Rabu, 23 Ogos 2017

Netizen Teruja Justin Bieber Sebut Malaysia Promosi Lagu Baharu

Salam.


Terkejut tak? Siapa sangka siapa menduga engkau berubah tiada ku pinta, Justin Bieber menerusi akaun rasmi facebook miliknya telah memuat naik status yang menyebut nama Malaysia sambil memperkenalkan lagu terbaharu berjudul Friends. Haaa... Macam mana dalam banyak banyak negara tapi Justin Bieber boleh pilih untuk masukkan sekali negara Malaysia dalam status tu? Adakah kerana lagu Despacito yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia? Hmmm... Mungkin juga kan? Ehhh... Tak percaya ke Justin Bieber sebut Malaysia? Ni bukti dia kat bawah ni.


Maka berduyunlah netizen dari Malaysia teruja dengan status tersebut. Rata-rata netizen macam tak percaya yang Justin Bieber boleh sebut nama Malaysia dalam status tu. Ovari siapa yang tak pecah kan? Nasib baik aku takde ovari. Haha!


Kejap! Macam ada yang tak kena pula. Kenapa rakyat Malaysia je yang komen kat status tu? Takde rakyat negara lain ke? Haaa... Nampaknya kebanyakan rakyat Malaysia dah kena tipu dengan status Justin Bieber tu. Rupa-rupanya status tersebut dah ditetapkan mengikut negara masing-masing. Sebab tu lah status tu penuh dengan netizen dari Malaysia je! Haha! Dah boleh simpan teruja tu untuk benda lain ye? 


Penat je teruja.

2 ulasan:

  1. dah berjanggut bagai dah si bibir ni. hahaha nampak sangat x ambil tahu .

    BalasPadam
  2. nak tergelak pun ada ni haa baca... kalau kat indonesia, hi indonesia...

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com