Happy Mother's Day kepada ibu tercinta, Puan Zaimah. Abang sebagai anak yang sulung lagi soleh sikit sikit dengan ini mendoakan kebahagiaan ibu tak kira di dunia mahupun di akhirat. Di samping itu, abang turut mendoakan supaya ibu dapat menunaikan haji secepat yang mungkin bersama-sama dengan suami ibu yang tercinta, merangkap sebagai ayah abang. Haha. Abang tahu abang tak berapa pandai dalam bab bab macam ni - meluahkan perasaan melalui perkataan apatah lagi perbuatan. Ngeee... Takpe la. Biar Allah je yang tahu. ;)
Walaupun abang takde kat rumah sekarang, abang tahu keluarga kita tak berapa amik port sangat dengan Mother's Day ni. Kenapa abang boleh cakap macam tu? Jeng jeng jeng. Sebab apa pulak kan? Sebab yang dicari-cari ialah hari jadi ibu yang jatuh pada tanggal 11 Mei setiap tahun! So, hari jadi ibu dijamin dekat dekat dengan Mother's Day. Oleh itu, Mother's Day terus jatuh nombor dua dengan sepantas kilat. Haha. Kalau abang lupa wish Mother's Day kat ibu, abang mesti bagi alasan yang abang tunggu hari jadi ibu. Alasan yang bijak bukan? Erk. Harap harap tak derhaka la. So far, abang tak bertukar jadi batu lagi. Adeh. >.<
potpetpotpet : Panggilan aku dalam keluarga ialah abang. Sila jangan keliru atau pening.






















