Rabu, 22 Disember 2010

Sosej Besar Gedabak ? Budak Lelaki Sebelah Pintu Ke ?

Adeh. Tajuk entri tak boleh belah. Ni kisah benar. Walaupun kisah benar ni tak kuar kat rancangan majalah tiga, tapi kisah benar ni betol betol berlaku. Siriyes. Masalahnya, kalau aku tipu kau, aku dapat buffered earnings ke ? Haha. Lawak pulak kalau tipu boleh dapat buffered earnings tu kan ? Okay. Fine. Aku sorang je yang faham lawak tu. Arghhh ... Abaikan.




Kisah benar ni berlaku kat UniMAP hari tu. Aku tengah beli sosej besar gedabak kat ada satu kedai tu. For your information, ramai gile manusia beli sosej besar gedabak tu. Femes kot sosej besar gedabak tu kat Perlis ni. Sebab aku gi Padang Besar pun ada sosej besar gedabak tu, aku gi Kuala Perlis pun ada jugak sosej besar gedabak tu. Apahal suka bebenau makan sosej besar gedabak ni ? Hurmmm ... Tak puas kot kalau nak telan sosej kecik kecik. Plus, harga dia pulak tak mahal mana. Seringgit satu cucuk. Murah gile kot. No wonder la ada yang beli sampai sepuluh, terus habis serta merta. Ni kira masa dia tengah hulur duit nak bayar, sambil sambil tu dia telan sosej besar gedabak tu laju laju. Eh. Bukan aku ah, tapi orang lain. Siriyes. Adeh. Lupe pulak nak snap gambar sosej besar gedabak tu. Macam mana korang nak imagine rupa sosej besar gedabak tu ek ? Kejap kejap. Aku try lukis guna paint. Jeng jeng jeng.




Sosej besar gedabak ni didatangkan (cehhh) dengan pelbagai perisa. Ada tomyam, ada keju, ada ... Okay. Dua perisa tu je yang aku ingat. Haha. Tapi banyak ah perisa lain. Cuma aku tak ingat sangat. Perisa strawberry mungkin ? Erk. Abaikan. Masa aku tengah syok syok membelek sosej besar gedabak tu demi memilih sosej besar gedabak yang terbaik dari ladang, tiba tiba ada suara memanggil aku. Eh. Ni bukan cerita hantu. So, korang tak payah nak buat buat saspen. Boleh ?


Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ? Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ?


Mula mula aku tak perasan. Kali kedua dia panggil, baru aku toleh. Aku macam, siriyes ? Tak pernah pernah orang panggil aku Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ni kira first time ah. Terharu seh. Mula mula aku segan jugak. Dalam segan tu, aku sempat borak borak dengan dia kejap. Tapi tak sampai satu perenggan pun dialog kitorang.  Haha. Apa yang aku tahu, dia budak UniMAP dan dia masuk tarian rampaian, kalau tak silap. By the way, it was nice to meet you, bro ! And thanks a lot for reading my blog ! :')


potpetpotpet : Macam panjang pulak aku taip kali ni. =.=

Isnin, 20 Disember 2010

Tulisan Merepek Kini Kembali



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera ! Kita bertemu lagi dalam rancangan memasak bersama minyak urut cap buku lali serta bedak sejuk cap kepala lutut. Erk. Okay. Fine. Aku dah lama tak merepek ni. Dah dekat seminggu kot aku tak update blog ni. Siriyes. Jadi, no wonder la bakat merepek pun dah jadi tumpul. Cehhh ... Bakat tuuu ! Boleh ? Haha.


Aku baru sampai Tanjong Malim ni. For sure la penat tak hilang lagi. Adeh. Sebenarnya, aku takde mood langsung nak update blog. Tapi aku update ni semata-mata nak say thanks to all of you guys, to those yang sudi jenguk jenguk blog ni sepanjang kesenyapan aku. Walaupun UV blog ni tak sampai riban riban macam Qarl, at least ada jugak orang nak datang. T.T


Aku join FEStKUM (Festival Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia) kat UniMAP. Jauh gile kot, kalau dari Melaka. Kalau dari Tanjong Malim, jauh je. Tak sampai tahap gile lagi. Adeh. For your information, ni first time kaki aku pijak tanah Perlis. Agak teruja la jugak bila tengok sawah bendang bersepah kiri kanan. Tapi aku tak tahu ah padi ke lalang. Sebab aku tak tahu macam mana nak bezakan. Nangis ... =.=


potpetpotpet : To be continued ...

Selasa, 7 Disember 2010

Bila Nyanyi Dapat Flat, Bila Study Dapat 4 Flat ?



Aku busy gile dengan latihan vokal minggu ni. Start 9am sampai 11pm. Gile ah. Ni pun curi curi masa sikit nak update. Tak larat dol. Next week aku dah kena gerak gi UniMAP. Adeh. Jauh tu ... Ada MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia) kat sana. Dan aku join sebagai back up singer je pun. Erk. Perlu diingatkan bahawasanya back up singer ni sangat sangat penting okay. Kalau takde back up singer macam aku ni, mesti tak best suara solo tu. Siriyes aku tipu. Haha. Lagipun, tu je yang aku mampu. T.T


Eh. For your information, barisan back up singer terdiri daripada tiga budak lelaki dan tiga budak perempuan. So, dua budak lelaki tu merupakan penyanyi nasyid kat UPSI. Aku sorang je penyanyi jamban ! Adeh. Terang terang la suara dorang sodap lomak berkerimmm. Aku ? Asyik asyik flat asyik asyik flat. Sedih betul. Sila padan dengan muka sendiri. Siapa suruh gedik gedik nak join menatang ni kalau dah tahu suara tu ala ala je ? Erk. Okay. Fine. Aku join menatang ni lepas salah sorang daripada budak lelaki tu ajak. Dia siap kata bila lagi nak merasa benda benda macam ni. Ni pun dah semester terakhir kat UPSI ni. Tak pasal pasal aku senang senang je boleh tergoda. Haiyak. Goyah betul iman di dada ni. =.=


Dah la. Kalau ikut hati, nak lari balik rumah sekarang. Haha. Malu weh. Kalau suara aku sodap macam Maher Zain, aku tak kisah. Ni suara macam bayi tenuk yang sakit perut, pulak tu, tak sempat nak sapu dengan minyak yu yi cap limau. Okay. Fine. Tak kelakar. Aku benci kau. =.= 



potpetpotpet : As a conclusion, aku tak pernah dapat 4 flat. Sekian.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com