Rabu, 23 Ogos 2017

Kaio Studio - Pengalaman Photoshoot Bersama Photographer & Videographer Di Shah Alam

Salam.


Minggu lepas aku sempat menghadiri studio photoshoot di Kaio Studio, Seksyen 13, Shah Alam. Tapi sebelum aku kongsikan pengalaman aku sepanjang aku kat Kaio Studio hari tu, ada baiknya aku cerita sikit pasal Kaio Studio ni. Kalau korang tengah cari photographer, kalau korang tengah cari videographer, Kaio Studio lah jawapan kepada pencarian korang selama ni. Kaio Studio yang bertapak di Shah Alam ni membekalkan servis fotografi dan videografi tidak kira dalam studio mahupun luar, lebih lebih lagi yang melibatkan perkahwinan. Bukan setakat tu je, Kaio Studio juga ada menyediakan servis video korporat, muzik video, filem pendek dan sebagainya. Haaa... Senang cakap sebut je lah apa perkhidmatan yang melibatkan fotografi dan videografi, Kaio Studio boleh buat semua.

Pengasas Kaio Studio

Siapa orang kuat di sebalik Kaio Studio ni? Haaa... Nama dia Anwar Abdullah. Pada awalnya dia bermula sebagai wedding videographer sekitar tahun 2012. Modal dia masa tu cuma lebih kurang RM5000 je. Aku rasa tu modal untuk kamera je tu. Ye lah, harga kamera tu bukan seratus dua. Kalau seratus dua, aku beli sepuluh biji! Poyo nampak? Haha!

Anwar Abdullah dalam keratan akhbar.

Bersama para pelancong dari Poland di Pulau Pangkor.

Anwar Abdullah atau dikenali sebagai Kaio ni sebenarnya adalah merupakan bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitaliti dan tourism. Tapi nampaknya jodoh Anwar Abdullah bukan dalam sektor pelancongan tapi dalam bidang fotografi dan videografi. 

Trip Tour Operation MSU.

Kerana minat dan hobi dalam video kreatif seperti fotografi dan videografi, kepakaran dan bakat yang dimiliki oleh Anwar Abdullah telah membawanya jauh ke serata dunia. Haaa... Jangan tak tahu, dia dah pernah ke Paris, Mesir, Singapura, dan Thailand untuk menggalas tugasan bersama kameranya. Pehhh... Aku pun tak sampai lagi Paris dan Mesir tu. Dengan izin Allah satu hari nanti. 

Shooting trip bersama Anuar Zain di Paris.

Bersama sahabat yang belajar di Cairo.

Wedding Videography & Photography

Kaio Studio juga menawarkan servis fotografi dan videografi perkahwinan. Antara selebriti popular tanah air yang pernah mendapatkan servis videografi perkahwinan dari Kaio Studio adalah Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan dan Deena Emir, Shukri Yahya serta Ainan Tasneem. Tak percaya ke? Nak bukti? Haaa... Tengok video kat bawah ni.

KAIO STUDIO SHOWREEL

WEDDING VIDEO - RESEPSI AINAN TASNEEM

WEDDING VIDEO - NIKAH AINAN TASNEEM

PRE-WEDDING VIDEO - SAHARUL RIDZWAN & DEENA EMIR

Bukan setakat video perkahwinan je, Kaio Studio juga turut menawarkan servis fotografi perkahwinan. Kepada korang yang nak kahwin tu, boleh lah menggunakan khidmat Kaio Studio untuk fotografi ataupun videografi perkahwinan korang. Yang tak tahu bila nak kahwin tu boleh lah acah acah photoshoot kat studio mereka. 






Selain tu, Kaio Studio pun ada menawarkan servis photoshoot kat Shah Alam. Kalau korang berminat nak dapatkan gambar-gambar studio, korang boleh terus datang ke studio mereka yang terletak kat Seksyen 13, Shah Alam. Senang je, cari Kaio Studio kat Waze atau Google Maps aku yakin korang akan terus sampai kat studio dorang. Hebat bukan main Kaio Studio ni, selebriti-selebriti pun datang photoshoot kat situ. Kiranya kalau korang photoshoot kat situ, korang pun dah setaraf selebriti-selebriti tu juga. Yakin tak? Haha!

PEMBIKINAN POSTER PROMO FILEM KAU TAKDIRKU

Lakaran poster filem Kau Takdirku.

Poster rasmi filem Kau Takdirku.

