
  2. Aku cuba search lagu lagu baru setiap hari. Kalau ada lagu lagu baru aku download dengan serta merta haha.
  3. Aku suka nyanyi sekali bila aku pasang lagu bantai je la kalau sumbang mambang mambang pun.
  4. Kadang kadang aku promosi lagu lagu baru dekat kawan kawan aku walaupun tak dapat komisyen apa apa kau bayangkan.
  5. Boleh tak aku buat poco poco sambil dengar lagu haha.

Pick your 10 most deserving receipients and describe them.
  1. Innz : Aku pun tak faham kenapa dia kata dia budak malas sebab aku tengok dia rajin pulak update blog haha. Sila jelaskan. Okay. Blog dia sempoi dan santai kadang kadang emo tapi best. Plus blog dia meletop kebaboom dengan isu Shahir AF8. 
  2. Hans : Dia minat betul dengan Shah Rukh Khan. Entah. Dia mungkin ada bau bau bacang dengan Shah Rukh Khan kot. Well sekarang dia sedang hangat dengan siri drama dia, kau dan aku wah hebat hebat.
  3. Arol : Orang Melaka wo. Dia merupakan peminat Shahir AF8 dan Adira AF8 tapi aku tak tahu la dia ada buang undi ke tak hari tu. Aku suka tengok blog dia. Simple dan kemas.
  4. Farhana : Wah. Dia digelar doktor pakar cinta. Well blog dia banyak info menarik tentang kehidupan tentang cinta. Suka suka. Entri entri dia barangkali ada sangkut paut with others. So enjoy!!!
  5. Kasih : Oh ni blog budak perempuan tak pandai masak wakakaka. Eh eh dia yang mengaku sendiri okay. Padan!!! Haha. This is a personal blog. Kisah tentang dia. Bak kata pepatah CTKD atau canda tangis ketawa duka semua ada dalam blog ni.
  6. Kembatolo : Nama pun unik kan? Aku suka. Dia ada kembar wo. Sejibik muka dorang seriously. Entah aku pun tak tahu yang mana satu tulis blog tu haha. Lantak.
  7. Najmie : Well nama blog dia my great life. Wah. Memang hidup dia betul betul great la. Jealous pulak aku tengok dia haha. Dia dapat bergambar dengan Jojo Struys pulak tu siapa tak dengki kan kan kan?
  8. Nakashima :  Dia bukan orang Jepun okay. Tapi dia berangan dia orang Jepun kot. Jahat jahat. Hari tu dia ada bagi award kat blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. Thanks.
  9. Shin : Inesen katanya. Well blog dia sangat sangat jujur. Loved it! Gaya penceritaan dia ada something yang menarik. 
  10. Hawa : Oh. Dia rajin betul datang singgah blog aku. Ni sayang lebih ni haha. Blog dia dilengkapi dengan ciri ciri kewanitaan tapi sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

potpetpotpet: Jawab jangan tak jawab sebab ini merupakan paksaan wakakaka.

Rabu, 28 April 2010

Nikmat Nasi Kerabu Pada Tengahari.

Wah. Aku makan nasi kerabu for my lunch. HohO. Aku berjaya jugak bangon agak awal semata mata nak beli nasi kerabu. Ya. Takot pulak nasi kerabu tu habis nanti tak pasal pasal aku makan menu picisan dan tak berkhasiat lagi. Eh eh macam la sebelom ni aku selalu makan benda benda berkhasiat. Tipu tipuan semata mata.


By the way, aku suka nasi kerabu. Suka suka suka. Why? Nasi kerabu ada nasi. Eh eh perlu ke kau tak tahu nasi kerabu ada nasi? Nama pon dah terang terang nasi. Bantai je la. Next, nasi kerabu ada budu. HohO. Betol kan? Entah. Aku pon tak pasti macam mana rasa budu tu. Aku pandai skill telan menelan je. Seriously. Lidah aku tak berapa nak berfungsi gara gara aku sedang kira berapa kali aku dah kunyah ni sebab nak genapkan 40 kali. Hebat tak aku menipu? Nasi kerabu jugak ada sambal kelapa dan sambal ikan. Wah. Aku suka gila dua dua benda ni. Best best. Sungguh enak ditelan begitu saja. Kau gila? Kunyah kunyah dulu okay. Tak pasal pasal kau tercekik dan mati. Jeng jeng jeng. HohO. Kemudian, nasi kerabu pon ada letak ulam ulaman yang bapak gila banyak dan aku tertanya tanya kenapa tak letak lagi banyak banyak banyak. Boleh? Eh eh sedap la nasi kerabu.

potpetpotpet: Makan sambil menangis. Lantak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com