Ahad, 9 Mei 2010

Tak Perlu Sambut Hari Ibu Kot.

Duh. Aku rasa tak perlu kot aku nak sambut Mother's Day. Why? Sukahati aku la. Wakakaka. Eh eh aku baru dapat tahu Mother's Day ini disambut pada tarikh tarikh tertentu mengikut negara masing masing. Plus, setiap tahun disambut pada hari yang berbeza. Ikut sukahati mak bapak dorang nak sambut bila bila lantak. Sila gelak gelak sindir ekekekek sebab aku baru dapat tahu kesian gila kan kan kan? Contoh Norway sambut Mother's Day pada 14 Februari 2010. Awal okay. Tahun 2011 pulak Mother's Day di Norway disambut pada tanggal 13 Februari.


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami okay okay sila sambung sendiri. Oh. Malaysia pulak celebrate Mother's Day pada 9 May 2010. Negara mana pulak yang join sekaki nak celebrate pada hari yang sama? Jeng jeng jeng. Australia, Austria, Bangladesh, Belgium, Brazil, Canada, Dernmark, Germany, Ghana dan lain lain. Boleh rujuk kat sini untuk keterangan lanjut. Sila pura pura teruja nak tahu. HohO.


Eh eh macam lari topik kan kan kan? Wakakaka. Ya. Aku macam malas nak celebrate Mother's Day. Sebab? Oh. Bukan sebab heboh pasal cerita di sebalik sambutan Mother's Day tu. Bukan bukan. Aku tak tahu menahu pon apahal semua tu dan malas nak ambil tahu. Lantak. Jadi sebab apakah? Jeng jeng jeng. Okay. My mom was born on 11 May oh tahun tak perlu beritahu. Wakakaka. So lagi best celebrate ulang tahun kelahiran my mom daripada celebrate Mother's Day. Tak gitu? Pulak tu tak sampai dua hari lagi. Betol betol betol.


Eh eh Happy Mother's Day to all of you. Sayangi ibu anda dunia dan akhirat. Ibu ibu engkaulah ratu hatiku bila ku berduka engkau hiburkan selalu. Sekian.


potpetpotpet: Hadiah tak wajib berbentuk material. Boleh jugak daripada segi tingkah laku, emosi, verbal dan lain lain mengikut kreativiti masing masing. Bantai je la.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com