NORA DANISH DI KAIO STUDIO

Kaio Reka, sebuah anak syarikat dari Kaio Studio juga turut menawarkan servis rekaan grafik seperti poster. Selepas mendapatkan gambar yang cantik, pereka grafik mampu menghasilkan grafik untuk gambar yang sedia cantik tersebut supaya mampu memukau pandangan calon-calon pelanggan. Haaa... Dan bila kau hadir bagai misteri, ternyata diriku bagai sudah dijampi, jom kita tengok antara hasil kerja pereka grafik dari Kaio Reka ni.





Untuk tengok lebih banyak hasil kerja daripada Kaio Reka ni, korang boleh ke instagram mereka dengan klik pautan kat bawah ni.

>>> KAIO REKA <<<

Kejayaan

Kejayaan demi kejayaan telah dikecapi oleh Kaio Studio. Antara kejayaan yang paling manis dikecapi oleh Anwar Abdullah adalah apabila dia memenangi pertandingan "Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine" dan kejayaan tu telah melayakkan Kaio Studio untuk mendapatkan tugasan dari majalah fesyen tersohor Malaysia tersebut. Haaa... Bukan majalah Mangga atau Mempelam apatah lagi Manggis tapi majalah Glam! 


Selain tu, Kaio Studio juga adalah duta kepada jenama sistem pencahayaan fotografi jenama ONSMO. Jenama ini juga turut menjadikan beberapa jurugambar tersohor Malaysia untuk menjadi duta mereka seperti Eddie Putera, Alex Tan dan Saiful Nang. Hebat! Anwar Abdullah ni dah sebaris dorang. Bukan calang-calang yang jadi duta ONSMO tu.



Anwar Abdullah dan team Kaio Studio turut membuat perkongsian ilmu fotografi dan videografi terutamanya kepada mereka yang berminat untuk mendalami bidang fotografi dan videografi ni.. Mereka yakin dengan menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi baru, ilmu itu tidak akan putus bahkan akan terus berkembang sampai bila-bila. Ni kira cara mereka untuk berkhidmat dan memberikan sesuatu kepada masyarakat. Haaa... Wakil rakyat sangat.

Sesi perkongsian ilmu bersama pelajar-pelajar MSU.

Menerima cenderahati selepas sesi perkongsian ilmu bersama pelajar UiTM di Publika.
SESI PERKONGSIAN ILMU DI EXPOSE SPECTRUM 2.0

KICKSTART KENANGAN X KAIO STUDIO

Pengalaman Photoshoot di Kaio Studio

Aku gerak dari Melaka pagi tu, dalam pukul 11 pagi kalau tak silap. Ingat nak sampai paling awal kat Kaio Studio tu, tapi akhirnya? Aku jadi yang terakhir sampai hari tu. Haha! Nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang. Hari tu nak dijadikan cerita berlaku kesesakan yang teruk kat lebuhraya Plus dari Simpang Ampat menghala ke Pedas. Kalau setakat 30 minit ke 1 jam ke, aku boleh terima lagi. Ni 3 jam aku tersekat kat situ! Bayangkan aku ambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Pedas dari Simpang Ampat tu. Agak agak berapa kilometer tu? 10 kilometer je! Nak patah balik memang tak boleh lah. Maka aku pun redha, pasrah dan berserah. 

Senang je nak ke Kaio Studio ni sebenarnya. Aku cari Kaio Studio kat Waze dan zaaasss aku terus sampai ke studio mereka. Pehhh... Mudah gila! Masuk je Kaio Studio, terkesima kejap. Cantik sangat studio dia! Bukan setakat cantik je, boleh kata Kaio Studio ni antara studio yang paling selesa aku pernah masuk. Kenapa? Meh sini aku senaraikan.
  • Kelajuan wifi menghampiri kelajuan cahaya
  • Ruang yang sangat luas
  • Cermin yang banyak
  • Interior design yang minimal dan hipster
  • Penghawa dingin di mana-mana
  • Seterika disediakan
  • Kemudahan prop 

Tambahan pula photographer hari tu memang sangat sempoi dan sporting melayan kerenah masing-masing. Walaupun aku agak kayu depan kamera! Haha! Tapi paling seronok? Petang tadi photoshoot, malam tu dah dapat semua gambar! Haaa... Pantas betul Kaio Studio ni buat kerja. Tak sempat nak rasa tertunggu-tunggu. Hebat lah!

Dah jom tengok antara gambar-gambar yang menjadi pilihan aku masa photoshoot hari tu.







Cara Hubungi Kaio Studio

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi atau videografi dari Kaio Studio, sila hubungi mereka melalui seperti di bawah:

>>> KAIOSTUDIO.COM <<<

>>> FACEBOOKINSTAGRAM | TWITTER | YOUTUBE <<<

Alamat: 1-06 Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waze & Google Maps: Kaio Studio

Terima kasih Kaio Studio!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com