Tak habis lagi isu jualan tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki antara Malaysia dan Thailand yang tidak dijual secara online, timbul pulak isu lain. Haaa... Isunya kali ni bila ramai rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk menjual semula tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki tu dengan harga RM200! Padahal harga tiket tu cuma RM21.20 selepas dikenakan GST. Korang agak agak berapa peratus keuntungan dorang? Kalau dorang jual tiket tu dengan harga RM200, keuntungan untuk satu tiket adalah RM178.80 atau 843.4% ye. Hebat tak? Ni lagi cekik darah daripada ah long ni! Aduhai. Nak buat macam mana kan? Permintaan untuk tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki tu pun tinggi, tu dorang berani jual semula dengan harga yang melampau macam tu.
Tak percaya? Jom kita lihat antara tiket-tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki yang akan, sedang atau telah dijual secara online. Ada yang jual kat facebook, ada yang jual kat carousell, ada yang jual kat mudah dan sebagainya.
Aku harap takde siapa lah yang beli tiket-tiket yang dorang jual ni. Biar lah tak dapat tengok daripada kita kayakan orang-orang yang cuba ambil kesempatan macam ni. Korang beli banyak banyak lepas tu jual semula dengan harga yang melampau ni tak fikir ke orang lain yang beratur kat belakang tu? Mungkin dorang tak beratur seawal korang tapi sekurang-kurangnya dorang pun ada usaha nak beratur untuk beli tiket perlawanan akhir bola sepak tu. Kalau korang dah beli banyak banyak semata-mata untuk jual semula, kalau ada orang yang kat belakang korang tu tengah beratur tapi akhirnya dorang tak dapat beli tiket sebab tiket tu dah habis? Haaa... Tak rasa bersalah ke? Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Ke korang berniat nak pergi haji balik hari dah alang alang lagi 3 ke 4 hari nak sambut aidiladha ni?
Dah, aku harap takde orang beli tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki tu kat orang-orang macam ni. Tapi kalau nak beli pun, itu hak masing-masing. Terpulanglah...
itulah masalah manusia zaman sekarang ni. Suka ambik kesempatan sampai menyusahkan orang lain. Hell no, siapalah yang bijak sangat beli tiket dengan diorang tu memang rugi.
BalasPadam