Rabu, 2 Januari 2019

Sukarelawan Terbaik MVM Terima Penghargaan & Anugerah Di VAA 2018

Salam.


Hi. Sudikah awak menjadi sukarelawan dalam rumah tangga kita? Haha! Kau dah kenapa? Cakap pasal sukarelawan ni, minggu lepas aku berkesempatan menghadiri satu majlis makan malam amal, iaitu, Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA). Haaa... Sebelum itu aku nak tanya kau orang tahu ke tak maksud sukarelawan tu? Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, sukarelawan ialah orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela, tidak dipaksa-paksa dan atas kemahuan sendiri. Seperti awak yang secara sukarela mencintai dan menyayangi saya. Bye!

MVM Iktiraf Sukarelawan Terbaik

Tahniah pertubuhan sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM)! Pejam celik pejam celik tak sangka usia dah masuk 4 tahun. Mengenai Muslim Volunteer Malaysia, ditubuhkan pada 30 Disember 2014, MVM adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. Secara umumnya, MVM sekarang ni mempunyai lebih daripada 50,000 orang sukarelawan di Malaysia dengan julat umur sekitar 18 hingga 24 tahun. Haaa... Aku rasa kebanyakan mereka ni dah kira pangkat adik lah kalau nak bandingkan dengan umur aku yang semakin matang ni bukan tua ya. Haha!



Acara Tahunan Rai Sokongan

Pada tanggal 30 Disember 2018, aku berpeluang untuk turut serta dalam majlis makan malam amal, iaitu, Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA) yang diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang. Majlis ni diadakan tak lain tak bukan untuk meraikan sukarelawan sukarelawan terbaik sepanjang tahun 2018 yang tidak pernah mengenal erti penat lelah semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Jadi siapa kata jadi kerja sukarelawan ni membosankan? Takde siapa kan? Haaa... Betul lah tu. Haha!

Selain daripada sukarelawan, majlis tersebut juga meraikan keluarga asnaf, pekerja, penaja, rakan NGO dan media yang telah memberikan sokongan sepanjang MVM bertapak dalam dunia kebajikan ni. Tapi siapa pula yang nak meraikan cinta saya dan awak? Haha! Majlis yang diadakan pada jam 8 malam hingga 11 malam itu telah mencatatkan hampir 400 orang tetamu. Dahsyat!


Dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Encik Muhammad bin Jantan merangkap Presiden MVM, majlis kemudian diteruskan dengan sesi penganugerahan dan cabutan bertuah diselangi persembahan istimewa daripada Lah Ahmad dan In-Team. Sebanyak 11 anugerah telah disampaikan kepada sukarelawan sukarelawan yang sentiasa komited dalam semua program kelolaan MVM. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! Tunggu giliran aku pula tahun depan! Tapi kalau tak dapat anugerah pun takpe. Cukup awak jadi anugerah terindah dalam hidup saya. Haha!






Senarai Anugerah VAA 2018
  • Anugerah Tokoh Kemanusiaan
  • Anugerah Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
  • Anugerah Prof Dr. Muhaya
  • Anugerah Inspirasi
  • Anugerah Jasa Bakti
  • Anugerah Di Sebalik Tabir
  • Anugerah Sukarelawan Harapan
  • Anugerah Institusi Harapan
  • Anugerah Sukarelawan Siswa
  • Anugerah Inspirasi Pure Heart
  • Anugerah Inspirasi Keluarga Mithali 

Pada malam itu, majlis pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Tokoh Kemanusiaan dan telah diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Selain itu, MVM juga telah mengadakan satu slot "5 Minutes That Count" yang mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 3.0 akan datang. Dan alhamdulillah, kutipan pada malam VAA tersebut telah mencatatkan angka yang agak membanggakan, iaitu, RM4,755.70. Syabas diucapkan! Tapi bagaimana pula dengan angka tarikh pernikahan kita? Haha!








Pada masa yang sama, Presiden MVM turut mengumumkan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019, iaitu, Pusat Tuisyen Salam, projek penulisan #PenaMVM dan sumbangan secara sistem auto debit. Menurutnya lagi, pada tahun 2019 ini, MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan yang mana merangkumi 90% program di dalam negara dan selebihnya program di luar negara. Hebat tak sukarelawan Malaysia?

3 Program Terbaru Muslim Volunteer Malaysia
  • Pusat Tuisyen Salam
  • Projek penulisan #PenaMVM
  • Sumbangan secara sistem auto debit



Semoga platform seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun agar dapat menarik minat orang luar untuk menjadi sukarelawan dan seterusnya mengubah perspektif pemikiran mereka di samping membentuk modal insaniah yang membentuk peribadi unggul secara holistik. Usaha MVM yang berterusan ini diharapkan menjadi contoh badan sukarelawan di Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kita beramai ramai daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia! Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MVM, jangan lupa untuk singgah pautan pautan di bawah.


Kepada mereka yang tertanya tanya cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia, boleh rujuk senarai akaun rasmi seperti di bawah. 

Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank: 56480 164 7699
CIMB: 8602 5378 07
Bank Islam: 1230 0010 0030 65
Emel: account@mvm.org.my

Rabu, 29 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 3





Qarl ajak gi tengok Janin kat GSC, Mid Valley. Gigih la pulak kan? Dari Times Square ke Ukay Perdana. Dari Ukay Perdana ke Mid Valley. Dah macam mencari harta karun pulak dah. Adeh. Qarl kata Janin best. Aku pun tak tahu ah sebab aku tak tengok lagi. Jangan jangan mata hati Qarl dirabuni dengan keayuan Eja kot. Maklum je la, Qarl minat gile kat Eja tu. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Erk. Okay. Fine. Pepatah tu takde kena mengena langsung. =.=




Sampai je kat GSC tu, kitorang tengok ah tayangan dia kol berape. Oh. Selepas melakukan persidangan majlis tertinggi, kitorang tak jadi nak tengok Janin. Tayangan dia kol 7 malam kot. Lambat sangat tu. Aku nak kena balik Melaka lagi. Dah la aku dengan Adie datang KL naik helikopter. Eh, naik tren. Memang tak boleh nak lambat lambat. Hampa di situ. So, Qarl (lagi?) cadangkan kitorang lepak lepak minom petang. Kat mana? Kat Big Apple. Gelak gelak gemok je la. Nasib tak telan donut donut Big Apple tu, so, tak gemok mana la. Haha. :)




Aku minum ice lemon tea. Adie minum ice mango tea. Qarl dan Amir Rayyan minum classic chocolate. Kitorang tak makan pon. Selain daripada diet, kitorang kenyang lagi ah. Masih terasa cebisan cebisan laksa sarawak kat tekak ni haaa ... Nak menghabiskan waktu petang tu, kitorang borak borak lagi kaedahnye. Adeh. Siapa sangka, dunia blog telah memperkenalkan aku dengan Qarl dan Amir Rayyan? Dan terima kasih kepada Allah kerana menghadiahi perkenalan ni. :')





potpetpotpet : Sekian. Terima kasih. Dah boleh tepuk tangan dah. :P

Selasa, 18 Mei 2010

Terima Kasih Wahai Penyu!

Wow. Petang tadi best. Jeng jeng jeng. Dalam pukul 3.30 petang aku dan Ezam bergerak ke Tanjung Bidara nak tengok kawan aku sorang ni nama diberi Kaymell haha. Dia berpraktikal kat Pusat Pengurusan Penyu (Turtle Management Centre) lokasi Kampung Padang Kemunting, Melaka. Ya. Kaymell budak degree biomarin dan dia dah tahun akhir pun. Tahniah sebab aku ada lagi setahun okay.




Aku, Ezam dan Kaymell ni besties from school so bila jumpa tadi memang tak ingat dunia kau tahu borak borak mulut pot pet pot pet. Lebih dua jam pulak tu. Sejam pertama kitorang cakap pasal penyu haha aku serious ni. Wah aku rasa macam buat lawatan sambil belajar pulak tadi. Tak pasal pasal ada beberapa perkara aku tahu tentang penyu penyu tu.
  1. Penyu capai kematangan pada usia 15 tahun maka at that time kita dapat mengenal pasti jantina penyu tu sama ada jantan atau betina. Selagi penyu tidak berusia 15 tahun kita tak tahu jantina dia oleh itu kita boleh cuba teka teka la masa tu.
  2. Jantina penyu boleh ditentukan melalui ekor kalau panjang dia jantan kalau pendek dia betina.
  3. Penyu mempunyai paruh yang tajam seperti burung helang dahsyat woi.
  4. Tadi ada penyu lipas kau tahu. Nama samaran dia dan aku tak bohong sila percaya bulat bulat. Eh eh ni bukan kacukan penyu dengan lipas tapi penyu tu kalau kita tengok sekali imbas ada iras iras lipas dan kalau kita tengok banyak kali pulak jadi macam penyu balik.
  5. Penyu makan apa sahaja bak kata pepatah all you can eat haha. Maka jangan pandai pandai nak beri penyu makan burger McDonald's sila harap maklum.
  6. Sebelum ni aku tengok penyu kat tv macam tak cantik je tapi bila aku tengok kat depan mata kepala aku sendiri wah seriously dah la cantik comel pulak tu. Fuhhh... Kat sini ada penyu karah, penyu lipas dan penyu penyu wakakaka.




Setakat tu je yang aku ingat. Entah ada lagi kot. Well korang boleh datang sini kalau nak tahu lebih lanjut. Tak lama lepas tu hujan turun dengan lebat gila kebaboom kau bayangkan. Aku parking kereta jauh pulak tu maka terpaksa la nak tunggu hujan reda sikit. Sementara tu kitorang lepak lepak borak pasal tu borak pasal ni. Wah aku teruja sampai tak sedar dah pukul 6.00 petang pun. Hujan pulak tak reda reda lagi maka nak tak nak aku dan Ezam redah lantak la sebab aku nak kena balik jugak sebelum Maghrib. Oh Kaymell tak balik lagi since malam ni dia dan beberapa orang lagi nak jaga kalau kalau ada penyu datang mendarat. Tak tidur kau tahu. Well good luck Kaymell!




Dalam perjalanan balik pulak tadi jalan banjir wo banjir wo tak boleh nak lalu. Maka kitorang pusing ambil jalan jauh sikit alhamdulillah selamat sampai rumah. Oh makan sup tadi fuhhh sedap gila makan panas panas time hujan sila jealous.


potpetpotpet: Nak ambil gambar tadi tapi hujan lebat sangat kot.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com