Wah. Memandangkan aku free wal takde kerja masa cuti ni aku habiskan hari hari aku dengan watching movies via my lappy. Boleh? Nak tak nak aku bosan tengok rancangan rancangan kat TV. Tak best tak best. Lagi syok aku download apa apa movies or tv shows from outside. Sila sila kata aku lupa daratan ya memang betol pon. Jom jom tinjau apa yang aku dah tengok bak kata omputeh let's see. Bantai je la.
Stardust (2007)
Okay. Aku tak tengok lagi movie ni at that time dia keluar panggung. Entah aku pon tak pasti kenapa dan bagaimana tapi aku rasa aku tengok The Golden Compass kot masa tu sebab musabab nak tengok Nicole Kidman boleh? Wakakaka. Well. Aku suka cerita ni. Bersepah sepah adegan magic sana sini. That's the best about this film. Sesuai la dengan tema sebagai sebuah filem fantasy. Best best. Plus ada jugak adegan kelakar tahap biawak berkaki lapan seriously aku tak boleh bayangkan lelaki tua tu dot dot dot. Siapa tak tengok lagi boleh boleh tengok.
Sherlock Holmes (2009)
Haha. Haha. Haha. Aku gelak sorang sorang sebab aku rasa macam aku sorang je tak tengok lagi cerita ni. Kesian kesian. Lantak. Another great movie. Aku suka watak Robert Downey Jr sebagai Sherlock Holmes ya sangat sangat menggiurkan. Wakakaka. I wish I was him. Aksi aksi cemas betol betol mencemaskan eh eh takkan pulak aksi aksi cemas betol betol menyedihkan? Bantai je la. Yang penting jalan cerita tak meleret tapi pantas laju vroom vroom vroom. Seronok!
Fantastic Mr Fox (2009)
Okay. Aku nak bangga. Aku rasa takde orang lagi yang sempat menonton this movie. Sebab? Aku rasa macam tak ada tayangan kat Malaysia. Kan kan kan? Ke aku buta hati tak tahu cerita ni ada kat panggung? Sila sila beritahu ye kalau aku salah. Eh eh Fantastic Mr Fox ni merupakan filem animasi yang best gila kau kena tengok jugak! Gila. Filem animasi lain daripada yang lain. Tak sama seperti animasi animasi keluaran Disney, Pixar dan apa lagi aku cuma tahu dua tu je wakakaka. Paling best cuba teka? Ya. Filem ni kelakar gila nak mampos kalau kau gelak boleh jadi gila lalu mampos. Sila layan. What a great movie.
potpetpotpet: Sedang download another movies. Any suggestions?




