Jumaat, 29 Disember 2017

Gambar Sebelum Ampang Park Dirobohkan - Selamat Tinggal Shopping Mall Pertama Malaysia!

Salam.


Haaa... Sekarang ni tengoh kecoh sangat pasal Ampang Park (AP) yang bakal dirobohkan. Sebenarnya ini bukan lah suatu berita baru dik. Dari tahun 2015 lagi dah ada proposal kata AP terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada stesen integrasi antara LRT Kelana Jaya line dan MRT Sungai Buloh Serdang Putrajaya line. So? Robohkan je lah. Kenapa nak bising bising tentang bangunan lama yang memang dah nak roboh ni.


Okay. Jom kita kenali sedikit sebanyak tentang AP ni. Bagi yang kerja atau tinggal di KL memang dah biasa dengan AP ni. AP terletak betul betul dekat simpang empat antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Aku pula personally memang setiap hari lalu sini sebab aku kerja dekat The Intermark, bangunan berhadapan dengan AP. Kisah?

AP ni dikatakan pusat membeli belah pertama yang dibina di Malaysia. First ever weh! Time tu KLCC, Pavillion dan semua tempat yang korang suka lepak sekarang pun belum ada. AP dibuka pada tahun 1973 dan telah direka oleh arkitek dari Singapore dengan kerjasama arkitek Malaysia. Nak tahu nama dorang? Google sendiri. Haha. Dan sebab AP ni berjaya dapat sambutan hangat masa tu kerana menjurus kepada pembinaan Pertama Kompleks dan Sungei Wang Plaza. Tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Haaa... Gegar Vaganza ke tidak?



Bagi aku sendiri memang banyak kenangan dengan Ampang Park ni. Eh, korang nak tahu ke? Tak kira. Nak cerita juga. Dulu masa aku budak darjah, arwah makcik saudara aku suka bawak pergi sini. Reason dia sebab nak makan kat Cozy Corner. Memang famous habis lah Cozy Corner ni time tu. Orang ado ado je pegi makan situ. Bukan yang hado tahu. Betul betul ado! Aku pula dah makcik aku nak belanja aku layankan je lah. Lagipun budak budak apa lah yang aku tahu selain makan. Ehhh... Sekarang dah besar pun macam makan je memanjang. Kah kah kah. Tak lawak.



Parent aku pun waktu dulu dulu memang selalu juga datang AP ni sebab makan Cozy Corner dan shopping baju. Kira dulu kalau nak dekat raya, AP ni antara mall yang orang akan pergi untuk tengok tengok baju lah. Personally aku sedih juga sebab negara kita macam tak hargai bangunan lama. Ni first shopping mall kat Malaysia kot! Sedih weh. Tapi mungkin ada hikmahnya. Moga moga projek yang gantikan AP ni lebih bermanfaat buat rakyat Malaysia sejagat. Positif tak? Haha!

Okay. Jom tengok gambar gambar sekitar AP. Aku gigih pergi ambil sendiri gambar gambar ni tahu. Hak cipta terpelihara!










For your information, sekarang ni banyak kedai tengah buat jualan sebab nak pindah. Kalau ada masa pergi lah tengok tengok. Khabarnya semua berhenti beroperasi pada 31 Disember ni dan bangunan akan roboh selepas ke sebelum raya Cina macam tu. Ohhh... Lagi satu... Psssttt... Hari tu kawan aku ada bercakap cakap dengan makcik kedai jamu kat AP tu. Dia kata kerajaan bagi pampasan boleh tahan juga. Kalau kau penyewa satu tapak kau dapat RM800 ribu. Dan kalau kau pemilik satu tapak kau dapat RM2 juta. Lumayan kan? Tapi tak tahu lah betul ke tak. Sayonara, Ampang Park!



Penulis Artikel: OhQarl

Rabu, 2 Ogos 2017

Rapid KL Guna Patung Anabelle Nasihat Pengguna Tren

Salam.


Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh - Kajang ni dah dibuka sepenuhnya pada 17 Julai 2017 yang lepas dan dirasmikan oleh Dato Seri Najib Razak kat stesen MRT Tun Razak Exchange. Aku dah naik MRT dua kali kalau tak silap. Setakat ni? Aku sangat berpuas hati! Sangat memudahkan pergerakan dan perjalanan terutamanya nak jalan jalan sekitar Kuala Lumpur. Korang dah naik belum?


Baru je beberapa hari beroperasi, dah macam macam perangai kat MRT. Aku tak pasti lah dengan perangai orang orang yang macam gambar gambar kat atas dan kat bawah ni. Tak pernah naik pengangkutan awam ke macam mana? Ada yang baring siap berpangkukan pasangan sebab tulang belakang dia dah rapuh tu lah siapa suruh tak minum susu, ada yang buang sampah kat ruangan tempat duduk sebab memang tulis kat situ sila lah selitkan sampah anda kat sini banyak banyak, ada yang letak segala beg plastik kat atas kerusi sebab beg plastik dia penat berdiri dah satu hari berjalan ke sana ke sini, ada yang minum kat dalam tren sebab kalau tak minum waktu tu dia akan mati serta-merta, ada yang bergayut kat dalam tren sebab hilang ingatan sebagai seorang manusia lalu jadi lah dia seperti seekor monyet. Haaa... Tu belum lagi yang pasang buaian kat dalam tren tu!


Rapid KL melalui laman twitter telah memuat naik gambar anak patung Anabelle yang diletakkan kat salah satu stesen sambil menasihatkan supaya pengguna-pengguna yang menaiki tren untuk menjaga tingkah laku dan mematuhi etika semasa menaiki tren. Menarik kan? Walaupun aku rasa anak patung Anabelle tu takde lah menakutkan sangat. Cakap besar nampak? Sekali kepala anak patung tu menoleh pandang aku? Haha! Kejap. Adakah ni gimik semata-mata sebab filem Anabelle akan ditayangkan pada 11 Ogos ni? Haaa... Bijak!


Trivia MRT Sungai Buloh - Kajang
  • Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) adalah merupakan stesen MRT yang paling dalam iaitu sedalam 40 meter. Haaa... Kedalaman tu lebih kurang bangunan 13 tingkat!
  • Escalator yang paling panjang kat MRT? Kat stesen MRT Bukit Bintang dengan panjang 20 meter!
  • Escalator kat stesen MRT Pusat Bandar Damansara pula adalah escalator yang paling tinggi kat MRT.
  • Tren yang paling laju adalah tren yang bergerak di antara stesen MRT Tun Razak Exchange dan stesen Cochrane dengan kelajuan sekitar 94 km/j. Secara purata, kelajuan tren bergerak adalah sekitar 40 km/j. 
  • Terdapat lebih daripada 3,5000 CCTV ada kat stesen-stesen MRT.
  • MRT ni dibina dengan kos sekitar RM21 billion.

Harap lepas ni takde lagi pengguna-pengguna yang bersikap macam kat atas tu. Tolong jaga harta dan kemudahan awam serta patuhi etika dan peraturan semasa menggunakan segala harta dan kemudahan awam. Ehhh... Aku pun bayar cukai tahu? Haha!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com